AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan gamifikasi powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) imbuhan terhadap murid SJKC tahun lima. Empat jenis gamifikasi powerpoint, iaitu Board Games, Card Games, Quiz Games dan Role Playing Games (RPG) telah direka berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun Lima untuk intervensi selama enam minggu. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 71 orang murid di sebuah SJKC di Daerah Kinta Utara dengan 36 orang murid menjadi kumpulan rawatan dan 35 orang murid menjadi kumpulan kawalan. Tiga instrumen kajian digunakan, iaitu praujian dan pascaujian, soal selidik serta ClassDojo. Praujian dan pascaujian dijalankan untuk menilai kesan gamifikasi powerpoint terhadap penguasaan imbuhan murid. Soal selidik digunakan untuk meninjau kecenderungan murid terhadap setiap jenis gamifikasi powerpoint. ClassDojo pula digunakan untuk mengukur pelibatan.....