|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 4471 | 2021 Article | Aktiviti sokongan bagi perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak Zainiah Mohamed Isa Penguasaan yang lemah dalam kemahiran bahasa dan komunikasi akan menjejaskan kemahiran literasi awal, dan seterusnya kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak. Justeru, artikel ini menjelaskan beberapa aktiviti sokongan bagi perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak yang boleh dijalankan oleh guru. Antara aktiviti yang dapat menyokong pencapaian bahasa dan komunikasi kanak-kanak, ialah; (i) interaksi dan perbualan; (ii) bermain; (iii) menyanyi dan bahasa berima; (iv) membaca buku; dan (v) bercakap di khalayak. Aktiviti-aktiviti ini perlu dijalankan terhadap kanak-kanak secara implisit dan eksplisit oleh guru sama ada di dalam atau di luar kelas. Guru memainkan peranan penting bagi menyediakan aktiviti, suasana, persekitaran, dan bimbingan serta sokongan bagi menjamin kanak kanak dapat mencapai potensi diri masing-masing... 919 hits |
| 4472 | 2023 Final Year Project | Meneroka pengaruh kaunseling kelompok terapi kognitif tingkah laku dalam mengurangkan tekanan pelajar universiti Nurul Izzah Mohd Nazir Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka pengaruh kaunseling
kelompok Terapi Kognitif Tingkah Laku dalam mengurangkan tekanan
pelajar universiti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka
bentuk kajian kes untuk meneroka pengaruh kaunseling kelompok dengan
menggunakan Terapi Kognitif Tingkah Laku terhadap pelajar yang
mengalami tekanan. Kaedah temu bual tidak berstruktur ke atas tiga orang
peserta kajian telah dijalankan. Hasil dapatan kajian mewujudkan lima tema
yang menjawab kepada dua persoalan kajian yang ada dalam kajian ini. Lima
tema tersebut adalah faktor yang menyumbang kepada tekanan dalam diri
pelajar, kesan tekanan terhadap pelajar, teknik yang diaplikasikan oleh
terapis, pengalaman terapis dalam melihat keberkesanan Terapi Kognitif
Tingkah Laku dan cabaran mengendalikan kaunseling kelompok Terapi
Kognitif Tingkah Laku. Hasil dapatan kajian ini dilihat mampu untuk melihat
pengaruh kaunseling kelompok Terapi Kognitif Tingkah Laku dala..... 1928 hits |
| 4473 | 2023 Final Year Project | Pengaruh kecerdasan emosi terhadap daya tindak guru sekolah menengah dalam menghadapi transisi fasa pandemik-endemik: kajian kes di sekolah-sekolah menengah di sekitar daerah Temerloh Nurul Nazatul Husna Rosli Kalangan guru di Malaysia merupakan golongan yang perlu diberi perhatian
sewajarnya oleh kesemua organisasi atau institusi pendidikan di Negara ini. Hal ini
kerana, kepincangan figura pendidikan Negara akan memberi kesan serius terhadap
aspek pendidikan anak didik Negara secara amnya. Namun, lambakan kes seperti
tekanan kerja dan lambakan kerja di dalam fasa pandemik misalannya yang melibatkan
para guru di Malaysia adalah amat membimbangkan justeru kajian ini dibangunkan
bagi mengenal pasti tentang aspek kecerdasan emosi dan pengaruhnya terhadap daya
tindak guru sekolah menengah di sekitar daerah Temerloh. Selain itu, kekuatan
hubungan di antara dua aspek tersebut juga turut dikaji. Kajian ini menyasarkan para
guru sekolah menengah di sekolah-sekolah menengah di sekitar daerah Temerloh
sebagai responden kajian dan telah memperoleh dapatan kajian seramai 211 responden
menggunakan teknik persampelan bertujuan. Dengan menggunakan kaedah kuantitatif
sebagai reka bentuk kajian s..... 1002 hits |
| 4474 | 2023 Final Year Project | Pengalaman Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam mengendalikan kaunseling rujukan Nur I\'ifah Shima Mohamad Sam Objektif kajian ini adalah untuk meneroka perspektif Guru Bimbingan dan Kaunseling
dalam aspek penerimaan klien terhadap pelaksanaan kaunseling rujukan. Selain itu, kajian
ini juga bertujuan untuk meneroka aspek kecekapan yang diamalkan oleh Guru Bimbingan
