|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 4491 | 2021 Article | Kepimpinan distributif dan efikasi kendiri guru-guru di sekolah kebangsaan, negeri Selangor M Puspanathan Mayan Bagi menjamin kualiti pendidikan negara, Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk penambahbaikan sistem pendidikan termasuk pucuk kepimpinan dan kemenjadian guru di sekolah. Kajian kuantitatif ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara kepimpinan distributif terhadap efikasi kendiri guru sekolah kebangsaan di Selangor. Seramai 500 guru mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada latar belakang responden, instrumen kepimpinan distributif dan instrumen efikasi kendiri guru sekolah kebangsaan negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan distributif dan efikasi kendiri guru berada pada tahap tinggi. Melalui ujian korelasi Pearson, amalan kepimpinan distributif mempunyai hungan sederhana kuat dan signifikan terhadap efikasi kendiri guru di sekolah kebangsaan negeri Selangor. Oleh itu, amalan kepimpinan distributif memainkan peranan penting dalam meningkatkan efiaksi kendiri guru da..... 641 hits |
| 4492 | 2007 Thesis | Orentasi matlamat dan tahap kebimbangan pelajar semasa aktiviti flying fox pendidikan luar Shafri Khan@Roy Jabar Khan Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan perbezaan di antara tahap kebimbangan
seketika bagi somantik, kognitif dan keyakinan diri di kalangan pelajar pelajar semasa melakukan
aktviti 'flying fox' dan juga ingin melihat perkaitan yang terdapat di antara motif penglibatan
pelajar dalam aktiviti pendidikan luar dengan tahap keyakinan diri pelajar.
Responden seramai 35 orang telah terpilih di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan
perempuan yang mewakili unit-unit beruniform masing-masing. Soal selidik yang mengandungi tiga
bahagian iaitu bahagian B dan C, yang mana Bahagian A mengandungi 7 item mengenai butir diri
pelajar dan maklumat umum mengenai aktiviti pendidikan luar. Bahagian B pula adalah soal selidik
yang mengukur tahap kebimbangan pelajar yang melakukan aktiviti 'flying fox' dan Bahagian C terdiri
daripada 30 item soalan yang mengukur motif seseorang pelajar itu mengikuti aktiviti pendidikan
luar. Soal selidik ini diedar ..... 1549 hits |
| 4493 | 2021 Article | Impak Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2.0) terhadap pemimpin sekolah Ahamad Hussin Pembangunan profesionalisme pemimpin merupakan inisiatif utama bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi. Seramai 744 orang peserta telah mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan bagi ambilan pertama tahun 2018. Sebahagian kecil graduan bagi ambilan tersebut telah dilantik sebagai pengetua atau guru besar. Kajian ini telah dijalankan untuk meneroka impak program latihan berkenaan ke atas pemimpin sekolah. Data telah dikumpul melalui soal selidik, temu bual dan semakan dokumen. Program latihan ini telah memberi impak positif kepada pemimpin sekolah dalam bidang kokurikulum, penyediaan kemudahan infrastruktur, serta jaringan dan jalinan. Dapatan kajian telah diguna pakai untuk semakan semula dan penambahbaikan program berkenaan... 693 hits |
| 4494 | 2022 Thesis | Pembangunan dan penilaian Model Kemahiran Kepimpinan Inovasi (LeaInn) Pemimpin Pertengahan Kolej Vokasional Norlaila Wati Osman Kajian ini bertujuan membangunkan Model Kemahiran Kepimpinan Inovasi (LeaInn)
Pemimpin Pertengahan Kolej Vokasional. Pemimpin pertengahan dalam kajian terdiri
daripada ketua jabatan dan ketua program bidang vokasional yang bertanggungjawab
terhadap pengurusan, penyampaian kurikulum dan pedagogi. Teori kepimpinan
berkesan oleh Hoy dan Miskel serta teori Katz’s Skills digunakan sebagai kerangka teori
