UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
5012024
Final Year Project
The development and usability of online interactive learning platform (E-ASTR) in astronomy topics among high school Physics students
Li, Jiahuan
The purpose of this study is to develop an online interactive learning platform (EASTR) for the topic of astronomy and evaluate its usability among second-year high school physics students in Xihe District. E-ASTR was created using the ADDIE instructional design model, and this study employed a developmental research design. There are five stages in the ADDIE model: analysis, design, development, implementation, and evaluation. Two experts validated E-ASTR after it was developed. Forty-three physics students who did not participate in this study conducted a pilot test. Using cluster random sampling, 58 second-year high school physics students were chosen from among all the students in the Xihe District to make up the research sample. The usability of E-ASTR was assessed in this study using a 20-item usability questionnaire that was modified from the Technology Acceptance Model (TAM). The mean (M) and standard deviation (SD) of descriptive statistics were used to analyze the data. The n.....

117 hits

5022024
Final Year Project
Hubungan antara tahap motivasi dengan tahap penguasaan pelajar diploma Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam konsep Graf Gerakan Linear
Wan Aizat Danial Che Wan Sabri
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap motivasi pelajar diploma Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), mengkaji tahap penguasaan pelajar diploma UPSI dan mengkaji hubungan antara tahap motivasi dengan tahap penguasaan pelajar diploma UPSI dalam konsep Graf Gerakan Linear di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Reka bentuk kajian ialah kajian korelasi yang melibatkan 32 orang pelajar diploma UPSI yang dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 26.0 untuk menentukan min, peratus, sisihan piawai dan pekali korelasi kajian. Hasil dapatan menunjukkan tahap motivasi dan tahap penguasaan bagi konsep Graf Gerakan Linear berada di tahap yang tinggi. Namun begitu, kajian ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara tahap motivasi dan tahap penguasaan Graf Gerakan Linear. Implikasinya, kajian ini dapat memberikan maklumat kepa.....

161 hits

5032024
Final Year Project
Tinjauan kesediaan dan perbandingan antara jantina terhadap penggunaan aplikasi TikTok dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi murid Tingkatan Empat
Nurfatin Sakinah Khairul Anwar Zamani
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan murid dan mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan murid lelaki dan perempuan terhadap penggunaan aplikasi TikTok dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian diambil secara sampel rawak mudah melibatkan 136 murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Biologi di sembilan buah sekolah di daerah Kerian, Perak. Kesahan instrumen daripada tiga orang pensyarah dan seorang guru Biologi memperoleh purata keseluruhan peratus persetujuan pakar sebanyak 97.50% bagi kesahan muka dan 85.00% bagi kesahan kandungan. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik berskala likert empat mata secara atas talian menggunakan pautan Google Form. Nilai kebolehpercayaan Cronbach_s Alpha, (0.928) adalah sangat baik. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (S.....

154 hits

5042024
Article
Keberkesanan Pembangunan Modul Kemahiran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah: Sorotan Literatur Bersistematik
Mohammad Nurulanuar Hussin
Pengetahuan dan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak di prasekolah merupakan salah satu isu global yang sering disuarakan oleh para pengkaji terdahulu sehinggalah kini. Kajian ini adalah untuk mengkaji literatur berkaitan keberkesanan pembangunan modul pembelajaran untuk kemahiran membaca yang telah dihasilkan memberi impak kepada kemahiran dan penguasaan membaca kanak-kanak dan sejauh mana PdP menggunakan modul kemahiran membaca dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah. Kajian ini dilaksanakan secara sistematik dan berpandukan kepada PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) untuk proses saringan artikel-artikel kajian yang terpilih dan dianalisis. Dua pangkalan data iaitu Research Gate dan Google Scholar digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 15 buah artikel telah terpilih dan dianalisis untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan modul pembelajaran untuk kemahiran membac.....

108 hits

5052024
Article
Understanding Parent-Child Relationship Dynamics in Malaysian Indian Families
Kingston Pal Thamburaj
This  study delves into the complex dynamics of  parent-child relationships in Malaysian Indian families, examining the interplay of  cultural influences, contemporary challenges, gender  dynamics, and migration experiences. The research aims to comprehend how cultural values, traditions, and religious teachings shape these relationships and explores the impact of modern challenges like economic pressures, educational expectations, and technological advancements. Additionally, the study investigates gender dynamics,  analyzes migration experiences, and identifies implications for familial well-being and cultural adaptation. Adopting a quantitative method approach, the data, collected through surveys, assesses communication patterns, parental expectations, and socio-economic factors affecting parent-child relationships. The findings highlight the intricate nature ofthese relationships, influenced by cultural traditions, contemporary challenges, gender dynamics,  and migration expe.....

145 hits

5062024
Article
Faktor persekitaran pembelajaran di luar kelas yang mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika di national clild development research centre (NCDRC) UPSI
Nur Faizah Ramli
Tadika merupakan institusi pendidikan awal yang memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Pendidikan awal di tadika merupakan platform utama untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak bagi membolehkan mereka meneroka, memahami dan mengenali dunia dengan mengaplikasikan kaedah bermain sambil belajar. Faktor persekitaran pembelajaran luar kelas yang kondusif dari aspek fungsi, landskap serta sistem permainan yang interaktif turut menyumbang kepada perkembangan psikomotor kanak-kanak. Namun begitu, pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di persekitaran luar kelas kurang dilaksanakan oleh guru-guru tadika atas faktor keselamatan, kekurangan fasiliti serta reka bentuk persekitaran luar kelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor persekitaran pembelajaran persekitaran luar kelas yang mempengaruhi perkembangan psikomotor kanak-kanak tadika. Untuk mencapai objektif kajian, kaedah kualitatif menggunakan pendekatan kaji.....

