UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
6812024
Article
Penggayaan bahasa seni dalam E-Book cerita jenaka kanak-kanak
Khairah Batrisyia Ramli
Aspek seni dalam e-book cerita kanak-kanak jenaka merujuk kepada usaha dan kreativiti dalam memasukkan pelbagai elemen seni ke dalam persembahan dan persembahan cerita di platform e-book. Ia melibatkan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pengalaman membaca kanak-kanak dengan menggunakan elemen artistik, seperti ilustrasi, animasi, susun atur, kesan bunyi dan interaktiviti. Penggayaan bahasa seni diterjemahkan dalam aspek kehidupan merangkumi berbagai-bagai nilai artistik secara fleksibel. Penggayaan unsur artistik dalam e-book cerita jenaka kanak-kanak berkait rapat dengan evolusi teknologi, perkembangan pendidikan dan pengiktirafan kepentingan menyediakan pengalaman membaca yang menarik dan interaktif kepada kanak-kanak. Pernyataan masalah berkaitan penggayaan bahasa seni dalam e-book cerita jenaka kanak-kanak boleh dirumuskan dalam beberapa aspek iaitu tahap interaktiviti yang tidak konsisten, sesetengah e-book mungkin kurang konsisten dalam mempersembahkan elemen seni dengan tah.....

117 hits

6822024
Article
Pendekatan grafik gerakan dalam pembelajaran abjad terhadap murid berkeperluan khas pendengaran (MBKP) di prasekolah
Nurul Nur Atikah Musa
Pendidikan ialah satu proses yang dijalankan dengan tujuan penyampaian dan penerimaan ilmu. Proses pendidikan yang berkesan memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa dan negara. Penggunaan media bantu mengajar yang berkesan mempunyai peranan dalam mencapai matlamat pendidikan. Sebagai contoh, media grafik gerakan yang dibawa dalam teknologi pada era ini. Grafik gerakan ialah sejenis grafik yang menggabungkan teks, grafik, bunyi, animasi, video dan elemen lain untuk melakukan reka bentuk kreatif dan mencipta visual yang menarik dan dinamik. Grafik gerakan sering digunakan untuk menyampaikan idea, menyampaikan maklumat atau penceritaan kepada semua murid tanpa mengira latar belakang murid. Perkara ini boleh dilihat dalam pembelajaran abjad bagi murid-murid pendidikan awal. Abjad merupakan piawaian huruf bertulis yang mewakili bunyi pertuturan tertentu dalam sesuatu bahasa. Perancangan media grafik gerakan dalam pembelajaran abjad untuk kanak-kanak ini merupakan sebuah usaha yang.....

271 hits

6832024
Article
Kesedaran kesihatan mental kemurungan dalam seni reka poster infografik di media sosial
Fathatunnuha Musanif
Stigma negatif dalam kesedaran kesihatan mental masih wujud di dalam kalangan masyarakat. Stigma tersebut menyebabkan individu yang mempunyai isu kesihatan mental ini membuatkan mereka tidak mendapat bantuan yang sewajarnya. Kajian ini memfokuskan perihal kesedaran kesihatan mental kemurungan dalam seni reka poster infografik di media sosial. Kesihatan mental merupakan salah satu aspek yang sering dipandang rendah dan sinis oleh masyarakat kita kerana menganggap kesihatan mental merupakan salah satu penyakit tidak siuman. Kemurungan adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi, perasaan dan tingkah laku yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang menjadi sukar. Di media sosial, sesuatu maklumat akan tampil lebih mudah dibaca sekiranya ianya diberikan gambaran visual dan juga maklumat yang ditulis secara ringkas seperti di dalam sesebuah infografik. Penulisan ini dapat memberikan pendedahan khususnya terhadap kesihatan mental dalam konteks kemurungan dalam poster infogra.....

