UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
64012019
Thesis
Estetika lagu-lagu Melayu popular berdasarkan aspek seni kata dan melodi lagu
Mohd Azam Sulong
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis unsur estetika dalam lagu Melayu popular. Reka bentuk penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah temu bual untuk menjawab tiga persoalan kajian. Sumber utama kajian ini adalah lima puluh (50) buah lagu Melayu popular yang memenangi anugerah-anugerah berprestij di Malaysia anjuran badan penyiaran dan industri muzik dan 34 responden. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan berpandukan pendekatan stilistik oleh Tarigan (2009) dan pendekatan muzikologi oleh Sturman (1994) yang dibincangkan secara deskriptif. Kaedah triangulasi yang diubahsuaikan daripada Denzin dan Lincoln (2005) digunapakai melalui analisis seni kata, analisis melodi dan temu bual dengan pencipta-pencipta lagu, penulis-penulis seni kata lagu dan juri-juri. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua unsur estetik gaya bahasa yang paling dominan iaitu unsur perulangan dan perlambangan yang menentukan kekuatan seni kata lagu ya.....

4432 hits

64022021
Thesis
Analisis gelagat pembelian secara atas talian dalam kalangan guru-guru di negeri Perak
Choy, Sau Khuan
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis gelagat pembelian secara atas talian dalam kalangan guru-guru di Perak. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian, dan pengumpulan data menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Seramai 319 responden terlibat dalam kajian ini yang dipilih melalui pensampelan bola salji. Kesemua responden merupakan guru yang sedang berkhidmat di sekolah kerajaan di negeri Perak dan terlibat dengan pembelian secara atas talian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ujian min, kekerapan, peratusan, ujian regresi berbilang, dan di proses menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan bahawa platform yang paling kerap digunakan untuk pembelian secara atas talian adalah Lazada, Shopee dan Booking.com / Agoda. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jam melayari internet, manakala tiada perbezaan yang signifikan terhadap jant.....

3461 hits

64032021
Thesis
Mekanisme pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat di negeri Perak
Wan Nurul Wahidah Wan Lanang
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis jenayah paling tinggi yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Perak. Seterusnya, menganalisis mekanisme pencegahan jenayah yang sedia ada di Malaysia. Kemudian, menilai mekanisme pencegahan jenayah dalam masyarakat di negara United Kingdom dan Jepun dan mencadangkan penambahbaikan dalam usaha pencegahan jenayah. Kajian ini menggunakan kaedah rentas disiplin yang merangkumi kriminologi dan sains sosial melalui pendekatan kualitatif, iaitu kajian mendalam bagi menangani isu jenayah dalam kalangan masyarakat di negeri Perak, iaitu meliputi kawasan bandar dan luar bandar di Ipoh dan Taiping. Seramai 18 orang responden yang terdiri daripada pegawai PDRM, JPNIN, JKM, MCPF dan masyarakat tempatan. Data dikumpul menggunakan kaedah pemilihan keseluruhan sampel populasi bagi badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Secara keseluruhannya, jenayah ha.....

2266 hits

64042019
Thesis
Kepimpinan distributif Guru Besar, efikasi kolektif Guru dan komitmen organisasi di Sekolah Kebangsaan Negeri Perak
Abdul Rahim Abdul Rashid
Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kepimpinan distributif guru besar, efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi di sekolah kebangsaan di negeri Perak dan mengenal pasti hubungan serta pengaruh kepimpinan distributif terhadap efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dengan kaedah secara tinjauan digunakan. Tiga set soal selidik telah digunakan untuk mengukur kepimpinan distributif guru besar, efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi. Sampel kajian ini melibatkan seramai 440 orang guru yang telah dipilih sebagai responden menggunakan persampelan rawak berstrata yang dibahagikan mengikut Pejabat Pendidikan Daerah. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian deskriptif mendapati bahawa tahap min untuk keseluruhan kepimpinan distributif, efikasi kolektif guru dan komitmen organisasi berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min masing-masing 4.11, 4.06 dan 3.96. Dapatan analisis korelasi Pearson.....

2445 hits

64052020
Thesis
Hubungan kecerdasan emosi, motivasi dan stres dengan pencapaian hafazan Al-Quran pelajar sekolah tahfiz di Negeri Pahang
Mohd Saleh Ramli
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kecerdasan emosi, motivasi dan stres dengan pencapaian hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah tahfiz di negeri Pahang. Kajian turut mengukur kesan interaksi antara kecerdasan emosi, motivasi, stres dengan pencapaian hafazan berdasarkan kepada jantina, umur, lokaliti, dan latarbelakang pendidikan ibubapa. Kajian juga turut mengkaji pengaruh pembolehubah kecerdasan emosi, motivasi dan stres terhadap pencapaian hafazan Al-Quran. Kajian ini berbentuk tinjauan di mana sampel dipilih secara rawak berstrata melibatkan seramai 254 orang pelajar daripada empat buah sekolah menengah tahfiz di negeri Pahang yang menggunakan kurikulum KPM. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi pelajar ialah Emotional Competence Inventory (ECI), manakala Work Preference Inventory (WPI) digunakan untuk mengukur tahap motivasi pelajar, Student Stress Inventory (SSI) untuk mengukur tahap stres pelajar dan pencapaian hafazan pelajar.....

