UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | matematik | Komunikasi | Kurikulum |
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara | Perpustakaan Tuanku Bainun | Goh swee Choo | PENDIDIKAN ISLAM |
|
Latest addition to the database : |
2651 | 2023 final_year_project | Pengalaman Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam mengendalikan kaunseling rujukan Nur I\'ifah Shima Mohamad Sam Objektif kajian ini adalah untuk meneroka perspektif Guru Bimbingan dan Kaunseling
dalam aspek penerimaan klien terhadap pelaksanaan kaunseling rujukan. Selain itu, kajian
ini juga bertujuan untuk meneroka aspek kecekapan yang diamalkan oleh Guru Bimbingan
dan Kaunseling di samping turut meneroka cabaran yang dilalui mereka sepanjang
mengendalikan kaunseling rujukan. Pendekatan solusi yang diambil oleh Guru Bimbingan
dan Kaunseling dalam berhadapan dengan cabaran tersebut turut diteroka oleh pengkaji.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Temu bual semi
struktur telah dijalankan ke atas tiga orang Guru Bimbingan dan Kaunseling yang
mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kaunseling rujukan ini. Selain itu, pengkaji
turut menjalankan analisis terhadap sumber dokumen sebagai proses triangulasi data. Hasil
dapatan kajian menunjukkan terdapat sebelas tema yang dibina berdasarkan persoalan
kajian. Antaranya hubungan dan persekitaran terapeutik ya..... 940 hits |
2652 | 2023 final_year_project | Hubungan antara efikasi kendiri kaunseling terhadap kesejahteraan psikologi kaunselor pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nurrabiatul Alliyah Abdul Rahman Proses menjalani praktikum kaunseling atau internship kaunseling memerlukan
kesediaan efikasi kendiri dan kesejahteraan psikologi yang kukuh bagi membolehkan
kaunselor pelatih berfungsi secara optimum dan menangani cabaran dalam
melaksanakan tugas serta peranan mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji hubungan antara efikasi kendiri kaunseling terhadap kesejahteraan psikologi
kaunselor pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif secara kajian tinjauan. Data diperoleh daripada responden kajian
melalui instrumen Counseling Self-Estimates Inventory (COSE) dan Flourishing Scale.
Responden kajian terdiri daripada 123 orang pelajar yang mengambil kursus Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling daripada semester enam hingga
semester lapan di UPSI. Oleh itu, responden kajian dipilih melalui teknik persampelan
rawak. Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat antara
efikas..... 955 hits |
2653 | 2023 final_year_project | Hubungan personaliti dengan kepuasan kerja guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di daerah Hilir Perak Robson Boi Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis personaliti yang paling dominan, tahap
kepuasan kerja, dan mengukur hubungan antara personaliti (Keterbukaan, Kehematan,
Ekstraversi, Kesetujuan dan Neurotisme) dengan kepuasan kerja Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa di daerah Hilir Perak. Seramai 37 orang GBKSM di daerah
Hilir Perak telah terlibat sebagai responden. Data dikumpul melalui instrumen Big Five
Inventory-10 (BFI-10) yang telah diterjemahkan oleh Muhammad Idris (2021) dan Job
Satisfaction Survey (JSS) yang telah diterjemahkan oleh Tan Soo Luan (2010). Analisis
deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan digunakan untuk analisis taburan, manakala
analisis Korelasi Pearson digunakan untuk analisis hubungan antara persoanliti dengan
tahap kepuasan kerja. Penganalisisan data dibuat berbantukan perisian Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Dapatan deskriptif menunjukkan bahawa
personaliti yang paling dominan bagi GBKSM di daerah Hilir Perak a..... 585 hits |
2654 | 2023 final_year_project | Hubungan antara sokongan sosial dan ketahanan diri dalam kalangan pelajar ijazah sarjana muda kaunseling di sebuah universiti awam Muhammad Syahir Shahar Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap sokongan sosial dengan tahap
ketahanan diri dalam kalangan pelajar kaunseling semester 1 dan 2. Kajian ini melibatkan
pelajar universiti seramai 55 orang responden yang terdiri daripada pelajar kaunseling semester
1 dan 2. Alat ujian yang digunakan bagi mengumpul data ialah Inventori Skala Multidimensi
Sokongan Sosial (Multidimensional Scale of Perceived Social Support) dan Inventori Skala
Tahap Ketahanan Diri (The Resilience Scale). Kajian ini berbentuk analisis deskriptif dan
analisis inferensi dan menggunakan analisis kolerasi dan juga analisis ujian-t. Analisi kolerasi
Pearson digunakan dalam kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara kedua-dua
pembolehubah, manakala analisis Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan pemboleh ubah
mengikut jantina. Kaedah menganalisis data, pengkaji menggunakan ‘Statistic Package for
Science Soscial’ (SPSS)... 1587 hits |
2655 | 2022 thesis | Penggunaan kaedah bacaan ulangan untuk membantu kemahiran membaca murid pemulihan khas Nor Khairunisa Adnan Kajian ini bertujuan menyelidiki penggunaan kaedah bacaan ulangan untuk membantu
kemahiran membaca murid pemulihan khas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti masalah kemahiran membaca murid pemulihan khas, mengenal pasti pelaksanaan
kaedah bacaan ulangan serta mengenal pasti perubahan terhadap kemahiran membaca
yang diperoleh melalui pelaksanaan kaedah bacaan ulangan. Reka bentuk kajian adalah
kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah
rendah di Merlimau, Melaka. Peserta kajian ini terdiri daripada lima orang murid
pemulihan khas dan seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Peserta kajian telah
dipilih secara persampelan bertujuan. Kelima-lima murid merupakan murid pemulihan
khas yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca. Kaedah pengumpulan data
yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Manakala
