Kesan program latihan litar aerobik selama 6 minggu terhadap kecergasan fizikal guru-guru pelatih institut perguruan
Type
Thesis
Main Author
Teh, Sonny Eng Chong
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan program latihan litar aerobik selama 6 minggu terhadap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan guru pelatih. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang guru pelatih (N=30) yang telah dipilih secara persampelan bertujuan dari jumlah populasi seramai 7S orang (N=7S). IS orang guru pelatih (8 perempuan dan 7 lelaki) telah dipilih sebagai Kumpulan Kawalan (N=IS) dan IS orang lagi guru pelatih (8 perempuan dan 7 lelaki) dijadikan Kumpulan Rawatan (N=IS). Sampel pelatih yang dipilih adalah guru pelatih yang sedang mengikuti kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di salah sebuah institut perguruan di negeri Sabah. Dapatan ujian t 'Independent-Samples T-Test' menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>.OS) di antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan. Ini menunjukkan kedua-dua kumpulan adalah setara. Ujian Pra kecergasan fizikal menggunakan Ujian Tekan Tubi, Ujian Bangkit Tubi, Ujian Ekstensi Badan, Ujian Bleep dan Indeks Jisim Badan dilakukan sebelum latihan. Kumpulan Kawalan tidak menjalani latihan litar aerobik. Kumpulan Rawatan pula menjalani latihan litar aerobik sebanyak 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi. Program latihan mengandungi IS stesen iaitu S stesen latihan aerobik dan 10 stesen latihan bebanan. Ujian Pasca dilakukan pada akhir minggu ke-6. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.