UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN Komunikasi ismail man PENDIDIKAN ISLAM
Bahasa melayu M K Ahmad kajian kes Pembelajaran abad ke 21 Lim Chen Kim

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
79612017
thesis
Syair perang Palembang dari sudut analisis wacana mega
Raden Muhammad Ali Masri
Penyelidikan ini memfokuskan teks Syair Perang Palembang daripada koleksi Kemas Andi Syarifuddin. Syair ini merakamkan perjuangan rakyat Palembang dalam beberapa siri peperangan melawan penjajah Belanda pada tahun 1819. Tiga objektif utama ialah mengenal pasti amalan diskursif, membincangkan fitur kebahasaan, motif amalan sosial dan amalan agama yang terdapat dalam teks tersebut. Pendekatan kualitatif dimplimentasi dalam kajian ini, manakala data primer dan sekunder dipungut menerusi kajian kepustakaan. Sejumlah 259 rangkap Syair Perang Palembang yang mengandungi 1,036 bait syair telah dianalisis berpandukan Model Wacana Mega oleh Sanat Md. Nasir yang disintesis daripada konsep wacana kritis Norman Fairclough dan Ruth Wodak tetapi diperkasakan dengan prinsip-prinsip dalam al-Quran, hadith serta nilai Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Syair Perang Palembang mengandungi amalan diskursif menerusi interpretasi tokoh dan ketokohan, manakala fitur kebahasaan dinyatakan menerusi tauta.....

1083 hits

79622017
thesis
Perbandingan kaedah koperatif model TGT dan STAD terhadap minat, motivasi, pencapaian dan KBAT mata pelajaran Sejarah
Ruzianah Misman
Kajian ini bertujuan membandingkan kaedah pembelajaran Koperatif model TGT (Teams Games Tournament) dan kaedah Pembelajaran Koperatif model STAD (Students Team Achievement) dalam Sejarah. Perbandingan yang dilakukan melibatkan minat, motivasi, pencapaian akademik dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan berkelompok melibatkan 70 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di daerah Segamat, Johor. Subjek kajian terdiri daripada 35 orang pelajar kumpulan TGT dan 35 orang pelajar kumpulan STAD. Dua instrumen yang digunakan adalah soal selidik minat dan motivasi serta ujian pencapaian bertajuk “Kerajaan Negeri-negeri Melayu”. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan ujian-t bebas. Hasil kajian menunjukkan bahawa skor min bagi minat, motivasi dan pencapaian Sejarah kumpulan TGT adalah lebih tinggi dan signifikan secara.....

1069 hits

79632017
thesis
Nilai-nilai moral dalam cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh, Serian
Fifi Rinyuk
Kajian ini merupakan satu penyelidikan tentang nilai-nilai moral dalam cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh di daerah Serian, Sarawak. Terdapat tiga objektif iaitu mengkategorikan cerita-cerita rakyat kaum Bidayuh, menghuraikan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat Bidayuh dan menghubungkait nilai-nilai moral dengan kehidupan seharian kaum Bidayuh. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan moral kerana pendekatan ini meletakkan sastera khususnya cerita rakyat sebagai seni tertinggi kerana memiliki unsur pengajaran dan pendidikan yang mampu mendidik masyarakatnya menjadi individu yang mulia. Usaha pengumpulan cerita-cerita rakyat khususnya di Sarawak telah lama dilaksanakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan usaha pengumpulan tersebut, maka terhasillah beberapa buah naskah Cerita Rakyat Sarawak seperti Si Sidur dan Dayang Puteri hasil selenggaraan Jiso Rutan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun kajian berkaitan dengan nilai moral dalam cerita rak.....

1998 hits

79642017
thesis
Relationship between reasons for outsourcing with awareness of outsourcing in internet marketing in small and medium industry (SMI) in Petaling Jaya
Elaiyaraja Krishnan
Internet marketing is becoming a hot topic in every business sector and gradually it is playing a truly important role in all sectors related to marketing strategy. This research aims to measure the level of awareness of outsourcing internet marketing. On the other hand, the study intended to identify significant factors, which influence awareness of outsourcing internet among SME companies. Therefore, the researcher intends to investigate the variables, which influence the awareness of outsourcing Internet Marketing across a range of context materials. Meanwhile quantitative method used to collect all-important data supporting the research analysis. Cross sectional study has conducted by selecting sample of SME companies in Petaling Jaya area. 160 questionnaires collected and analyzed using statistical software SPSS version 22. The findings demonstrated that 56.9% of the respondents were at the high level, followed by 35% moderate and 8.1% were at the low level in term of awareness of.....

1725 hits

79652017
thesis
Keberkesanan visual foto penderaan kanak-kanak dalam memberi kesedaran dan mendidik masyarakat di Malaysia
Noor Zulaika Zulkhifli Merican
Kajian penyelidikan ini meliputi kefahaman dan keberkesanan peranan komunikasi visual dalam menyampaikan mesej visual foto kepada masyarakat mengenai kegiatan penderaan kanak-kanak di Malaysia. Tujuan penggunaan visual foto digunakan adalah sebagai satu instrument dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya ibu bapa tentang penderaan kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Model Kari Killen yang digunakan untuk menerangkan dunia kanak-kanak serta dunia kanak-kanak luar diubahsuai untuk berkait rapat dengan elemen seni dan prinsip rekabentuk yang sesuai tentang isu penderaan kanak-kanak. Sampel kajian melibatkan seramai dua puluh tujuh orang kanak-kanak yang didera dan lima orang pegawai psikologi di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Kajian lapangan dilakukan di enam buah negeri berdasarkan kepada bilangan kes dera tertinggi direkodkan sepanjang penyelidikan dilakukan. Manakala instrumen pemerhatian, temu bual, bor.....