142 hits

5072024
Article
Tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan multimedia interaktif dalam kalangan guru prasekolah untuk mengajar kosa kata bahasa inggeris
Roseann Euphrasia Welly
Bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang wajib dipelajari dalam pendidikan di Malaysia. Salah satu alat yang berupaya  untuk  membantu  murid  menguasai  kosa  kata  bahasa  Inggeris  ialah  teknologi,  khususnya  multimedia interaktif. Namun begitu, didapati pengaplikasian multimedia interaktif dalam kalangan guru masih dalam tahap sederhana.  Sehubungan  itu,  kajian  ini  dilaksanakan  untuk  mengenal  pasti  tahap  pengetahuan  guru  prasekolah dalam pengaplikasian multimedia untuk pengajaran kosa kata bahasa Inggeris, mengenal pasti tahap kemahiran guru prasekolah dalam pengaplikasian multimedia interaktif untuk pengajaran bahasa Inggeris dan menentukan hubungan antara pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah dalam pengaplikasian multimedia interaktif untuk pengajaran  kosa  kata  bahasa  Inggeris.  Kajian ini  menggunakanreka  bentuk  kajian  kuantitatif  yang  berbentuktinjauan. Data kajian pula dianalisis menggunakan perisian Statistical Pac.....

85 hits

5082024
Article
Tahap pengetahuan guru prasekolah melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain dalam pembelajaran matematik awal
Tan, Xiao Xuan
Kajian berbentuk tinjauan dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru prasekolah melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain (PBMB) dalam pembelajaran Matematik awal. Tambahan pula, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan antara tahap pengetahuan guru prasekolah melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain mengikut pengalaman mengajar. Seramai 108 orang guru prasekolah daerah Kuantan di negeri Pahang menjadi sampel kajian ini. Data kajian dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis dengan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) Version 27.0. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Ujian-t. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru prasekolah melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain dalam pembelajaran Matematik awal adalah pada tahap sangat tinggi (M=4.40, SP=0.388). Dapatan analisis inferensi pula mendapati tiada perbezaan signifikan antara tahap pengetahu.....

127 hits

5092024
Article
Persepsi ibu bapa terhadap modul khusus kemahiran membaca bahasa melayu dalam pendidikan prasekolah
Arulmozhi Narayanasamy
Kajian  ini  meneroka  dan  menganalisis  persepsi sertapengalaman  ibu  bapa  berhubung  modul  bacaan  bahasa Melayu yang sedia ada dalam pendidikan prasekolah dan kesannya terhadap penguasaan membaca kanak-kanak. Seramai lima orang ibu bapayangtelah ditemu bual mendedahkan kata sepakat sebulat suara tentangkepentingan modul  khusus  membaca  bahasa  Melayu  untuk  murid  prasekolah  mengikut Kurikulum Standard  Prasekolah Kebangsaan(KSPK).  Modul  sedemikian  dilihat  sebagai panduan yang  berkesan  untuk  memupuk  kemahiran membaca  awal  dan  menyeragamkan  kandungan  untuk  pendidikan  yang  konsisten.  Kebimbangan  dan  cabaran yang  berkaitan  dengan  modul  bacaan  yang  tersedia  di  pasaran  turut  diketengahkan, lantaran  itu menekankan keperluan  untuk  penilaian  yang  rapi.  Kajian  ini  turutmenggariskan  kepentingan  penglibatan  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pembangunan dan kesahan kandungan dan.....

91 hits

5102020
Thesis
Kesan penanaman tanaman jangka pendek terhadap pengusaha tanaman karas dan persekitaran fizikal
Ahmad Faris Abdul Halim
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan penanaman tanaman jangka pendek terhadap pengusaha tanaman karas (Aquilaria malaccesnsis) dan persekitaran fizikal. Temubual berstruktur telah dijalankan di negeri Perak dan Selangor bagi meninjau jenis dan harga tanaman jangka pendek yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Pengumpulan data seperti pengukuran tumbesaran pokok karas, penentuan kualiti tanah (mikronutrien dan makronutrien dalam tanah), pH tanah, kandungan air dalam tanah, tinjauan taburan serangga dan hasil tuaian bagi tanaman jangka pendek telah dilakukan di Ladang Karas Kampung Tambak Slim River, Perak sebanyak 3 kali iaitu ‘sebelum’ dan ‘semasa’ tanaman jangka pendek ditanam serta ‘selepas’ tanaman jangka pendek dibuang dari kawasan kajian. Ladang karas ini telah dipilih kerana lokasi ladang yang strategik dan mempunyai kemudahan yang lengkap bagi penjagaan pokok karas.  Reka Bentuk Rawak Blok Lengkap (RCBD) merupakan reka bentuk yang digunakan dalam kajian. .....

109 hits

[ First ] [ Prev ] Page 51 of 1087 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.