UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tiga ciri utama dalam konteks komunikasi bagi data peribahasa Melayu dan Tamil serta menganalisis operasi metafora peribahasa berdasarkan fitur elemen dalam Teori Hibrid. Teori ini digunakan untuk meneliti perbandingan rantau konsepsi nilai moral antara peribahasa Melayu dengan peribahasa Tamil. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Sebanyak 12 data peribahasa Melayu dan Tamil pada aras sekolah rendah daripada tiga kategori nilai moral telah dipilih untuk dianalisis dalam kajian ini. Nilai moral tersebut terdiri daripada nilai kerajinan, kerjasama dan kesederhanaan. Teori Hibrid diyakini dapat memberi perspektif baharu kepada kajian berasaskan peribahasa dengan mengkaji aspek linguistik kognitif dan pragmatik. Tiga pencirian utama dalam konteks komunikasi iaitu perwatakan, kebijaksanaan dan ketuhanan memiliki ciri komunikasi yang hampir sama bagi data peribahasa Melayu dengan peribahasa Ta.....
Thesis Published 2022 1285 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi guru dalam kesediaan guru untuk melaksanakan pendidikan abad ke-21 (PAK21). Tahap kesediaan guru melaksanakan pendidikan abad ke-21 dilihat berdasarkan aspek pengetahuan guru tentang pembelajaran pendidikan abad ke-21, kemahiran menggunakan sistem pengurusan pembelajaran Google Classroom dan sokongan pentadbir. Instrumen soal selidik dipilih sebagai medium untuk menjalankan kajian kuantitatif ini. Dalam kajian ini seramai 330 orang guru sekolah rendah dari daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian ini. Berdasarkan keputusan kajian, didapati bahawa majoriti guru berpendapat bahawa mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang PAK21(M=3.71, sp=0.464), kemahiran guru menggunakan sistem pengurusan pembelajaran Google Classroom adalah tahap sederhana (M=2.88, sp=0.704). Bagi tahap sokongan pentadbir, guru bersetuju mereka mempunyai sokongan dari pentadbir (M=3.86, sp=0.562). Selain.....
Thesis Published 2023 1867 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.