UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
51112020
Thesis
Optimisation and characterisation of biodiesel from biodegradation of organic wastes by black soldier fly larvae
Syukriyah Ishak
This research aimed to optimise and characterise environmental friendly biodiesel produced through biodegradation of organic wastes by black soldier fly (Hermetia illucens)  larvae.  This  research  is  divided  into  four  main  studies,  namely characterisation of organic wastes, cultivation of insect larvae, characterisation of insect larval lipid and determination of the properties of insect larval biodiesel. The organic wastes used for cultivation of insect larvae were food kitchen waste (FKW), soya residue (SR) and mixed waste (MW). The main scientific instruments used in this study were Fourier transform infrared (FTIR) spectrometer, nuclear magnetic resonance (NMR) spectrometer and gas chromatography-flame ionisation detector (GC-FID). For organic wastes and insect larvae characterisation, several analyses such as content of moisture, protein, carbohydrate, ash and fat, pH value and crude fiber were carried out. The extraction of larval lipid was conducted using Soxhl.....

1551 hits

51122020
Thesis
Kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang dalam novel-novel Tamil Malaysia
U.Dayalani Uthamaseelan
Kajian  ini  bertujuan  mengenal  pasti  dan  menganalisis  akan  realiti  kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang serta menghuraikan unsur ekstrinsik dalam pemaparan realiti kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang dalam novel-novel Tamil Malaysia. Kajian ini ialah sebuah kajian kepustakaan yang menerapkan analisis teks  dan  deskriptif  untuk  menganalisis  tujuh  buah novel  Tamil  Malaysia,  iaitu Cemmaṇṇum Nīla Malarkaļum, Tuyara Pātai, Ilaţciyap Payaṇam, Maṇpulukkaļ, Noiva Pūkkaļ, Nakarntu Koṇţirukum Vācalkaļ dan Selancar Empat. Perbincangan dibuat berpandukan  lima  aspek  kedudukan  sosioekonomi  iaitu  pekerjaan,  pendapatan, pendidikan, kesihatan  dan  infrastruktur.  Kelima-lima  aspek  ini  dianalisis  dengan menggunakan teori realisme berdasarkan unsur intrinsik watak dan latar. Unsur ekstrinsik pula dibincangkan berdasarkan unsur biografi pengarang, masyarakat di persekitaran pengarang dan pemikiran pengaran.....

1752 hits

51132020
Thesis
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas: kajian kes di negeri Perak
Nur Atikah Mohd Razali
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas di negeri Perak. Pengkaji memilih reka bentuk kajian kes dengan menggunakan model Ibnu Khaldun sebagai teori asas mengenai pengajaran al-Quran yang menekankan tentang pengetahuan, kaedah pengajaran dan kemampuan pelajar. Seramai tiga guru pendidikan khas yang mengajar al-Quran kepada pelajar disleksia serta tiga pelajar disleksia dipilih sebagai peserta kajian daripada dua buah sekolah di negeri Perak. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen ujian dan temu bual. Data temu bual telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil ujian menunjukkan penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia berada pada tahap sederhana lemah. Temu bual terhadap murid mendapati murid lebih cenderung meminati subjek yang mudah. Kaedah pengajaran guru yang disukai oleh pelajar disleksia tersebut adalah pengajaran yang menggunakan Bahan.....

1499 hits

51142017
Thesis
Sikap dan kompetensi guru pelatih Institut Pendidikan Guru terhadap Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bidari Haili
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan kompetensi guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak terhadap Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Objektif kajian ini ialah menilai sikap dan kompetensi serta hubungan antara sikap dengan kompetensi terhadap TMK. Kompetensi TMK dibahagikan kepada dua konstruk iaitu pengetahuan dan kemahiran. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 35 item. Sampel terdiri daripada 299 orang guru pelatih sepenuh masa IPG Kampus Tun Abdul Razak. Analisis statistik menggunakan deskriptif dan korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih IPG Kampus Tun Abdul Razak mempunyai sikap yang positif terhadap TMK dan mempunyai kompetensi pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam TMK. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi sangat lemah antara kompetensi TMK dengan sikap. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi pengetahuan de.....

1735 hits

51152012
Thesis
Pengurusan kegiatan kokurikulum sukan dan permainan di sekolah
Mohd Fadzli Yusof
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan kegiatan kokurikulum sukan dan permainan di sekolah dari segi kekangan-kekangan pengurusan kokurikulum seperti kemudahan dan peralatan,  penjadualan,  dan  kemahiran  tenaga  pengajar  dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum. Seramai 341 orang responden di kalangan guru terlibat dalam kajian mewakili 68 responden dari daerah Setiu dan 273 responden dari daerah Kuala Terengganu. Kajian ini bersifat kuantitatif dan menggunakan kaedah kajian tinjauan yang dilaksanakan menggunakan soal selidik. Data kajian yang dikumpul diproses menggunakan perisian SPSS Versi 17. Statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisis kekerapan dan peratusan pembolehubah demografi yang ada iaitu jantina, umur, kelulusan, tempoh berkhidmat, lokasi sekolah, kursus sukan yang pernah diikuti oleh responden dan peranan dalam jawatankuasa sukan sekolah. Sementara itu, statistik inferensi digunakan untuk menguji perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah ya.....