254 hits

6842024
Article
Kesedaran inovasi visualisasi dalam pendidikan asas sains komputer
Ranee Sekin
Kesedaran inovasi visualisasi dalam pendidikan asas sains komputer merujuk kepada penggunaan teknologi visual seperti animasi, grafik bergerak dan realiti tambahan untuk meningkatkan pembelajaran. Abstrak ini menekankan kepentingan kesedaran tentang kuasa visualisasi, yang semakin kritikal dalam era teknologi yang dominan. Beberapa aspek utama yang ditekankan termasuk keupayaan inovasi visualisasi untuk menyampaikan konsep yang kompleks dengan lebih mudah kepada pelajar, meningkatkan minat pelajar terhadap sains komputer dan menyediakan pelajar untuk tuntutan industri yang semakin bergantung kepada teknologi. Dengan menggunakan media audio-visual dan teknologi visual seperti komik digital, simulasi, multimedia dan realiti tambahan, inovasi visualisasi membentuk persekitaran pembelajaran yang menarik. Selain itu, topik ini juga merangkumi masalah yang perlu diberi perhatian seperti pengintegrasian inovasi visualisasi dalam kurikulum, perbezaan pencapaian dan pemahaman konsep pembelajara.....

169 hits

6852024
Article
Grafik dalam pembelajaran dan pengajaran ujian penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun 5
Khairun Sabirah Kamalul Bahari
Pada era pendidikan yang semakin berkembang, penggunaan grafik dalam pembelajaran Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun 5 memainkan peranan penting dalam meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar bagi sesuatu topik. Grafik tidak hanya berfungsi sebagai alat bantu visual dan memberi dimensi visual, tetapi juga sebagai medium yang efektif untuk menyampaikan sesuatu perkara dengan cara yang menarik dan mudah difahami. Grafik dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Ujian Penilaian Kelas Kafa tahun 5 melibatkan pemahaman mendalam mengenai subjek subjek yang melibatkan keagamaan dan cabaran yang dihadapi dalam pengajaran di kelas Kafa. Hingga kini, kaedah pembelajaran yang mengendalikan cara tradisional masih menjadi pilihan utama dalam proses pengajaran tetapi ia adalah kurang menarik dan kurang interaktif, menyebabkan kurangnya minat dan pemahaman yang mendalam dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pengenalan dan penerapan media pendidikan seperti aplikasi masih terbatas dan belum diterapk.....

150 hits

6862024
Article
E-diorama sistem suria terhadap murid tingkatan 2
Amanda Layla Najwa Idris
E-diorama memainkan peranan penting dalam pendidikan dengan menyediakan alat visual yang berupaya untuk meningkatkan pemahaman murid. Perwakilan 3D bagi topik tertentu membolehkan murid melihat dengan jelas elemen yang sukar difahami melalui kaedah pengajaran konvensional. E-diorama Sistem Suria merupakan suatu topik yang relevan terutamanya dalam konteks pendidikan untuk murid tingkatan 2. Latar belakang kajian ini merangkumi tiga aspek penting yang menjelaskan kepentingan dan kerelevenan topik ini terhadap pembelajaran murid. E-diorama sistem suria terhadap murid tingkatan 2 merujuk kepada satu sistem pendidikan interaktif yang menggunakan teknologi digital dan animasi. Kaedah ini adalah untuk menyampaikan konsep dan maklumat berkaitan dengan sistem suria kepada pelajar tingkatan 2 dengan lebih mudah. Murid menghadapi kesukaran dalam menggambarkan dan memahami struktur dan unsur dalam sistem suria. Kelemahan dalam pemahaman ini boleh menjadi penghalang utama kepada pembelajaran yang .....

210 hits

6872024
Article
Aplikasi visual montaj tokoh seni kraf Malaysia melalui Seni Visual Tingkatan 1
Azreena Aqilah Azlan
Aplikasi visual montaj merupakan salah satu media yang berbentuk video boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar merupakan kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Hal ini kerana terdapat lima unsur seni dalam visual montaj yang boleh menarik fokus para murid untuk belajar. Antara lima unsur seni yang terlibat ialah garisan, rupa bentuk, jalinan, ruang dan warna. Bahan bantu mengajar juga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik, elektronik dan bahan bercorak pengalaman atau bahan sebenar. Dunia pada masa kini berkembang pesat seiring perkembangan teknologi yang memerlukan seorang guru berfikir secara kreatif dan inovatif. Bagi menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif haruslah mempunyai persediaan dalam pelbagai aspek seperti kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta mengaitkan kes.....

