|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 8031 | 2019 Article | Aspek budaya Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli Kajian ini memfokuskan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing berdasarkan hubungan antara bahasa dan budaya yang saling berkait rapat. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji komponen budaya Melayu yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Kaedah kuantitatif yang menggunakan soal selidik dijalankan untuk mengumpul data. Seramai 30 orang pelajar program Bahasa Melayu di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Jepun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersetuju bahawa aspek budaya Melayu perlu dimasukkan dalam kurikulum Bahasa Melayu. Dapatan kajian juga menunjukkan aspek budaya Melayu yang diterapkan dalam kelas Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi (min=3.58) yang melibatkan kerangka budaya 3P yang mengandungi tiga dimensi budaya, iaitu produk, praktik dan perspektif. Perspektif budaya Melayu merupakan dimensi budaya yang pal..... 1491 hits |
| 8032 | 2019 Article | Penggunaan “Teknik Jalinan Cerita” untuk meningkatkan penguasaan dan ingatan pelajar terhadap kata majmuk bentuk mantap Wong, Shia Ho Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan “Teknik Jalinan Cerita” dalam usaha membantu pelajar menguasai dan mengingati 15 kata majmuk bentuk mantap bahasa Melayu. Kajian ini juga untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya ketika mengajarkan topik kata majmuk. Selain diri saya, peserta kajian terdiri daripada 38 orang pelajar semester satu berpengkhususan bahasa Melayu di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Data kajian dikumpul melalui lembaran kerja dan soal selidik. Penyemakan data dilakukan melalui triangulasi antara kaedah, sumber dan masa. Hasil analisis data mendapati bahawa “Teknik Jalinan Cerita” dapat membantu pelajar menguasai kata majmuk bentuk mantap selain menambah baik amalan pengajaran danpembelajaran guru. Walau bagaimanapun, mereka lupa akan kata majmuk tersebut apabila diuji setelah tiga bulan. Oleh itu, kajian ini bercadang untuk memasukkan elemen latih tubi terhadap “Teknik Jalinan Cerita” ini pada masa akan datang ke..... 681 hits |
| 8033 | 2019 Article | Pelaksanaan pendidikan perpaduan menerusi teks KOMSAS dalam kalangan pelajar tingkatan dua Chew, Fong Peng Sentimen perpaduan di negara berbilang kaum seperti di Malaysia seringkali menjadi isu yang perlu diambil berat. Dalam konteks negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama, integrasi kaum dijadikan elemen penting dan tonggak asas dalam kestabilan negara. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pelaksanaan pendidikan sastera menerusi teks Komsas mampu memupuk perpaduan pelajar sekolah menengah bawah di Merlimau, Melaka. Teori Weiner (1965) diaplikasikan dalam kajian ini untuk menilai pelaksanaan pendidikan teks Komsas tersebut. Soal selidik digunakan instrumen kajian untuk mengutip data daripada 103 orang pelajar Tingkatan Dua yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi kaum dan pendapatan keluarga/SES. Dapatan kajian secara analisis deskriptif memperlihatkan bahawa buku teks Komsas tidak menggambarkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Walaupun guru bersungguh-sungguh menarik minat pelajar, namun para pelajar masih tidak berminat dalam pembel..... 2691 hits |
| 8034 | 2019 Article | Penggunaan kiasan dalam plot konflik filem: Satu analisis pragmatic Aminnudin Saimon Bahasa kiasan merupakan satu bentuk bahasa yang diungkapkan bagi mengindahkan sesuatu perkara yang kurang elok atau mempunyai niat yang tidak elok. Pengungkapan bahasa kiasan dalam konflik ini mempunyai pelbagai tujuan, antaranya mengungkapkan ketidakpuasan hati, kekecewaan dan perkelahian. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa kiasan dalam plot konflik menggunakan pendekatan pragmatik. Data diperoleh menerusi filem Melayu yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad, iaitu Lanchang Kuning, Semerah Padi, Hang Jebat dan Seri Mersing. Hasil kajian mendapati bahasa kiasan banyak diungkapkan dalam plot konflik bagi menyatakan kekecewaan, perkelahian dan ketidakpuasan hati. Kajian ini juga membuktikan bahawa pengungkapan bahasa kiasan dapat difahami oleh komunikator berdasarkan pendekatan teori pragmatik. Kesimpulannya, penelitian terhadap bahasa dalam filem telah dapat menyerlahkan keperibadian, akal budi positif atau negatif dan kekreatifan masyarakat Melayu dala..... 819 hits |
| 8035 | 2019 Article | Prinsip kehadiran dalam novel-novel Jong Chian Lai: analisis teksdealisme Sara Beden Pembaharuan atau inovasi sentiasa dilakukan oleh pengarang yang prolifik dalam berkarya dengan menghadirkan pelbagai sumber dan idea untuk meletakkan teks ciptaannya mencapai tahap keunggulan. Justeru, kepelbagaian dan kesegaran sumber menjadi keutamaan seseorang pengarang dalam berkarya. Jong Chian Lai sebagai penulis yang prolifik di Sarawak sedar akan kepentingan melakukan pembaharuan dalam menghadirkan sumber dan idea yang baharu dalam teks-teks ciptaannya. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis prinsip kehadiran dalam tiga buah novel karya Jong Chian Lai berdasarkan teori Teksdealisme. Teori Teksdealisme mengandungi empat prinsip yang dapat digunakan untuk mengukur tahap kualiti kepengarangan seseorang pengarang. Kajian ini hanya mengaplikasikan prinsip kehadiran untuk menganalisis novel Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga (1986), Pemberontakan (1994) dan Ensera Marga Timur dari St Anthony (2009). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. H..... 743 hits |
