|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 6131 | 2021 Thesis | Perbandingan prinsip keadilan dalam teks Periyapuraanam dengan prinsip keadilan dalam sistem perundangan Malaysia Anbarasan Arunachulan This research aimed to compare and contrast the principle of justice present in
Periyapuraanam text and Malaysian Judiciary System. This is a qualitative research, in whichÂ
hermeneutic approach was conducted towards the Periyapuraanam text and the Malaysian judiciaryÂ
documents. The texts analysis were presented based on the themes and discussed concerning theÂ
similarities and differences between the Periyaapuranam text and the Malaysian judiciary Â
system. The events in relation to the justice were observed through the history of 10 Â
Nayanmaar and one Sivanadiyar. The findings indicated that there were many similarities and aÂ
few differences of the justice principle between Periyapuraanam text and the Malaysian principle ofÂ
justice. The events were classified into 9 criminal cases and 2 civil cases. Components Â
such as judiciary knowledge,  vast  experience  inÂ..... 770 hits |
| 6132 | 2021 Thesis | Pembangunan garis panduan guru untuk pelaksanaan amalan zikir bagi kanak-kanak bermasalah tingkah laku agresif Noorfarah Asmira Abdul Malek Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen-elemen keperluan, membangunkan Garis Panduan GuruÂ
Untuk Pelaksanaan Amalan Zikir dalam Kalangan Kanak-kanak Bermasalah Tingkah laku Agresif sertaÂ
 mengenal pasti maklumbalas guru terhadap kebolehgunaan pelaksanaan amalan zikir melalui garisÂ
panduan guru ini. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah Â
pengumpulan data melalui  analisis  dokumen  dan  temu  bual.  Analisis  dokumen  melalui Â
 kajian perpustakaan dibuat bagi mengenal pasti elemen-elemen keperluan dan mendapatÂ
kesahan  pakar  mengenai  kesesuaian  elemen-elemen  keperluan  tersebut  dalam membina Â
Garis Panduan Guru. Pakar yang dipilih terdiri daripada dua orang pakar dalam bidang Â
pendidikan awal kanak-kanak dan seorang lagi dalam bidang agama. Temu bual dijalankanÂ
kepada tiga orang gur..... 1749 hits |
| 6133 | 2019 Thesis | Apresiasi karya seni catan berunsurkan elemen seni tradisional Melayu dalam konteks etnomatematik Rushana Sulaiman @ Abd Rahim Penyelidikan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas secara teoritikal dalam disiplin seni catan tentang apresiasi seni ke atas karya berunsurkan tradisional Melayu menerusi pemikiran etnomatematik. Fokus utama kajian adalah mengkaji faktor yang menyokong perhubungan antara aspek formalistik seni bagi menghuraikan konsep simetri yang wujud melalui keindahan reka bentuk corak dalam karya catan yang menampilkan imej-imej tradisional Melayu. Kajian ini melibatkan analisis pengkaryaan ke atas karya seni catan bersiri iaitu Siri Dungun dan Siri Nurani melalui pendekatan kualitatif dengan pelaksanaan inter-disiplin secara deskriptif. Penjelasan kerangka teori berpandukan kepada konsep-konsep yang diadaptasi daripada konsep etnomatematik dan konsep formalistik seni. Kaedah pengumpulan data menerusi analisis dokumentasi, visual rakaman, pemerhatian dan kajian pustaka digunakan bagi mengklasifikasikan prinsip simetri yang wujud dalam subjek, reka bentuk dan makna karya catan yang dik..... 4495 hits |