2795 hits

51162019
Thesis
Pengekalan identiti budaya dan nilai murni pelajar Orang Asli: satu kajian kes di PIPOA Kuala Rompin Pahang
Mohamad Sufaisul Shamsudin
Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki pengekalan identiti budaya dan nilai murni dalam kalangan pelajar Orang Asli di Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Kuala Rompin. Pelajar Orang Asli di Kuala Rompin ini terdiri daripada suku kaum Jakun, Jahut, Kuala dan Semai. Kajian ini melihat bagaimana aspek persekitaran khususnya peranan PIPOA sebagai pusat pendidikan menjadi medium untuk mengekalkan identiti budaya dan nilai murni pelajar Orang Asli. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan  reka  bentuk  kajian  kes.  Pemilihan  responden  kajian dijalankan  secara persampelan bertujuan yang melibatkan 12 orang responden yang terdiri daripada 10 orang pelajar yang menetap di asrama PIPOA, seorang Ketua Unit PIPOA dan seorang GPK HEM SMK Rompin Permai. Dua jenis teknik pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif iaitu teknik temu bual separa berstruktur dan teknik pemerhatian digunakan. Kaedah analisis data dalam kajian ini adalah kaedah tematik menggunakan.....

3499 hits

51172020
Thesis
Pembangunan garis panduan pelaksanaan pentaksiran untuk guru-guru tadika swasta
Nor Najihah Mod Najib
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan garis panduan pelaksanaan pentaksiran untuk guru-guru tadika swasta. Tujuan membangunkan panduan ini adalah untuk membantu dan memudahkan guru dalam melaksanakan proses pentaksiran di TADIKA swasta. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Perkembangan Vygotsky, Model Penilaian KIPP Stufflebeam dan Model Pengajaran UPSI. Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan atau (DDR) telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan yang terakhir fasa penilaian. Sampel 60 pakar dipilih berdasarkan kriteria khusus seperti lebih dari lima (5) tahun pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan bidang pengukuran serta pakar tidak mempunyai bias dengan pakar yang lain. Fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan membuat meta analisis menggunakan rujukan bahan dari kajian-kajian lepas dan menjalankan protokol temu bual bersama lima (5) orang guru TADIKA .....

2053 hits

51182008
Thesis
Penggunaan komputer riba di kalangan guru-guru mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah rendah
Abdul Hakim Haji Hashim
Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengetahui tahap kesediaan penggunaan komputer riba dan peralatan-peralatan yang dibekalkan bersamanya di kalangan guruguru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris. Ia juga cuba melihat tahap kesediaan guru-guru berhadapan dengan masalah-masalah yang berkaitan penggunaan komputer riba dan program-program yang dibekalkan bersamanya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini juga menilai persepsi guru-guru terhadap keberkesanan penggunaan komputer riba dalam meningkatkan tahap prestasi pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sample kajian ini terdiri daripada 45 orang guru yang terlibat secara langsung dalam dasar tersebut di tujuh buah sekolah dalam Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Instrumen yang digunakan dalan kajian ini merupakan borang soal selidik mengandungi 33 item. Item-item dalam soal selidik tersebut merangkumi soalan-soalan mengenai aspek latar belakang responden, .....

2052 hits

51192021
Article
Penggabungjalinan Pendekatan Semantik Inkuisitif dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pengajaran-pembelajaran bahan seni bahasa
George Romiko Bujang
Kajian ini dilakukan untuk menyingkap dan merungkai makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seni bahasa melalui penggabungjalinan Pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan analisis teks bahan seni bahasa. Responden yang terdiri daripada tujuh orang pelajar Tahun Lima dipilih untuk menyertai kajian ini. Hasil kajian mendapati pendekatan SI yang digabungjalinkan dengan KBAT berupaya membantu pelajar merungkai makna yang terkandung dalam bahan seni bahasa. Pendekatan SI yang diketengahkan ini diharapkan menjadi kaedah terbaik dalam memimpin pelajar meneroka makna tersirat di sebalik bahan seni bahasa untuk menghasilkan impak pembelajaran yang lebih berkualiti dan bermakna  ..

972 hits

51202021
Article
The effects of the station rotation model in promoting Libyan students EFL writing: blended learning
Najah Abduallah Albelazi
In the new digital age, educational technology has been commonly integrated to improve educational practices. Despite the existence of basic facilities in secondary schools of Libya, the use of technology has not been officially encouraged and practiced by instructors. Likewise, there is no empirical account on how technology implementation could improve secondary school students’ writing performance. This study aimed to explore how students’ engagement in a Station Rotation Model (SRM) using a blended learning approach, could improve their writing performance. This study employed a quasi-experimental design, which includes 51 second-graders for the experimental (26 students) and control group (25 students) in a Libyan secondary state school in Alkhoms, Libya. The comparison of the students’ pre-test and post-test writing scores on a 300-word essay indicated a significant improvement in their performance. This study employed a qualitative instrument to investigate students’ per.....

725 hits

[ First ] [ Prev ] Page 512 of 1145 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.