1593 hits

79662017
thesis
Pencapaian kemahiran insaniah dan prestasi pelajar melalui kerja kursus mata pelajaran Perakauanan Prauniversiti
I Juli Indriana Zaini
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pencapaian objektif kerja kursus dalam mata pelajaran Perakaunan Prauniversiti berfokus kepada pencapaian kemahiran insaniah (KI) dan perkaitannya dengan pencapaian skor kognitif (SK) pelajar. Antara KI yang menjadi fokus objektif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja kumpulan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan bersifat kuantitatif ke atas 226 sampel pelajar semester tiga yang mengambil mata pelajaran Perakaunan Prauniversiti. Soal selidik dibina daripada Modul Kemahiran Insaniah Institut Pengajian Tinggi dan Manual Kerja Kursus Perakaunan MPM. Sebahagian soal selidik diadaptasi daripada beberapa kajian yang lepas dalam bidang yang sama. Bagi menepati objektif kajian ini, Model 3P Biggs digunakan sebagai asas dalam pembentukan kerangka teoretikal kajian ini. Pemboleh ubah yang diukur dalam kajian ialah pencapaian objektif kandungan, kesesuaian isi kandungan.....

1061 hits

79672017
thesis
Pentadbiran Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan 1915-1941
Muhamad Haris Sawalludin
Kajian ini berkenaan dengan pentadbiran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), 1915-1941. Perbincangan menjurus kepada latar belakang MAIK dan peranannya dalam pencegahan masalah sosial di Kelantan. Bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas berkenaan dengan masalah sosial di Kelantan, masalah salah laku seksual turut dibincangkan yang melibatkan masalah khalwat, bersekedudukan, pelacuran dan rogol. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Dalam kaedah ini, pengkaji melakukan analisis ke atas sumber-sumber primer yang terdapat di Arkib Negara Malaysia. Sumber-sumber primer berkenaan adalah terdiri daripada fail-fail MAIK, rekod-rekod kolonial seperti fail Colonial Office, Annual Report of Kelantan, fail-fail kerajaan negeri Kelantan dan fail-fail laporan MAIK. Selain itu, pengkaji juga menjalankan kajian di perpustakaan universiti awam untuk membuat analisis ke atas penyelidikan terdahulu. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa MAIK telah melaksanakan undang-unda.....

755 hits

79682017
thesis
Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor 1990-2010
Mohamad Ali Alimin
Disertasi ini bertujuan mengkaji perkembangan politik Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor dari 1990 hingga 2010. Disertasi ini menghuraikan matlamat perjuangan dan prinsip PAS Selangor sebagai sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan, mengenalpasti corak kepimpinan dan sumbangan tokoh-tokoh pemimpin PAS Selangor yang terdiri daripada golongan ulama dan profesional. Di samping itu, kajian ini juga menilai dan menghuraikan kejayaan dan masalah yang dihadapi usaha memasyarakatkan PAS dan kerjasama dengan parti politik lain. Ia juga memaparkan penerimaan masyarakat, cabaran dan kejayaan PAS di Selangor. Kajian ini dilaksanakan dengan menganalisis terhadap sumber primer seperti dokumen rasmi parti, perlembagaan parti, minit mesyuarat parti dan teks ucapan . Di samping itu pengkaji juga menganalisis sumber sekunder seperti buku, akhbar dan kertas kerja yang berkaitan. Dalam usaha memantapkan hasil kajian, pengkaji turut menggunakan sumber lisan untuk mendapatka.....

572 hits

79692017
thesis
Mitologi dalam \"Menanti Puteri Hijau\" karya Ismail Kassan
Nasir Razali
Kajian ini bertujuan untuk menemukan mitos pengarang dalam naskhah drama “Menanti Puteri Hijau” karya Ismail Kassan. Bagi menemukan mitos pengarang dalam naskhah drama yang dilihat beraliran absurd itu, kajian ini mengaplikasikan pendekatan mitologi yang diketengahkan oleh Roland Barthes (1972). Mitologi yang diaplikasikan itu berpegang kepada tiga prinsip, iaitu bentuk mitologi, konsep mitologi, dan pemaknaan. Objektif pertama kajian adalah mengkaji plot “Menanti Puteri Hijau” pada peringkat bentuk mitologi bagi menemukan lapis makna pertama di dalam teks. Kedua, menjelaskan simbol-simbol yang terdapat pada arahan pentas, objek pentas, latar pentas, dan watak-watak terpilih secara berstruktur pada lapis makna kedua bersandarkan konsep mitologi. Ketiga, menghuraikan dapatan analisis bentuk mitologi, dan dapatan analisis konsep mitologi dalam “Menanti Puteri Hijau” untuk mendapatkan pemaknaan mitos pengarang. Hasil kajian yang telah dilakukan, telah menemukan mitos pengarang.....

23372 hits

79702017
thesis
Kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin
Sarimah Arifin
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan bimbingan kelompok terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin. Kajian eksperimen praujian dan posujian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan digunakan. Sejumlah 45 orang pelajar tingkatan empat daripada sebuah sekolah menengah di dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Berdasarkan data Soal Selidik Kecerdasan Emosi, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan yang dianggotai oleh 30 orang dan 15 orang di dalam kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menerima rawatan yang diberikan oleh pihak sekolah, namun kumpulan rawatan diberikan 8 sesi bimbingan kelompok berdasarkan modul berpandukan pendekatan pemusatan-insan. Data kuantitatif dikumpul berdasarkan respon pelajar terhadap Soal Selidik Kecerdasan Emosi. Data kajian dianalisis menggunakan ujian-t dengan aras signifikan ditetapkan pada aras 05. Hasil kajian menunjukkan terdapat perb.....

1559 hits

[ First ] [ Prev ] Page 797 of 977 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.