| 6134 | 2020 Thesis | Kesan modul pembelajaran berasaskan masalah (MICRO-C PRO) terhadap pencapaian, kemahiran penyelesaian masalah, efikasi kendiri dan motivasi intrinsik pelajar di Kolej Vokasional Najwa Mohd Najid Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengkaji kesan modul MIKRO-C PRO berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pencapaian, kemahiran penyelesaian masalah, efikasi kendiri dan motivasi intrinsik pelajar di Kolej Vokasional Malaysia. Kajian kuasi-eksperimen dijalankan ke atas 98 orang pelajar Diploma kursus Teknologi Elektronik semester lima, yang mengambil mata pelajaran Pengawal Mikro daripada empat buah Kolej Vokasional di zon utara menggunakan persampelan berkelompok. Sampel kajian terdiri daripada 48 orang pelajar kumpulan rawatan dan 50 orang pelajar kumpulan kawalan. Modul MIKRO-C PRO dibina merangkumi tajuk Mengaplikasikan Set Arahan Pengawal Mikro. Pelaksanaan modul MIKRO-C PRO dijalankan selama 10 minggu intervensi. Kesan modul MIKRO-C PRO diukur menggunakan instrumen ujian pencapaian Pengawal Mikro, soal selidik kemahiran penyelesaian masalah (PSI), motivasi intrinsik (IMI) dan efikasi kendiri (GSES). Data yang diperolehi dianali..... 2968 hits |
| 6135 | 2020 Thesis | Kesinambungan dan perubahan tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal di Johor Mohd Nizam Attan Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis kesinambungan dan perubahan tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal di Johor. Reka bentuk penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah perpustakaan dan temubual untuk menjawab tiga persoalan kajian. Kumpulan gambus Nurulhilal dipilih kerana kemunculannya telah membawa tradisi muzik kumpulan gambus di Johor bermula dari tahun 1975 hingga tahun 1999. Data kajian dianalisis menggunakan konsep etnomuzikologi oleh Nettl dan Hood dengan pendekatan ‘norma gaya muzik’ yang merangkumi tradisi persembahan, gaya, genre lagu, penggiat, ensembel, sistem tonal dan bentuk muzik. Data kajian menunjukkan kewujudan kumpulan gambus dan kewujudan industri pembuatan gambus di Johor bermula tahun 1960. Kajian mengenai kesinambungan tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal telah menemukan empat norma gaya muzik iaitu, tradisi persembahan kumpulan gambus, genre lagu dan lirik, peralatan muzik dan gaya permainan gambus, serta sist..... 1400 hits |
| 6136 | 2021 Thesis | Keberkesanan kaedah gabung bunyi kata (KGBK) terhadap pencapaian kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid pemulihan khas Nor Adzleena Wahap Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Kaedah Gabung Bunyi Â
Kata (KGBK) terhadap pencapaian kemahiran membaca dan minat membaca murid Pemulihan Khas Â
di sekolah rendah. KGBK diilhamkan oleh Profesor Emeritus Dato Dr. Isahak Haron pada Â
tahun 1979. KGBK digunakan dalam kajian ini dengan pengubahsuaian dari aspek pemilihan danÂ
penambahan huruf mengikut kebolehan belajar sampel kajian. Kajian dijalankan di dua buah sekolahÂ
rendah dalam daerah Tanah Merah, Kelantan. Seramai 30 murid Pemulihan Khas terlibat dalam Â
kajian iaitu 15 orang daripada kumpulan eksperimen yang belajar menggunakan KGBK manakalaÂ
 15 murid lagi adalah kumpulan kawalan yang belajar menggunakan kaedah konvensional. Kedua- dua Â
kumpulan sampel kajian tidak menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka. Kajian ini Â
menggunakan rekaÂ..... 4374 hits |
| 6137 | 2021 Thesis | Pembinaan modul seksualiti PEKAsa berasaskan latihan mempertahankan diri bagi kanak-kanak prasekolah Zarina Eshak Kajian  ini  bertujuan  untuk  membina  Modul  Seksualiti  PEKASa  (Pendidikan
Kesihatan Asas Seksualiti) berasaskan Latihan Mempertahankan Diri bagi kanak- kanakÂ
prasekolah dalam usaha meningkatkan pengetahuan pendidikan seksualiti dan dapat  menjaga  Â
keselamatan  diri  kanak-kanak  prasekolah.  Penyelidikan  ini menggunakan  kajian Â
Rekabentuk  dan  Pembangunan  (Design  &  Development Research - DDR). Kajian ini dilaksanakanÂ
dalam tiga fasa, iaitu Fasa I, II dan III. Fasa I kajian melibatkan fasa analisis keperluan Â
yang menggunakan kaedah tinjauan dengan jumlah sampel adalah seramai 126 orang yang terdiriÂ
