UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

6 record(s) found

1
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan E-Komik Islamik Neuro- Manga bagi Sistem Saraf Manusia dan mengenalpasti tahap persepsi kebolehgunaan pelajar terhadap penggunaan E-Komik Islamik Neuro-Manga bagi Sistem Saraf Manusia dalam subjek Biologi Tingkatan Empat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan 73 orang sampel pelajar muslim Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi semester 6 dan 7. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik untuk menilai kebolehgunaan E-Komik yang mengandungi empat konstruk. Kesahan bagi E-Komik dan borang soal selidik telah dinilai oleh dua pensyarah pakar dengan nilai CVI yang diperoleh bagi borang soal selidik ialah 0.86, manakala nilai Alpha Cronbach adalah 0.929, yang menunjukkan nilai yang baik dan mempunyai ketekalan. Keempat-empat konstruk ialah Kebolehgunaan, Kemudahan Penggunaan, Mudah Dipelajari dan Kepuasan yang melalui proses analisis deskriptif yang .....
Final Year Project Published 2024 827 hits Available
2
Abstract
Bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) berupaya mencipta lingkungan pembelajaran yang interaktif di dalam kelas. Walau bagaimanapun, penggunaan TMK masih belum lagi dilaksanakan secara menyeluruh dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Situasi ini turut dihadapi bagi mata pelajaran Pertanian berikutan terdapat guru-guru yang masih lagi tidak berminat dengan penggunaan BBM berasaskan teknologi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu E-Modul yang dilengkapi dengan komponen gamifikasi bagi subtopik Pengiraan Baja yang diberi nama GamiE-Modul LaNr (Latihan asas Nota ringkas). Terdapat dua objektif kajian iaitu i) untuk membangun GamiE-Modul LaNr bagi subtopik Pengiraan Baja dan ii) untuk menentu kebolehgunaan GamiE-Modul LaNr bagi subtopik Pengiraan Baja. GamiE-Modul LaNr dibangunkan berdasarkan teori konstruktivisme dan Model ADDIE. Pendekatan kajian yang digunakan ialah penyelidikan kuantitatif dan kajian tinjauan keratan.....
Final Year Project Published 2024 778 hits Available
3
Abstract
Harussani Zakaria merupakan salah seorang bekas mufti yang cukup terkenal di negeri Perak Darul Ridzuan. Kehebatan tokoh ini tidak dapat disangkal lagi apabila beliau telah menerima anugerah Tokoh Ulama Sepanjang Zaman yang diumumkan dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam pada tahun 2017. Di samping kesibukan mufti Harussani dalam memimpin hal ehwal agama di negeri Perak, beliau juga tidak terlepas dalam memimpin ahli keluarganya yang menjadi tanggungjawab dan amanah pada setiap ketua keluarga. Oleh yang demikian, kajian ini bermatlamat untuk menganalisis kepimpinan mufti Harussani dalam institusi keluarga khususnya dalam skop pendidikan kerjaya. Kajian ini mengadaptasikan reka bentuk kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah kombinasi teknik analisis kandungan dokumen dan temu bual soalan separa berstruktur. Kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam analisis data yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Ha.....
Article Published 2024 516 hits Available
4
Abstract
Keputusan Fatwa Kebangsaan terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf (ATST) adalah tidak harus untuk dinasabkan kepada bapa biologinya berasaskan kepada sumber-sumber yang kuat daripada al-Quran dan al-Sunnah. Oleh yang demikian, ATST tersebut perlulah dinasabkan kepada ibu sebagai jalur nasab yang sah. Namun begitu, Fatwa Kebangsaan telah memutuskan untuk digantikan dengan nama Abdullah bagi tujuan untuk mengelakkan kesan psikologi dan masalah sosial yang terjadi kepada anak tersebut. Malangnya, objektif dan matlamat tersebut tidaklah seperti yang diinginkan apabila anak-anak itu didakwa menunjukkan kesan yang negatif apabila penamaan mereka dinasabkan kepada Abdullah. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kesan psikologi yang dihadapi oleh ATST yang dinamakan dengan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif, manakala strategi kajian pula ialah kajian kes. Kajian ini juga mengadap.....
Article Published 2024 339 hits Available
5
Abstract
Kajian mengenai keganasan rumah tangga di Malaysia masih belum mendalami naratif perjalanan yang dialami oleh setiap wanita yang menghadapi keganasan rumah tangga. Dengan menggunakan pendekatan geo-naratif, penyelidikan ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan untuk mendapatkan peserta kajian dan persampelan teoritikal dalam pembentukan naratif daripada data kajian. Perisian Quantum Geographic Information System (QGIS) digunakan untuk membina peta tiga dimensi perjalanan menyelamatkan diri daripada keganasan rumah tangga oleh peserta kajian. Dengan memfokuskan kepada campur tangan yang terlibat, kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga naratif perjalanan wanita iaitu; stasis, ulang-alik dan disorientasi. Naratif ini perlu difahami sebagai mempunyai perhubungan yang dinamik dan tidak berasingan antara satu sama lain. Naratif stasis dalam kajian ini merujuk kepada keadaan atau tempoh wanita yang tidak aktif daripada melakukan sebarang perjalanan. Wanita juga mela.....
Thesis Published 2024 250 hits Available
6
Abstract
Projek berasaskan kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk empat buah eksperimen simulasi sinografi yang diinspirasikan daripada elemen mitologi klasik iaitu tanah, air, api dan angin. Empat buah eksperimen simulasi ini dikenali sebagai Samudra, Vayu, Agni dan Bhumi. Berasaskan elemen ini, projek ini akan dihasilkan secara eksperimen dengan menggabungkan teknologi dan kreativiti pentas dalam penghasilan sinografi teater. Terdapat tiga objektif pelaksanaan projek ini (i) meneroka penggunaan bahan dan teknologi untuk menghasilkan simulasi baharu latar pentas, (ii) menghasilkan rekaan siri variasi simulasi sinografi berasaskan secara mockup, (iii) menjalankan eksperimentasi simulasi rekaan secara pameran. Kajian ini menggunakan metodologi Practice Based Research (PBR) sebagai asas. PBR dalam sinografi merupakan metodologi pengkajian yang berasaskan proses sebagai cara untuk menjana pengetahuan dan pemahaman baharu daripada inspirasi yang dipilih. Hasil projek simulasi sinografi ini dijang.....
Thesis Published 2025 115 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.