181 hits

6882024
Article
Animasi terhadap Unsur Bentuk dalam kalangan murid Pra Sekolah
Cecelyia Evalyin Lingkon
Animasi merupakan suatu gambar bergerak dari serangkaian gambar atau objek yang disusun secara berturutan untuk menghasilkan ilusi gerakan. Animasi biasanya digunakan dalam video game, filem, dan berbagai media lain untuk menghidupkan sesuatu karakter secara visual. Di Malaysia, anime merupakan siri animasi yang sangat popular. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang kreatif kini amatlah penting untuk diterapkan dalam setiap institusi pendidikan bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Murid prasekolah memerlukan satu pembelajaran interaktif agar setiap pengajaran yang disampaikan lebih berkesan. Permasalahan yang didapati adalah murid prasekolah menghadapi kesulitan dalam memahami unsur geometri seperti bidang, ruang, dan dimensi, yang mungkin tidak selalu dapat dilihat atau dipegang secara langsung. Mereka mengalami keterbatasan dalam pengalaman visual untuk memahami sesuatu hubungan dan karakteristik bentuk geometri disebabkan belum banyak terlibat dalam pengalaman praktis.....

196 hits

6892024
Article
Animasi terhadap kesedaran gejala buli dalam kalangan Murid Prasekolah
Nor Azianti Norharisham
Murid sekolah lebih terdedah dengan perkembangan teknologi yang kian canggih dari semasa ke semasa. Perkembangan teknologi ini banyak mendatangkan impak yang positif terhadap kehidupan seharian murid sekolah. Penggunaan animasi merupakan antara alternatif dan usaha yang diambil untuk memberi kesedaran kepada murid prasekolah tentang bahaya gejala buli. Animasi merupakan elemen yang mempunyai daya tarikan yang tinggi terhadap kanak-kanak sehingga ianya dapat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak. Animasi bermaksud memberi nyawa kepada sesuatu imej atau dengan cara yang mudah ianya berfungsi untuk menambahkan ilusi dalam sesuatu imej supaya kelihatan bergerak. Oleh itu, pada era dunia yang serba canggih terutamanya dalam bidang teknologi penggunaan animasi sangat sesuai digunakan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada murid sekolah rendah tentang gejala buli. Di samping itu, sejak dahulu lagi, gejala buli sering berlaku dalam kalangan murid sekolah tidak kira sekolah rendah atau sekola.....

283 hits

6902024
Final Year Project
Tahap pemahaman dan kesediaan guru Biologi terhadap pelaksanaan pendekatan inkuiri 5E (Explore & Explain)
Che Ku Baizura Che Ku Mat
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pemahaman dan kesediaan guru Biologi untuk melaksanakan pendekatan inkuiri 5E (Explore & Explain). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Untuk menentukan tahap pemahaman dan kesediaan guru Biologi untuk melaksanakan pendekatan inkuiri 5E (Explore & Explain), satu set alat telah diberikan. Kajian ini melibatkan guru Biologi dari 174 sekolah daerah di seluruh negeri Pahang, menggunakan sampelan rawak mudah. Profil demografi responden, pemahaman dan kesediaan responden untuk menggunakan pendekatan inkuiri 5E (Explore & Explain) adalah tiga bahagian soal selidik. Nilai kesahan adalah 1, menurut Content Validity Index (CVI) yang dinilai oleh tiga pakar. Nilai kebolehpercayaan menggunakan pekali Alpha Cronbach yang diperoleh adalah baik iaitu 0.949 bagi konstruk pemahaman dan 0.930 bagi konstruk kesediaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman guru Biologi terhadap pelaksanaan pendekatan inkuiri bagi Explore adalah (Min (M) = 4.356; Si.....

205 hits

[ First ] [ Prev ] Page 69 of 1116 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.