UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Penciptaan ini menghasilkan pengaplikasian teknik Pepper’s Ghost ke dalam diorama
panggung Mak Yong Kelantan. Bagi kajian ini telah dibina sebuah diorama panggung
Mak Yong Kelantan yang berukuran 3.5x4 kaki dimana binaanya ¼ dari saiz sebenar
panggung tradisional Mak Yong Kelantan iaitu 14x16 kaki dan juga di dalam diorama
panggung tersebut diaplikasikan teknkik Pepper’s Ghost untuk mewujudkan figura
tarian Mengadap Rebab. Kajian ini telah dijalankan di Kampung Gabus, Pasir Mas iaitu
tempat tinggal informan panggung Mak Yong dan juga tempat kesenian Mak Yong
dijalankan. Kajian ini dijalankan supaya generasi kini peka dengan bentuk panggung
Mak Yong Kelantan dan pengaplikasian teknik Pepper’s Ghost. Juga untuk
memudahkan para pemain Mak Yong agar tidak perlu hadir ke panggung bagi membuat
persembahan kerana figura mereka mampu diwujudkan dengan menggunapakai
aplikasi teknik Pepper’s Ghosts sahaja dan juga dengan projek karya ini untuk pengkaji
menerangkan sinografi merupakan sebuah proses untuk penghasilan sesebuah
produksi. Dengan kajian ini pengkaji menekankan aspek tradisional dan teknologi dapat
bergabung untuk pelestarian yang berterusan dan memberi impak positif pada generasi
akan datang. Jadi kajian lapangan secara terperinci telah dilakukan, dimana data data
dikumpul berdasarkan temu bual separa berstruktur dan menggunakan kaedah
pemerhatian ‘Participant Observation’ yang melibatkan informan panggung Mak Yong
Kelantan. Temu bual direkod secara bertulis, rakaman audio, video dan gambar.
Pengkaji mengunakan teori ‘Grounded Theory’ untuk kajian ini dan juga dilakukan
analisis bersama penelitian pustaka sebagai proses pengkaryaan. Fokus analisis kajian
ialah mengenai proses pembuatan, rekabentuk dan struktur bagaimana diorama
panggung dibina dan aplikasi teknik Pepper’s Ghost berfungsi. Dengan dapatan kajian
ini dapat mengisi kelopongan, menambah ilmu pengetahuan dalam kesenian diorama
panggung Mak Yong Kelantan juga aplikasi teknik Pepper’s Ghost dan secara langsung
dapat mendalami lebih lagi dalam memperluaskan kajian atau penelitian yang akan
datang. |
References |
Andika Aziz Hussin. (2008). Pengurusan Produksi Teater : Universiti Malaysia Sabah.
Andika Aziz Hussin. (2000). Seni Berteater Malap Di Sabah. Aronson. A. (2010). The Future Of Scenography.
Azman, I. (2019). Mendepani Cabaran Mutakhir Teater Tempatan. Benamou. M. (2010). Rasa. New York: Oxford University Press. Benedetto, S (1998). An introduction to theatre design. Routledge.
Brewster,K & Shafer,M. (2011). Fundamentals of Theatrical Design. New York : Allworth Press.
Brown, J. (2017). What is theatre?: An introduction and exploration. Crc Press. Buku Cenderamata (2001). Teater Tradisional: Anak Raja Gondang. Kuala Lumpur:
Akademi Seni Kebangsaan. Arahan Norzizi Zulkifli.
Cohen, R. (2014). Theatre. New York: McGraw-Hill.
Edward, G., C. (1998). A vision of theatre. Christopher Innes Amsterdam: Harwood Academic.
Edwin. W (1999). Theatre the lively art. New York: McGraw-Hill College.
Freeland F, H. (2011). Embodied Communities, Dance Tradition and Change in Java. New York: Berghahn Books.
Gilman, L., & Fenn, J. (2019). “Handbook for Folklore and Ethnomusicology Fieldwork”. Bloomington: Indiana University Press.
Ghulam, S. Y. (2019). Mak Yong World Heritage Theatre.: Areca Books. Ghulam, S. Y. (2018). Mak Yong Through the Ages Kelantan’s Traditional Dance Theatre.: University Of Malaya Press.