daripada guru-guru dan ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Manakala Fasa II iaitu fasa reka Â
bentuk dan pembangunan modul yang dilaksanakan untuk mengenalpasti komponen utama danÂ
elemen-elemen pendidikan seksualitiÂ..... 3288 hits |
| 6138 | 2020 Thesis | Hubungan antara komponen kecergasan fizikal dengan kemahiran ragbi dalam kalangan pemain ragbi rimau Ahmad Dzia Ul Haq Mohamad Japeri Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti hubungan komponen kecergasan fizikal ke atas kemahiran ragbi dalam kalangan pemain ragbi rimau. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes sekali (the one shot case study). Instrumen komponen kecergasan fizikal yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian lompat jauh berdiri, ujian T, ujian lari pecut 30-meter, ujian tekan tubi dan daya tahan kardiovaskular. Manakala kemahiran ragbi di ukur dengan menggunakan ujian kemahiran menghantar bola ragbi, kemahiran menerima bola ragbi, kemahiran menyepak bola ragbi, kemahiran menangkap bola ragbi dan kemahiran menyentuh pihak lawan. Seramai 180 orang murid lelaki telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Data dianalisis menggunakan analisis regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara komponen kecergasan fizikal yang signifikan ke atas pemain ragbi dengan nilai R2 = 1.520,..... 2693 hits |
| 6139 | 2020 Thesis | Data mining and predictive analysis on the employment of fresh graduate students in public universities in Malaysia Nor Azziaty Abdul Rahman This study was aimed to use data mining to predict the employment of fresh graduate students in public universities in Malaysia. The research design of the study was model development using Rapid Miner Studio. The model used both supervised and unsupervised machine learning algorithms including k-Nearest Neighbor (kNN), Naïve Bayes, Decision Tree, Logistic Regression, Support Vector Machine (SVM) and Neural Network. The sample consisted of 16,729 fresh graduate students were collected from the Tracer Study Unit of Ministry of Higher Education (MOHE). In order to build the classification model, Cross Industry Standard Process for Data Mining (CRISP-DM) methodology was applied. For the evaluation, 70% of the dataset were used as the training set and the remaining 30% were used as a testing set. To determine the error rate and to justify the accuracy of the proposed model objectively, classification error was used as the evaluation metric. The key finding of the predictive analysis revea..... 1321 hits |
| 6140 | 2019 Thesis | Pemodelan kejuruteraan semula proses perniagaan bagi pengurusan permohonan tabung bantuan perubatan di hospital. Zuraida Zaini Kajian ini bertujuan untuk memodelkan kejuruteraan semula proses perniagaan bagi pengurusan permohonan Tabung Bantuan Perubatan di hospital. Pemodelan ini melibatkan pengkajian ke atas proses perniagaan sedia ada (As Is Process) di Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP) yang berperanan membantu pesakit dalam membiayai kos peralatan perubatan melalui Tabung Bantuan Perubatan (TBP). As Is Process ini mula mengalami kelewatan disebabkan bilangan permohonan yang semakin meningkat, penglibatan beberapa individu, proses kerja yang bertindih, dan beberapa kaedah yang dilakukan secara manual. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti proses-proses yang boleh diperbaiki atau dihapuskan dan membangunkan satu proses yang baharu (To Be Process) tanpa menjejaskan fungsi asalnya melalui metodologi B2Lean, iaitu gabungan Business Process Reengineering (BPR) dan Lean Thinking. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif melibatkan reka bent..... 1730 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 614 of 1085 | [ Next ] [ Last ] |