dalam kajian. Reka bentuk kajian menggunakan Pendekatan Penyelidikan Reka bentuk
dan Pembangunan (DDR). Kajian analisis keperluan melibatkan pemimpin
pertengahan di Kolej Vokasional Negeri Perak menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Tiga orang pakar juga terlibat dalam fasa analisis keperluan untuk
menentukan keperluan model LeaInn. Seterusnya, kaedah Fuzzy Delphi (FDM)
digunakan untuk mendapatkan kesepakatan persetujuan di mana seramai 17 orang
pakar bersetuju bahawa sebanyak enam konstruk utama dan 20 elemen kemahiran
kepimpinan inovasi diterima dalam membangunka..... 3191 hits |
| 4495 | 2012 Thesis | Persepsi dan tahap pengetahuan guru di Perak mengenai pendidikan alam sekitar Aniza Jamaluddin Kajian tinjauan ini dijalankan di sekolah menengah di daerah Hilir Perak. Responden adalah guru
dari dua puluh buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Hilir Perak bagi memudahkan pengumpulan
data. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini. Data dianalisis
menggunkan perisian SPSS 12.0. Objektif kajian yang pertama adalah mengenal pasti persepsi guru
terhadap pendidikan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan guru mempunyai persepsi yang baik
terhadap pendidikan alam sekitar dengan min keseluruhan 3.3. Objektif kajian yang kedua ialah
mengenal pasti tahap pengetahuan pendidikan alam sekitar di kalangan guru. Dapatan kajian
menunjukkan 62% guru mempunyai tahap pengetahuan yang baik dalam pendidikan alam sekitar. Objektif
kajian yang ketiga ialah mengenal pasti kekangan-kekangan dalam melaksanakan pendidikan alam
sekitar. Hasil dapatan menunjukkan tiada kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan
pen..... 1809 hits |
| 4496 | 2022 Thesis | Perniagaan keluarga Koh di Pulau Pinang-Taiwan, 1786-1941 Tan, Soon Chin Tesis ini adalah untuk menganalisis penglibatan dan perkembangan perniagaan
keluarga Koh di Pulau Pinang dengan Taiwan dari tahun 1786 hingga 1941. Pada
asalnya, perniagaan keluarga Koh adalah bermula di Pulau Pinang, tetapi sejajar
dengan perkembangan semasa generasi berikutnya telah mengembangkan perniagaan
mereka hingga ke Taiwan. Selain tidak banyak pengetahuan sejarah mengenai
perniagaan keluarga Koh yang dirungkai, timbul tanda tanya bagaimana ia berjaya
mengembangkan empayar perniagaannya dalam tempoh kajian tersebut. Penyelidikan
ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memberi penekanan kajian secara analisis
dokumen. Sejumlah dokumen yang terdapat di India Office Records, The Archives of
Institute of Taiwan History, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara
Malaysia, Cawangan Pulau Pinang seperti Strait Settlement Record, dokumen
perniagaan keluarga Koo di Taiwan, laporan kerajaan, minit mesyuarat dan akhbar
adalah rujukan penting untuk kajian ini. Dapa..... 1904 hits |
| 4497 | 2021 Article | Hubungan antara pembelajaran tempat kerja dengan kepimpinan lestari guru sekolah menengah negeri Perak Mahaliza Mansora Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan pembelajaran tempat kerja dengan kepimpinan lestari guru. Selain itu, kajian ini turut meninjau tahap amalan pembelajaran formal, pembelajaran informal, dan pembelajaran sampingan dan tahap amalan kepimpinan lestari guru. Reka bentuk kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 375 sampel dari 40 buah sekolah menengah di negeri Perak yang dipilih secara rawak berstrata dan rawak sistematik. Nilai Alpha Cronbach instrumen pemboleh ubah pembelajaran tempat kerja ialah .934, manakala bagi kepimpinan lestari ialah .955. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Keseluruhannya, dapatan tahap pembelajaran tempat kerja guru berada pada tahap sederhana dengan nilai min=3.64, SP=0.517. Selain itu, tahap kepimpinan lestari guru adalah pada tahap tinggi dengan nilai min=4.03, SP=0.425. Terdapat hubungan positif signifikan antara pembelajaran tempat kerja dengan kepimpinan lestari guru dengan nilai r=0.648 (p.. 478 hits |