dan Kaunseling di samping turut meneroka cabaran yang dilalui mereka sepanjang
mengendalikan kaunseling rujukan. Pendekatan solusi yang diambil oleh Guru Bimbingan
dan Kaunseling dalam berhadapan dengan cabaran tersebut turut diteroka oleh pengkaji.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Temu bual semi
struktur telah dijalankan ke atas tiga orang Guru Bimbingan dan Kaunseling yang
mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kaunseling rujukan ini. Selain itu, pengkaji
turut menjalankan analisis terhadap sumber dokumen sebagai proses triangulasi data. Hasil
dapatan kajian menunjukkan terdapat sebelas tema yang dibina berdasarkan persoalan
kajian. Antaranya hubungan dan persekitaran terapeutik ya..... 1775 hits |
| 4475 | 2023 Final Year Project | Hubungan antara efikasi kendiri kaunseling terhadap kesejahteraan psikologi kaunselor pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nurrabiatul Alliyah Abdul Rahman Proses menjalani praktikum kaunseling atau internship kaunseling memerlukan
kesediaan efikasi kendiri dan kesejahteraan psikologi yang kukuh bagi membolehkan
kaunselor pelatih berfungsi secara optimum dan menangani cabaran dalam
melaksanakan tugas serta peranan mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji hubungan antara efikasi kendiri kaunseling terhadap kesejahteraan psikologi
kaunselor pelatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif secara kajian tinjauan. Data diperoleh daripada responden kajian
melalui instrumen Counseling Self-Estimates Inventory (COSE) dan Flourishing Scale.
Responden kajian terdiri daripada 123 orang pelajar yang mengambil kursus Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling daripada semester enam hingga
semester lapan di UPSI. Oleh itu, responden kajian dipilih melalui teknik persampelan
rawak. Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat antara
efikas..... 1531 hits |
| 4476 | 2023 Final Year Project | Hubungan personaliti dengan kepuasan kerja guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di daerah Hilir Perak Robson Boi Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis personaliti yang paling dominan, tahap
kepuasan kerja, dan mengukur hubungan antara personaliti (Keterbukaan, Kehematan,
Ekstraversi, Kesetujuan dan Neurotisme) dengan kepuasan kerja Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa di daerah Hilir Perak. Seramai 37 orang GBKSM di daerah
Hilir Perak telah terlibat sebagai responden. Data dikumpul melalui instrumen Big Five
Inventory-10 (BFI-10) yang telah diterjemahkan oleh Muhammad Idris (2021) dan Job
Satisfaction Survey (JSS) yang telah diterjemahkan oleh Tan Soo Luan (2010). Analisis
deskriptif iaitu kekerapan dan peratusan digunakan untuk analisis taburan, manakala
analisis Korelasi Pearson digunakan untuk analisis hubungan antara persoanliti dengan
tahap kepuasan kerja. Penganalisisan data dibuat berbantukan perisian Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Dapatan deskriptif menunjukkan bahawa
personaliti yang paling dominan bagi GBKSM di daerah Hilir Perak a..... 1488 hits |
| 4477 | 2023 Final Year Project | Hubungan antara sokongan sosial dan ketahanan diri dalam kalangan pelajar ijazah sarjana muda kaunseling di sebuah universiti awam Muhammad Syahir Shahar Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap sokongan sosial dengan tahap
ketahanan diri dalam kalangan pelajar kaunseling semester 1 dan 2. Kajian ini melibatkan
pelajar universiti seramai 55 orang responden yang terdiri daripada pelajar kaunseling semester
1 dan 2. Alat ujian yang digunakan bagi mengumpul data ialah Inventori Skala Multidimensi
Sokongan Sosial (Multidimensional Scale of Perceived Social Support) dan Inventori Skala
Tahap Ketahanan Diri (The Resilience Scale). Kajian ini berbentuk analisis deskriptif dan