instrumen kajian pula melibatkan borang skor pentaksiran lisan, senarai semak, borang
catata..... 686 hits |
2656 | 2022 thesis | Kesediaan dan amalan teknik penyoalan berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan guru sekolah rendah Parimala Krishnan Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesediaan dan amalan teknik penyoalan
berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru sekolah
rendah. Penyelidik telah memilih pendekatan kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan
dalam menjalankan kajian ini. Data bagi kajian ini diterima melalui dapatan daripada
soal selidik yang diberikan kepada 103 guru sekolah rendah yang mengajar di daerah
Hilir Perak. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan
inferensi yang melibatkan tahap kesediaan dan amalan teknik penyoalan KBAT sebagai
pembolehubah tidak bersandar manakala perspektif umum guru, pengalaman mengajar,
tahap akademik dan sikap guru sebagai pembolehubah bersandar. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kesediaan dan amalan guru terhadap teknik penyoalan KBAT
adalah tinggi secara keseluruhannya (min>3.66). Namun, dilihat bahawa guru-guru
masih belum mengaplikasikan teknik penyoalan KBAT secara sepenuhnya berdasarkan
tahap persetuju..... 1461 hits |
2657 | 2021 thesis | A study on destiny of Kovalan the main character in Silappathikaaram epic Roopna Darshene Ramachandram The objective of this study is to identify vices and virtues of Kovalan in the Tamil epic
Silappathikaaram, to analyse those attributes with reference to Thiruvalluvar's Oozh
(loosely translated as destiny) theory and to further expound on the lesson learned
through Kovalan’s destiny. The main aim of this study is to convey the outcome of an
intense Oozh. Qualitative data analysis methods have been used in this research
whereby all the three objectives of this study have been reached effectively through
library and text analysis methods. In the theory part, the whole of Silappathikaaram
epic has been thoroughly studied and understood. Kovalan's vices and virtues were
identified by scrutinizing his lifestyles, his journey, incidences that influence his next
course of action and its impact on the society has been analyzed in accordance with
Thiruvalluvar's Oozh theory. Four vices and four virtues that shape Kovalan’s destiny
in Silappathikaaram were explored. The effects o..... 410 hits |
2658 | 2007 thesis | Pengukuran tahap kecergasan fizikal pemain bola sepak bawah 18 tahun pelajar sekolah menengah bahagian Kuching, Sarawak Abdul Azis Ayub
Kecergasan fizikal, penguasaan teknikal, taktikal dan kekuatan psikologikal
merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pasukan dalam
permainan bola sepak. Matlamat kajian ini ialah mengukur tahap kecergasan fizikal
pemain bola sepak bawah 18 tahun pelajar sekolah menengah bahagian Kuching.
Sarawak. Bateri ujian kecergasan fizikal mengandungi lima jenis ujian khusus untuk
menguji komponen kelenturan, kuasa kaki, ketangkasan, kepantasan dan daya tahan
kardiovaskular (Vo2iliax). Nilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian adalah
di antara r = .80 hingga r = .99. Kaedah penyelidikan ex post facto digunakan dalam
kajian ini dengan jumlah sampel 67 orang pelajar sekolah menengah Zon B. bahagian
Kuching. Sarawak. Analisis statistik korelasi digunakan bagi menguji perkaitan di
antara skor lima jenis ujian kecergasan fizikal dengan skor keseluruhan tahap
kecergasan fizikal pemain. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perhubungan
positif'dan rendah bagi ko..... 678 hits |
2659 | 2022 final_year_project | Embodying the non-Indian bodies experience in Bharatanatyam Thareshinyi Rames The dance style known as Bharatanatyam has its origins in cultural heritage and is still
practiced, trained, and demonstrated in a variety of forms. Malaysia is usually described
as a particularly multicultural and multireligious secular state dominated by Muslims.
This study focuses on diverse dancers, their progression in Bharatanatyam, and their
contributions to completing Arangetram. Learning a pure dance based solely on nritta
is simple for all cultures to learn Bharatanatyam. When a person advances to the next
level of Bharatanatyam, Arangetram, it will be challenging for them if they are from
another culture. Padam, Varnam, and Shabdam, which are solo expressive dances
formed of emotions that invoke rasa, would be difficult for non-Indian bodies to do (a
taste of spiritual happiness). This research explains how non-Indian bodies embody
spirituality or Indian aesthetics in the understanding of Bharatanatyam. A qualitative
approach will be used in this study whereby dat..... 457 hits |
2660 | 2023 final_year_project | Persediaan untuk Trance Dance: kajian kes Penari Kuda Kepang di Kluang Johor Siti Aishah Mustapha Kamal Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persediaan yang dilakukan oleh seorang penari
sebelum memulakan permainan Kuda Kepang. Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan
Kluang, Johor di mana fokus utama pengkaji. Teori Victor Turner digunakan dalam
kajian ini di mana dapat dikaitkan dengan permainan Kuda Kepang mengikut empat
fasa yang dinyatakan dalam Social Drama. Kaedah kualititatif digunakan dalam kajian
ini bagi memperolehi maklumat dan mendapatkan penerangan serta penjelasan yang
jelas berkenaan kajian. Pengkaji hanya menemu bual seorang informan yang bergiat
aktif dalam kesenian Kuda Kepang di Kluang, Johor. Data dianalisis dengan
menggunakan deskriptif dan etnografi. Analisis deskriptif menjelaskan dan
menerangkan struktur gerak Kuda Kepang semasa permainan dijalankan, manakala
etnografi pula mengembangkan pemikiran dan pemahaman pengkaji berkenaan kajian
yang dijalankan. Hasil kajian membolehkan pengkaji menjelaskan mengenai
persediaan bagi seorang penari, struktur perg..... 1325 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 266 of 960 | [ Next ] [ Last ] |