| 4498 | 2022 Thesis | Students affective state on different kawaii designs of pedagogical agents and its effect on motivation in learning Kaliyamah Raman While the use of pedagogical agent in education is a growing phenomenon, it is still
unclear on which particular facial features of a pedagogical agent is effective to be used
in Virtual Learning Environment (VLE). If the different kawaii designs of pedagogical
agents are capable of making a good first visual impression, students will likely be
enticed with it and stay focused throughout the learning process. Hence, the purpose of
the research is to determine students’ affective states on different kawaii designs of
pedagogical agents and its effect on their motivation in VLE. For that reason, two
different kawaii designs of pedagogical agents are developed namely kawaii
pedagogical agent with baby schema and kawaii pedagogical agent without baby
schema. The research used quasi-experimental design and the data analysed using oneway
analysis of covariance (ANCOVA) and mediation analysis. Using a multistage
sampling method, 201 electric engineering students from four polytec..... 5489 hits |
| 4499 | 2022 Thesis | Pembangunan dan pengesahan instrumen Literasi Pentaksiran Guru Vokasional (VoTAL) Chong, Jimmy Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan instrumen Literasi
Pentaksiran Guru Vokasional (VoTAL) dengan menentukan ciri-ciri psikometrik
instrumen menggunakan Model Pengukuran Rasch. Proses pembangunan instrumen
ini mengandungi tiga fasa iaitu fasa pembinaan, fasa pengujian dan pemurnian, serta
fasa pengesahan. Fasa pembinaan melibatkan konseptualisasi, penjanaan item dan
pemeriksaan kesahan kandungan instrumen. Proses konseptualisasi dan penjanaan
item dilakukan menggunakan pendekatan deduktif. Pemeriksaan kesahan kandungan
pula dilakukan melalui penilaian oleh 21 panel pakar dan dianalisis menggunakan
nisbah kesahan kandungan (CVR) Lawshe. Fasa pengujian dan pemurnian melibatkan
kajian rintis dan pemurnian item. Kajian rintis dilaksanakan di lima buah kolej
vokasional melibatkan 229 guru vokasional yang dipilih menggunakan teknik
pensampelan rawak kelompok berperingkat. Item-item kemudiannya dimurnikan
berdasarkan kepada hasil dapatan analisis Rasch. Fasa penge..... 2648 hits |
| 4500 | 2021 Thesis | Pembangunan bahan pengajaran dan pemudahcaraan (EBOOK) bagi topik WANG dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran Nurul Huda Ahmad Taib Kajian ini bertujuan membangunkan bahan pengajaran ebook bagi topik Wang dalam
kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini juga akan menentukan kesahan
dan kebolehgunaan ebook. Pembangunan ebook ini menggunakan model ADDIE.
Seramai 72 orang guru Matematik Pendidikan Khas di negeri Perak telah dipilih
sebagai sampel dalam menentukan kebolehgunaan ebook. Data dianalisis
menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan dan min. Kesahan dinilai oleh 5
orang pakar dengan pencapaian kesahan 83.5%. Nilai skor min kebolehgunaan bagi
empat konstruk iaitu reka bentuk, interaktif, mesra pengguna, kegunaan dan
kesesuaian ialah 4.26, 4.33, 4.36 dan 4.39. Kesimpulannya, nilai peratusan pencapaian
kesahan dan nilai skor min kebolehgunaan ebook yang dibangunkan adalah sangat
baik dan sesuai digunakan oleh guru Matematik Pendidikan Khas dan murid
bermasalah pembelajaran. Implikasi dari kajian ini diharap ebook dapat memberi idea
kepada guru Matematik Pendidikan Khas untuk membangunka..... 2359 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 450 of 1118 | [ Next ] [ Last ] |