3459 hits

64062019
Thesis
Pengaruh resiliensi, daya tindak, dan kecerdasan menghadapi cabaran terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti
Izazol Idris
Kehidupan di universiti memerlukan ketahanan diri dan kekuatan dalaman yang kukuh bagi membolehkan pelajar menangani cabaran dan berfungsi secara optimum sebagai seorang pelajar. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membina model yang menghubungkan resiliensi, daya tindak, dan kecerdasan menghadapi cabaran (AQ) dengan kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Data diperolehi daripada responden kajian melalui instrumen Adolescent Resilience Scale, Stress Coping Style Inventory, Kecerdasan Menghadapi Cabaran, dan Flourishing Scale. Responden kajian terdiri daripada 200 orang pelajar program ijazah sarjana muda dari enam buah universiti awam yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Analisis statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif dan model persamaan berstruktur melalui kaedah Partial Least Square. Kajian ini menemui tiga dapatan penting, iaitu pertama, model pengukuran yang sah dan boleh dipercayai untu.....

3319 hits

64072019
Thesis
Kelangsungan pendidikan informal Seni Kolam dalam perubahan institusi sosial dalam masyarakat India di Sitiawan
Santhi Letchumanan
Kajian ini bertujuan untuk memahami dan menjelaskan kelangsungan pendidikan informal Seni kolam dalam perubahan institusi sosial masyarakat India di Bandar Sitiawan, Perak. Kajian ini dilakukan berdasarkan senario semasa dan kewujudan permasalahan dari konteks institusi sosial dalam menangani cabaran memartabatkan seni kolam yang berdepan dengan arus globalisasi. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelukis-pelukis kolam di Sitiawan, Perak, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah kajian kes. Teknik pengumpulan data melibatkan temu bual, pemerhatian, rakaman visual dan dokumen. Terdapat tiga puluh(30) buah karya kolam dianalisis dalam kajian ini yang dilukis oleh pelukis-pelukis yang berasal dari Sitiawan, Perak. Sumber data utama diperoleh melalui temu bual terhadap yang 14 orang informan dalam kalangan orang India yang berasal dari Sitawan dan ahli agama dari negara India. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya pengaruh persekitaran, nilai, perilaku, dan kep.....

1605 hits

64082019
Thesis
Pendekatan Guru Pendidikan Seni Visual mengadaptasi elemen dan prinsip Seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual
Khairul Bariyah Badrudin
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti pendekatan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian menilai tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru Pendidikan Seni Visual dalam mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam bagi beberapa tajuk yang dipilih dalam sukatan matapelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pemerhatian dilakukan ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Seni Visual dan sesi temu bual terhadap guru.  Rekod Rancangan Mengajar Harian guru tersebut dan penghasilan seni pelajar menjadi dokumen penting dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru mampu untuk mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam. Mereka juga dapat merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang mengadaptasi elemen dan prinsip seni Islam dengan baik, namun kurang.....

2746 hits

64092020
Article
A study on the stylistic features and teaching strategy of Kuo Pao Kuns Chinese expressionist drama
Li, Zhengjun
“Expressionist” drama is different from traditional realistic drama. It has features like anti-conflict, anti-logical structure and shows the inner state of the characters. Therefore, in the process of expressionist drama teaching, it is necessary to highlight the characteristics of “dramatic” and “stylistic”. Here, we will take Singapore’s national treasure Kuo Pao Kun’s dramas “Kopi Diam” and “The Silly Little Girl and the Funny Old Tree” as examples to discuss the stylistic features and teaching strategy for expressionist drama to promote the effective teaching.  ..

1660 hits

64102020
Article
A critical review of the development of sinology in the western world
Cheng,Dennis Kat Hung
This paper critically reviews the development of sinology in the western world since the seventeenth century, with particular reference to Europe and North America. It focuses on three main thematic areas—scientific positivism and philology, translation and interpretation, and history and philosophy—discussing and parsing the wide variety of scholarship across disciplines. Observing and responding to the scholarship of individual scholars, the author examines the cultural contexts and intellectual characteristics of western sinology, with a view to assessing its scholarly and philosophical impact on East Asian scholars. The lesson to be learnt is that while western sinology offers opportunities and stimuli for creatively rethinking our exploration and understanding of the multiple dimensions of China in intercultural terms, East Asian sinologists must deepen their knowledge of their own history and culture in order to be effective interlocutors in the ongoing dialogues.  ..

1155 hits

[ First ] [ Prev ] Page 641 of 1147 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.