UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

7 record(s) found

1
Abstract
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dilaksanakan secara meluas sebagai salah satu kaedah pembangunan profesionalisme guru sekolah seluruh Malaysia, namun sehingga kini belum ada sebuah model lengkap KPP khusus untuk sekolah rendah di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan model KPP untuk sekolah rendah berdasarkan standard sekolah rendah berprestasi tinggi di Malaysia. Pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan atau DDR digunakan dalam kajian ini yang terbahagi kepada empat fasa. Fasa pertama merupakan analisis keperluan menggunakan kaedah sorotan literatur secara sistematik dan analisis modelmodel KPP tempatan dan antarabangsa. Fasa kedua merangkumi fasa pembangunan model yang menggunakan kaedah Fuzzy Delphi tiga pusingan. Pusingan pertama melibatkan temu bual bersama 14 orang pakar yang menghasilkan soal selidik KPP. Seterusnya pusingan kedua memerlukan panel pakar memberikan maklum balas dan menambah baik soal selidik tersebut. Pusingan .....
Thesis Published 2022 2666 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan program hafazan al-Quran yang diperkenalkan di sebuah sekolah menengah di Malaysia. Penghafalan al-Quran merupakan salah satu Komponen AlQuran seperti yang dinyatakan dalam program Ulul Albab. Ia diasaskan dan dimulakan oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi di Malaysia, Dato Seri Idris Jusoh. Bagi mencapai objektif kajian ini, pendekatan kualitatif diaplikasikan dengan menggunakan teknik temu bual dengan beberapa orang informan manakala dokumen dan buku berkaitan diteliti. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah BIFFAS telah meningkatkan kualiti hafazan al-Quran pelajar dan ini mendorong motivasi pelajar IMTIAZ bukan sahaja dengan kemajuan pembelajaran mengikut arus perdana pendidikan negara, tetapi ia juga membantu meningkatkan pemerolehan al- Quran pelajar di Malaysia. Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Menengah IMTIAZ Terengganu (SM IMTIAZ), Malaysia. Sekolah ini dipilih memandangkan ia merupakan sekolah menengah pertam.....
Article Published 2022 552 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan mobiliti sifar karbon di kampus. Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai lokasi kajian. Seramai 270 orang sampel dipilih melibatkan pelajar UPM yang menggunakan mod mobiliti sifar karbon. Data yang digunakan adalah data primer dan sekunder. Data primer dikumpul melalui kaedah soal selidik manakala, data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, laporan tahunan dan jurnal daripada sumber elektronik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Manakala, statistik inferensi menggunakan pengujian ujian Korelasi Spearman dan ujian Regresi Berganda. Dapatan kajian menunjukkan tahap kekerapan pelajar yang menggunakan mobiliti sifar karbon di kampus dalam kalangan pelajar yang tinggal di kolej kediaman adalah sederhana dengan nilai min keseluruhan sebanyak 3.46. Bagi ujian.....
Thesis Published 2023 954 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan latihan serangan-bertahan terhadap prestasi daya tahan kardiovaskular dan kebolehan mengubah arah pemain pasukan Presiden Negeri Sembilan FA sewaktu latihan pra-musim 2020. Penilaian pemain ini adalah berdasarkan latihan spesifik kecergasan fizikal serangan-bertahan iaitu transition ball possession to ball possession opponent (BP-BPO) dan ketangkasan. Pelaksanaan intervensi selama enam minggu melalui latihan daya tahan kardiovaskular dengan intensiti Aerobic High Intensity (AHI) dan Aerobic Medium Intensity (AMI) yang diukur menggunakan bateri ujian Multi Shuttle Run Test (MSRT) dan latihan ketangkasan melalui latihan Speed Endurance Production (SEP) dan Speed Endurance Maintenance (SEM) yang diukur menggunakan Balsom Agility Run (BAR). Subjek terdiri daripada 36 pemain pasukan Presiden Negeri Sembilan yang dipilih secara rawak berkelompok iaitu kumpulan kawalan (n = 12) menjalani latihan rutin, kumpulan rawatan A (n = 12).....
Thesis Published 2022 1863 hits Available
5
Abstract
This study aimed to explore the management, implementation, teaching materials, and evaluation process of digital inquiry-based science learning in rural primary school. An action research approach using qualitative methods was employed, based on the circle of action and reflection framework. The participants for this study were 8 Year 4 pupils (10-11 years old) from a rural primary school in Melaka selected using purposive sampling. The study comprised three phases: (a) clarifying the initial understanding of primary pupils regarding plant growth and photosynthesis, (b) conducting two action research cycles of digital inquiry-based science learning using the BSCS 5E Instructional model, and (c) analysing the data to address the research questions. Data were collected through interviews, reflection logs, teaching verbatim, pupils’ work and document analysis. The findings of the study revealed several key points. Firstly, in managing digital inquiry-based science learning i.....
Thesis Published 2024 2593 hits Available
6
Abstract
Makalah ini bertujuan membincangkan mengenai masalah banjir yang berlaku di Daerah Timur Laut (DTL) Pulau Pinang dan tindakan yang diambil oleh jabatan yang bertanggungjawab bagi mengatasinya sepanjang tempoh kajian Maklumat yang dibentangkan dalam makalah ini berasaskan kepada sumber primer dan sekunder. Analisis kepada sumber primer seperti surat rasmi kerajaan, fail, laporan minit mesyuarat serta laporan akhbar dilakukan berasaskan kepada metodologi penyelidikan sejarah. Kajian mendapati kejadian banjir di DTL menjejaskan kehidupan penduduk setempat. Namun, kerjasama bekerjasama secara kolektif antara Majlis Bandaraya Pulau Pinang Kerajaan Negeri, Jabatan Perparitan, Jabatan Pengairan dan beberapa Jabatan telah berjaya mengatasinya dengan berkesan dalam tempoh kajian ini. dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah banjir. Perbincangan di dalam makalah ini memperlihatkan kejayaan untuk mengatasi masalah banjir yang membebankan penduduk yang terlibat. Ia diharap boleh member.....
Article Published 2024 193 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan motivasi pengurusan pentadbir sekolah dengan tahap kepuasan kerja guru dalam kalangan guruguru sekolah menengah kebangsaan di negeri Perak. Fokus kajian ini adalah pada empat dimensi utama amalan pengurusan pentadbir sekolah: pengiktirafan bukan kewangan, pembangunan profesional guru, persekitaran kerja, dan penglibatan dalam pengurusan sekolah. Tahap kepuasan kerja guru dinilai berdasarkan prestasi kerja, komitmen kerja, kesetiaan, dan pengekalan. Kajian ini juga mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan kerja berdasarkan jantina, tahap pendidikan, dan tempoh perkhidmatan guru. Seramai 375 guru dari 12 buah sekolah menengah kebangsaan telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah soal selidik untuk pengumpulan data. Kebolehpercayaan instrumen disahkan dengan nilai Alpha Cronbach 0.942 untuk amalan motivasi pengurusan dan 0.944 untuk kepuasan kerja. Hasil kaj.....
Thesis Published 2024 119 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.