| 8036 | 2019 Article | Strategi berekod berterus-terang dalam kritikan Indirawati Zahid Strategi berterus-terang ialah strategi yang tidak taksa. Ujaran kritikan lazimnya mengaplikasikan strategi ini. Sehubungan itu analisis ujaran kritikan juri telah dilakukan dengan dua objektif, iaitu mengklasifikasikan strategi berterus terang; dan membincangkan hubungan strategi dan air muka. Antara metod yang diaplikasi ialah muat turun dan analisis teks. Dapatan analisis memperlihatkan kritikan juri dibahagikan kepada dua, iaitu dengan fakta umum dan spesifik. Fakta umum dirujuk sebagai situasi tanpa gangguan semantik manakala sebaliknya fakta spesifik. Penggunaan strategi ini didapati tidak menjejaskan air muka kerana faktor jarak, kuasa dan pemeringkatan budaya dalam konteks kritikan. Ringkasnya, masyarakat perlu memahami peranan dan tanggung jawab juri semasa melakukan kritikan... 816 hits |
| 8037 | 2019 Article | Emoji dan ekspresi emosi dalam kalangan komuniti siber Norwati Mohd Zain Kajian mengenai penggunaan emoji sebagai salah satu bentuk ekspresi emosi sebelum ini sangat terikat dengan pengkategorian emoji berasaskan ciri yang tipikal seperti persamaan dari segi makna, fungsi dan nilai. Kajian ini menjelaskan pemahaman makna penggunaan emoji yang mengiringi ekspresi emosi [marah] dalam rangkaian media sosial khususnya melalui www.facebook.com. Pemahaman makna penggunaan emoji yang mengiringi ekspresi emosi marah dianalisis berpandukan pendekatan disiplin linguistik korpus. Hasil analisis menunjukkan penggunaan emoji yang mengiringi ekspresi emosi [marah] telah membentuk konsep makna marah seperti [meluat], [mengamuk], [benci], [takut], peristiwa dan tindakan. Kajian ini diyakini mampu memperjelaskan fenomena penggunaan bentuk visual emoji, reaksi wajah dan ekspresi emosi [marah] dalam kalangan komuniti siber.
.. 1297 hits |
| 8038 | 2019 Article | Beriman kepada Allah SWT sebagai fitrah manusia dalam skrip drama ‘Tiang Seri Tegak Berlima karya Noordin Hassan Intan Zahariah Gaisun Model teater fitrah merupakan satu kerangka dalam menentukan fitrah sesebuah teater. Dalam hal ini, model teater fitrah merupakan acuan daripada prinsip teater fitrah yang dikemukakan Noordin Hassan. Ironinya, model teater fitrah merupakan satu model yang telah dikembangkan bersandarkan kepada prinsip teater fitrah. Walau bagaimanapun, kedua-duanya (model dan prinsip) tetap menyalurkan konsep pementasan yang jitu berasaskan agama Islam. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan mengaplikasikan model teater fitrah terhadap drama “Tiang Seri Tegak Berlima” karya Noordin Hassan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melihat berdasarkan kepada prinsip yang pertama sahaja iaitu beriman kepada Allah SWT dengan melihat watak dan perwatakan yang terdapat dalam skrip drama tersebut. Berdasarkan kajian lepas, kajian mengenai teater fitrah banyak dilakukan terhadap teater Noordin Hassan selepas munculnya konsep teater fitrah. Kebanyakannya menyentuh soal konsep teater fitrah tanpa mengaitkan d..... 942 hits |
| 8039 | 2019 Article | The integration of supply chain coordination in higher education supply chain framework Wahama, Mohammed Ahmed The purpose of this conceptual paper is to develop the education supply chain framework by integrating the supply chain coordination dimensions that are information sharing, commitment, joint decision making and responsiveness. A qualitative framework analysis methodology proposed by Srivastava and Thomson (2009) will be performed by interviewing seven groups of supply chain actors (schools/polytechnics, university, employers, government, professional bodies, current students and alumni) until data saturation is reached to understand the participants’ experiences about supply chain coordination. The interview data will be analysed by using thematic analysis and emerging themes will help to explain the education supply chain framework from supply chain coordination perspectives. In education supply chain context, this is the first attempt to embed the selected supply chain coordination dimensions in the existing framework. Education supply chain actors could benefit from this framewor..... 1224 hits |
| 8040 | 2019 Article | Spending profiles of Sultan Idris Education University undergraduates: a CHAID-based segmentation Khalizul Khalida Issues on college students spending behaviour have been studied numerous times due to improper use of education funds. Various studies examined determinant factors for this misbehaviour in order to understand, identify and recommend ways to educate these future generations. Some documented relationships between financial behaviours and financial literacy, money beliefs and socialization agents. This study walks the same path but focuses on spending behaviour rather than financial behaviour and examines its association with determinant factors by means segmentation analysis. The aim of the study is to profile Sultan Idris Education University undergraduates’ according to their spending using a decision tree analysis procedure called Chisquared Automatic Interaction Detector (CHAID). CHAID generates predictive tree models by segmenting based on predictor variables which include demographic characteristics, program of study related traits and funding aspects that were utilized to profil..... 971 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 804 of 1198 | [ Next ] [ Last ] |