analisis inferensi dan menggunakan analisis kolerasi dan juga analisis ujian-t. Analisi kolerasi
Pearson digunakan dalam kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara kedua-dua
pembolehubah, manakala analisis Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan pemboleh ubah
mengikut jantina. Kaedah menganalisis data, pengkaji menggunakan ‘Statistic Package for
Science Soscial’ (SPSS)... 3355 hits |
| 4478 | 2022 Thesis | Penggunaan kaedah bacaan ulangan untuk membantu kemahiran membaca murid pemulihan khas Nor Khairunisa Adnan Kajian ini bertujuan menyelidiki penggunaan kaedah bacaan ulangan untuk membantu
kemahiran membaca murid pemulihan khas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti masalah kemahiran membaca murid pemulihan khas, mengenal pasti pelaksanaan
kaedah bacaan ulangan serta mengenal pasti perubahan terhadap kemahiran membaca
yang diperoleh melalui pelaksanaan kaedah bacaan ulangan. Reka bentuk kajian adalah
kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah
rendah di Merlimau, Melaka. Peserta kajian ini terdiri daripada lima orang murid
pemulihan khas dan seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Peserta kajian telah
dipilih secara persampelan bertujuan. Kelima-lima murid merupakan murid pemulihan
khas yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca. Kaedah pengumpulan data
yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Manakala
instrumen kajian pula melibatkan borang skor pentaksiran lisan, senarai semak, borang
catata..... 1909 hits |
| 4479 | 2022 Thesis | Kesediaan dan amalan teknik penyoalan berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan guru sekolah rendah Parimala Krishnan Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesediaan dan amalan teknik penyoalan
berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru sekolah
rendah. Penyelidik telah memilih pendekatan kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan
dalam menjalankan kajian ini. Data bagi kajian ini diterima melalui dapatan daripada
soal selidik yang diberikan kepada 103 guru sekolah rendah yang mengajar di daerah
Hilir Perak. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan
inferensi yang melibatkan tahap kesediaan dan amalan teknik penyoalan KBAT sebagai
pembolehubah tidak bersandar manakala perspektif umum guru, pengalaman mengajar,
tahap akademik dan sikap guru sebagai pembolehubah bersandar. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kesediaan dan amalan guru terhadap teknik penyoalan KBAT
adalah tinggi secara keseluruhannya (min>3.66). Namun, dilihat bahawa guru-guru
masih belum mengaplikasikan teknik penyoalan KBAT secara sepenuhnya berdasarkan
tahap persetuju..... 3140 hits |
| 4480 | 2021 Thesis | A study on destiny of Kovalan the main character in Silappathikaaram epic Roopna Darshene Ramachandram The objective of this study is to identify vices and virtues of Kovalan in the Tamil epic
Silappathikaaram, to analyse those attributes with reference to Thiruvalluvar's Oozh
(loosely translated as destiny) theory and to further expound on the lesson learned
through Kovalan’s destiny. The main aim of this study is to convey the outcome of an
intense Oozh. Qualitative data analysis methods have been used in this research
whereby all the three objectives of this study have been reached effectively through
library and text analysis methods. In the theory part, the whole of Silappathikaaram
epic has been thoroughly studied and understood. Kovalan's vices and virtues were
identified by scrutinizing his lifestyles, his journey, incidences that influence his next
course of action and its impact on the society has been analyzed in accordance with
Thiruvalluvar's Oozh theory. Four vices and four virtues that shape Kovalan’s destiny
in Silappathikaaram were explored. The effects o..... 957 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 448 of 1110 | [ Next ] [ Last ] |