AbstractKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pengguna sistem e-
Claim, mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang atau memotivasi perilaku
penggunaan sistem e-Claim dan mengkaji kesan penggunaan sistem e-Claim terhadap
kos pematuhan di UPSI. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara kepuasan
pengguna, perilaku penggunaan dan kos pematuhan terhadap implikasi amalan UPSI.
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan satu set borang soal
selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi enam bahagian berdasarkan
model faktor penentu yang telah ditetapkan dan diedarkan kepada responden.
Populasi kajian adalah melibatkan kakitangan UPSI dalam Kumpulan A dan ke atas
kerana kumpulan ini menggunakan sistem e-Claim termasuk kakitangan akademik
dan bukan akademik. Bilangan sampel kajian ini ialah seramai 285 orang dengan
menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Hasil ujian bagi H1 mendapati nilai
pekali, R=0.834, β=.785, R2=.697, p=.000 (p=..