UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik Komunikasi addie
Kurikulum Perpustakaan Tuanku Bainun PENDIDIKAN ISLAM Ahmad Hashim

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
27112022
thesis
Analisis riwayat Al-Mudallisin di dalam Sahih Ibn Hibban
Mohd Nor Adli Osman
Imam Ibn Hibban adalah salah seorang tokoh dalam ilmu hadith. Antara kitab yang ditulis olehnya adalah Sahih Ibn Hibban. Dalam kitab tersebut dan juga beberapa kitabnya yang lain seperti Kitab al-Thiqat dan Kitab al-Majruhin min al-Muhaddithin, beliau menyatakan tidak akan berhujah dengan riwayat-riwayat yang bertaraf almudallas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa riwayat yang diriwayatkan oleh perawi al-mudallis dengan lafaz `an`anah di dalam kitab sahihnya. Terdapat dua tokoh hadith pada zaman ini iaitu Shaykh Nasir al-Din al-Albani dan Shaykh Shu`ayb al- Arna ut telah mentakhrij hadith di dalamnya dan hasilnya terdapat 31 hadith yang diriwayatkan oleh perawi al-mudallis dengan lafaz `an`anah. Kajian ini bertujuan menganalisis definisi al-mudallis di sisi Ibn Hibban dan juga untuk melihat ketepatan metodologi yang telah digariskan oleh Ibn Hibban sendiri. Kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif yang dilaksanakan melalui kaedah pengumpulan data khususn.....

453 hits

27122022
thesis
Pembangunan model komuniti pembelajaran profesional untuk sekolah rendah berprestasi tinggi di Malaysia
Kamarudin Ismail
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dilaksanakan secara meluas sebagai salah satu kaedah pembangunan profesionalisme guru sekolah seluruh Malaysia, namun sehingga kini belum ada sebuah model lengkap KPP khusus untuk sekolah rendah di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan model KPP untuk sekolah rendah berdasarkan standard sekolah rendah berprestasi tinggi di Malaysia. Pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan atau DDR digunakan dalam kajian ini yang terbahagi kepada empat fasa. Fasa pertama merupakan analisis keperluan menggunakan kaedah sorotan literatur secara sistematik dan analisis modelmodel KPP tempatan dan antarabangsa. Fasa kedua merangkumi fasa pembangunan model yang menggunakan kaedah Fuzzy Delphi tiga pusingan. Pusingan pertama melibatkan temu bual bersama 14 orang pakar yang menghasilkan soal selidik KPP. Seterusnya pusingan kedua memerlukan panel pakar memberikan maklum balas dan menambah baik soal selidik tersebut. Pusingan .....

650 hits

27132023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan modul video amali bagi pembelajaran interferens gelombang Fizik tingkatan 4
Melvis Gina Wan
Kajian ini adalah untuk membangunkan modul video amali pengajaran interferens gelombang dan menentukan kebolehgunaan modul dari perspektif pelajar tingkatan 4. Reka bentuk kajian adalah kajian pembangunan dan tinjauan. Pendekatan kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah modul amali, borang kesahan dan borang soal selidik. 32 orang sampel telah dipilih melalui persampelan bertujuan. Skala Likert empat mata telah digunakan sebagai skala pengukuran. Analisis data bagi kesahan adalah melalui pengukuran nilai Content Validity Index (CVI). Instrumen yang dibangunkan mendapat kesahan yang baik daripada dua orang pakar dengan jumlah nilai CVI yang diperolehi adalah 0.89. Kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Kebolehpercayaan modul telah diperolehi melalui kajian rintis dengan nilai Cronbach's Alpha yang tinggi iaitu 0.907. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul vide.....

1017 hits

27142023
final_year_project
Hubungan antara sikap pelajar terhadap Fizik dengan tahap penguasaan dalam konsep daya dan gerakan dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Fify Ellyna Alice Jaisim
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajar tingkatan empat terhadap fizik dan tahap penguasaan mereka dalam konsep daya dan gerakan. Kajian ini juga menentukan hubungan antara sikap pelajar terhadap fizik dengan tahap penguasaan dalam konsep daya dan gerakan. Reka bentuk kajian adalah penyelidikan perhubungan korelasi. Populasi kajian adalah seramai 96 pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran fizik. 31 sampel yang berjaya dikumpulkan semula. Teknik persampelan adalah teknik persampelan rawak mudah. Soal selidik terdiri daripada dua instrumen iaitu Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik (STPF) untuk menentukan sikap pelajar terhadap fizik dan instrumen Force Concept Inventory spm (FCIspm) untuk menentukan tahap penguasaan pelajar dalam konsep daya dan gerakan. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif dan ujian korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap fizik (purata skor= 3.74) dan mempunyai tahap penguasa.....

850 hits

27152011
thesis
Kesan latihan pliometrik terhadap kuasa dan kepantasan kaki
Khairul Anuar Ismail
Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk melihat kesan latihan pliometrik yang dijalankan  selama enam minggu terhadap penghasilan kuasa dan kepantasan kaki dalam kalangan pemain bola sepak  berusia 13 dan 14 tahun di Melaka. Selain itu ia juga ingin melihat pola perubahan yang berlaku  dalam tempoh enam minggu latihan ini dijalankan. Bagi tujuan itu, dua ujian tambahan dilaksanakan  selain ujian pra dan ujian pasca. Ujian tersebut adalah ujian minggu ke-2 dan ujian minggu ke-4.  Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah sukan negeri di Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan  Seri Kota. Subjek kajian (n = 33) terdiri daripada pemain bola sepak berusia 13 dan 14 tahun.  Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan eksperimental (n = 17) mengikuti program latihan  pliometrik dan kumpulan kawalan (n = 16) menjalani latihan seperti biasa tetapi tidak melibatkan  latihan pliometrik. Kaedah penyelidikan eksperimental telah digunakan dalam kajian ini bagi  mendapat.....