Ghulam, S. Y. (1992). Panggung Semar Aspects of Tradtional Malay Theatre.: Tempo Publishing (M) SDN BHD.
Ghulam, S. Y. (2004). Panggung Inu Essays on Traditional Malay Thetare. : UniPress.
Ghulam, S. Y. (1976). The Kelantan Mak Yong Dance Theatre: A Study Of Performance Structure : Xerox University Microfilms, Doctor Of Philosophy Dissertation.
Ghulam Samwar Yousof. (2017). The Mak Yong Dance Theatre as Spiritual Heritage: Some Insight. SEAMEO SPAFA. Hardwick. P A.(2009). Stories Of The Wind: The Role Of Mak Yong In Shamanistic Healing In Kelantan, Malaysia. UMI Disseration Publishing, Doctor Of Philosophy.
Hardwick. P A. (2005). Global and Local Dance In Performance.: Cultural Centre University of Malaya dan Ministry of Culture, Arts and Heritage Malaysia.
Hardwick. P A. (2013) Malay Chronicles, Thai Drama, Javanese Tales: Mak Yong, Intertextuality, and Pasisir Cultural Flow. Fulbright Scholar to Indonesia, Hofstra University, USA.
Hardwick. P A.(2020). Mak Yong A UNESCO “Masterpiece”. Nanzan University Anthropological Institute.
Hardwick. P A.(2014). The Body Becoming Transformative Performance In Malaysia Mak Yong. Institute of Scred Music, Yale University 409 Prospect Street, New Haven, USA.
Helbo, Andre. (1987). Theory of Performing Arts.: John Benjamins Publishing Co.
Holt, M (1988). A phaidon theatre manual: Stage design and properties. Phaidon Press Limited.
Jackson, B. (1987). Fieldwork. University Of Illinois Press.
Lim S. T. Sulhie, M. Y. (2019). Peteri Kesenian Terapi Tradisional. Shah Alam: Reka Cetak SDN BHD.
Mamet, D. (2011). Theatre. New York: Farrar, Straus and Giroux. Norzizi Zulkifli. (2009). Mak Yong Dalam Bentuk Teater : Meneliti Aspek Pengarahan Anak Raja Gondang. Jurnal Melayu (4) 2009: 111-125.
Pavelka, M. (2015). So you want to be a theatre designer?.: Nick Hern Books. Pecktal, L. (1995). Designing and drawing for the theatre.: McGraw-Hill. Qardhawi, Y. (2008). Seni dan Hiburan Dalam Islam . Al-Hidayah Publications.
Rahmah Bujang. (1989). Seni Persembahan Bangsawan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Secretariat, A. (1991). Traditions Revitalized. ASEAN Committee. Simonson, L. (1946). The stage is set. New York: Dover.
Sumardjo, J. (2000). Filsafat Seni. Bandung: ITB.
Syahrul Fithri Musa & Mohd Effindi Samsuddin. (2018). Konsep Minimalisme Dalam Aspek Sinografi Teater Alternatif Melayu Di Stor Teater DBP. FBS Universitas Negeri Padang, Indonesia.
Timothy P. Daniels. (2013). Performance, Popular Culture and Piety in Muslim Southeast Asia. Palgrave Macmilan. Titon T. J. (2019). Cultural Sustainabilities. Urbana, Chicago and Springfield University Of Illinois Press.
Turner. V. Schechner. R. (1988). The Anthropology Of Performance By Victor Turner.: PAJ Publications.
Website . http://prpm.dbp.gov.my. Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Kedua. Website . http://prpm.dbp.gov.my. Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat.
Website . http://prpm.dbp.gov.my. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Wilson, A. (2003). Making stage props: A practical guide.: Crowood.
Wilson, E. (2008). The Theatre experience. New York, NY: McGraw-Hill Education. Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=Qbp_s2AG5ZU&t=204s
Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=TGbrFmPBV0Y Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=k5v_t2Pq87k Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=bIZr63HQcW8
Zulhusni, Mohd Asyiek & Norfarizah. (2014). Penyampaian Visual Melalui Teknik Holografi Dalam Mengangkat Kesenian Tradisional Mak Yong. Universiti Sains Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |