UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap kecergasan motor pemain bola baling dan pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun Bahagian Kuching, Sarawak

AVAILABLE Thesis 1159 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tahap kecergasan motor pemain bola baling dan pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun Bahagian Kuching, Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Abdul Rashid Sabang
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini merupakan satu perbandingan tahap kecergasan motor antara pemain bola baling dan bola sepak lelaki bawah 15 tahun di Bahagian Kuching, Sarawak. Seramai 60 orang subjek telah terlibat dalam kajian ini iaitu 30 orang daripada pemain bola baling lelaki bawah 15 tahun dan selebihnya 30 orang lagi pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun yang mewakili Bahagian Kuching, Sarawak. Kesemua subjek yang terlibat dipilih berlandaskan persampelan propursive. Lima jenis ujian kecergasan motor digunakan dalam kajian ini terdiri daripada Ujian Lompat Jauh Berdiri untuk mengukur komponen kuasa kaki (r=0.81, Ahmad Hashim, 2004), Ujian otot Ketangkasan SEMO untuk mengukur ketangkasan otot kaki (r=0.87, Ahmad Hashim, 2004 ), Ujian Lari Pecut 30 Meter untuk mengukur kepantasan otot kaki (r=0.81, Ahmad Hashim, 2004), Ujian Tindakbalas Pilihan Nelson untuk mengukur masa reaksi (r=0.98, Ahmad Hashim, 2004) dan Ujian Dirian Bangau untuk mengukur keseimbangan badan (r=0.83, Ahmad Hashim, 2004). Kecergasan motor sebagai salah satu daripada komponen kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan mesti dimiliki dan dikekalkan oleh setiap individu dan kumpulan untuk berjaya dalam semua aktiviti fizikal, sukan dan permainan yang diceburi. Kajian ini adalah suatu usaha untuk mengenalpasti tahap kecergasan motor dikalangan pemain bola baling dan bola sepak lelaki 15 tahun di Bahagian Kuching. Skor yang diperolehi daripada setiap ujian akan dianalisis berdasarkan ujian t tidak bersandar menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) for windows versi 11.5. Keputusan daripada kelima-lima instrumen kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecergasan motor pemain bola baling (M=265.18, SD=18.11) dan bola sepak (M=296.82, SD=25.85) lelaki bawah 15 tahun di Bahagian Kuching, Sarawak. Nilai t-5.32 menunjukkan bahawa hipotesis nol diterima pada df = 58, p = 0.000, p < 0.05 = 2.000. Dengan itu jelas bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian kecergasan motor antara pemain bola baling dan pemain bola sepak lelaki bawah 15 tahun di Bahagian Kuching, Sarawak.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.