763 hits

27162022
thesis
Teaching Arabic for economic and trade negotiation course in Yinchuan University of energy
Kou, Jieying
The purpose of this study aims to explore students’ needs and the relationship between teaching methods (A), teaching materials (B), teaching evaluations (C), teaching faculty (D) and students’ needs (S) that affected the teaching quality of the AETN course. Mix-method approach (Quantitative and Qualitative) was adopted to answer the research questions and instruments such as survey and interview were used to collect the data. For the quantitative approach, a random sample of 60 students who had enrolled in the AETN course from year four (23 males and 37 females) participated in this study. The correlation and multiple linear regression were used to analyze the data via SPSS package. On the other hand, 5 participants were randomly interviewed. The results of correlation between A, B, C, D and S were r=0.596, 0.579, 0.620, 0.572, p..

768 hits

27172007
thesis
Orientasi matlamat dan kecenderungan keagresifan instrumental di kalangan pemain bola baling remaja
Baharim Hashim
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti orientasi matlamat dan kecenderungan keagresifan  instrumental di kalangan pemain bola baling MSSP Daerah Kinta Dua, Perak. Kajian ini melihat  orientasi matlamat, kecenderungan keagresifan instrumental, individu yang mempengaruhi keagresifan  instrumental dan situasi yang dijangkakan akan mempengaruhi kecenderungan atlet untuk melakukan  keagresifan instrumental. Instrumen soal selidik yang digunakan ialah ‘Task and Ego Orientation In  Sport Questionnaire’ (TEOSQ) oleh Duda & Nicholls (1991) dan ‘The Judgement About Moral  Behavior   In  Youth  Sport  Questionnaire’  (JAMBYSQ)  oleh  Stephens, Bredemeier & Sheilds (1993). Seramai  166 atlet (85 lelaki dan 81 perempuan), yang terdiri daripada pemain pasukan yang memasuki  peringkat suku akhir pertandingan bola baling peringkat daerah ini, telah bekerjasama untuk   menjadi sampel kajian. Analisis kajian mendapati penglibatan atlet-atlet ini adalah   berorient.....

399 hits

27182023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan modul pembelajaran bagi subtopik hukum kepler dari perspektif pelajar Fizik tingkatan empat
Yumarry Shile Yapit
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran hukum Kepler dan mengenal pasti kebolehgunaannya dari perspektif pelajar Fizik tingkatan empat. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan yang menggunakan pendekatan model ADDIE dan reka bentuk tinjauan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Fizik yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak kelompok. Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen iaitu modul pembelajaran hukum Kepler, borang penilaian kesahan dan soal selidik kebolehgunaan yang menggunakan skala Likert empat mata. Kesahan diperoleh daripada dua orang pakar dan dianalisis menggunakan peratus CVI. Analisis data kesahan menunjukkan kesahan yang baik dengan peratus persetujuan 98.13%. Soal selidik kebolehpercayaan modul dijalankan ke atas 15 orang pelajar Fizik mendapat nilai 0.928 menunjukkan kebolehpercayaan yang baik berdasarkan skor Cronbach Alpha. Soal selidik kebolehgunaan mengandungi empat aspek iaitu reka bentuk, kebergunaa.....

868 hits

27192021
thesis
Pendekatan pengajaran gaya bahasa perbandingan dalam pantun Iban
Richard Litan
Kajian ini bertujuan mengkaji pendekatan pengajaran yang berkesan untuk mengajar gaya bahasa perbandingan dalam Pantun Iban iaitu puisi rakyat (Leka main) orang Iban. Dalam Kajian ini pendekatan merujuk kepada segala strategi, kaedah dan teknik pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini memanfaatkan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Teori Stilistik untuk merungkai objektif kajian. Teori Pembelajaran Konstrutivisme digunakan untuk menghuraikan pendekatan pengajaran yang berkesan untuk mengajar gaya bahasa perbandingan dalam Pantun Iban, manakala Teori Stilistik digunakan untuk memahami makna atau semantik gaya bahasa perbandingan dalam pantun tersebut. Kajian ini melibatkan enam orang guru yang mengajar Bahasa Iban di dua buah sekolah menengah di Daerah Julau, Sarawak. Reka bentuk kajian kualitatif jenis kajian kes digunakan. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah lapangan iaitu protokol temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian kep.....

584 hits

27202022
thesis
Perceived acceptance and intention to use exergames as a teaching aid among phyical education pre-service teachers
Usiku, Gemma Ndatoromba Innocencia
This study aimed to determine the levels of perceived acceptance and intention to use exergames as a teaching aid among pre-service physical education teachers. This study was based on a quantitative approach involving an online survey method. The conceptual framework of this study was based on the Technology Acceptance Model (TAM) involving perceived compatibility as an additional variable. The study sample consisted of 103 Physical Education students, comprising 53 males and 50 females, of Sultan Idris Education University, who were selected through purposive sampling. Ordinal Logistic Regression, Spearman Rank Correlation, and Chi Square Goodnessof- Fit were used to analyse the data using SPSS version 23.0. The findings of the analysis showed there were significant relationships between intention to use and the independent variables, namely perceived usefulness, perceived ease of use, and perceived compatibility. In conclusion, the intention to use exergames among the re.....

515 hits

[ First ] [ Prev ] Page 272 of 959 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.