UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru bahasa Arab terhadap pendekatan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan yang berbentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif . Kaedah menentukan sampel kajian kuantitatif adalah teknik persampelan rawak berstrata. Manakala kaedah bertujuan pula digunakan bagi menentukan peserta kajian kualitatif. Seramai tiga orang guru bahasa Arab dipilih dari setiap 15 buah sekolah kebitaraan di zon timur yang terlibat sebagai responden kajian iaitu berjumlah 45 responden kesemuanya. Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan data tahap pengetahuan guru bahasa Arab dan jenis gamifikasi yang digunakan. Data dianalisis secara deskriptif peratusan, frekuensi dan nilai min. Selain itu pengkaji turut menggunakan temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen bagi mendapatkan data mengenai cabaran yang dihadapi oleh guru bahasa Arab serta cadanga.....
Thesis Published 2025 115 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan platform pentaksiran gamifikasi Aero-P Escape bagi topik Respirasi Aerob dan menentukan kebolehgunaan platform ini dari perspektif pelajar Sistem Dua Semester (SDS) kursus Biologi Kolej Matrikulasi. Reka bentuk kajian ialah kajian pembangunan yang menggunakan pendekatan analisis kuantitatif. Platform pentaksiran gamifikasi Aero-P Escape dibangunkan berdasarkan integrasi Model ADDIE serta Lima Langkah Mengaplikasi Gamifikasi dalam Pembelajaran. Kesahan kandungan platform pentaksiran gamifikasi Aero-P Escape dinilai oleh enam orang pakar melalui borang penilaian kesahan kandungan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Content Validity Index (CVI). Bagi menilai kebolehgunaan platform pentaksiran gamifikasi Aero-P Escape dari perspektif pelajar, sampel kajian terdiri daripada 306 orang pelajar SDS dari Kolej Matrikulasi Zon Utara melalui teknik pensampelan rawak berkelompok berperingkat. Tahap persepsi kebolehgunaan platform ditentukan menggunak.....
Thesis Published 2026 95 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.