UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | matematik | Komunikasi | |
Perpustakaan Tuanku Bainun | Kurikulum | addie | ismail man | PENDIDIKAN ISLAM |
|
Latest addition to the database : |
8151 | 2009 thesis | Pengaruh segmen persekitaran terhadap kecemerlangan akademik Amir Kamarudin Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan dan hubungan pengaruh segmen persekitaran yang berkaitan dengan ciri-ciri penglibatan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, peranan guru, pengurusan sekolah, keberkesanan tuisyen, tahap sosio ekonomi, keputusan peperiksaan dan harga diri terhadap kecemerlangan pencapaian akademik. Bagi mencapai hasrat ini, set-set soalan soal selidik telah dibentuk dan diedarkan bertujuan untuk mengutip data. Item-item yang digunakan dalam instrumen adalah berasaskan kepada Skala Likert bermata Lima. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 120 orang murid-murid sekolah rendah Tahun Lima dan Tahun Enam sebagai responden di enam buah sekolah yang terletak di Daerah Hilir Perak. Keputusan analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kesemua segmen persekitaran terhadap kecemerlangan akademik. Ini dapat dilihat daripada hasil keputusan korelasi yang signifikan bagi setiap pembolehubah bebas dimana pengaruh rakan sebaya (r = 0.191), pen..... 955 hits |
8152 | 2008 thesis | Pengaruh persekitaran terhadap penguasaan struktur ayat Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah Nurfarah Lo Abdullah Kajian ini meneliti pengaruh persekitaran terhadap penguasaan struktur ayat bahasa Melayu (SABM) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tujuan kajian ini secara umum untuk meninjau SABM dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, manakala secara khusus, kajian ini menyelidiki pengaruh persekitaran terhadap penguasaan SABM dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian berbentuk deskriptif dan melibatkan kajian kes serta tinjauan. Kajian kes tertumpu pada satu kes tetapi menggunakan pelbagai lokasi, manakala kaedah tinjauan pula untuk mendapatkan data kuantitatif bagi mengenal pasti hubungan antara tahap pelajaran ibu, faktor persekitaran fizikal dan faktor peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan SABM kanak-kanak. Tiga kaedah utama digunakan, iaitu kaedah pemerhatian, kaedah rakaman dan kaedah soal selidik. Kaedah pemerhatian dan kaedah rakaman dijalankan serentak dari awal hingga akhir proses pengumpulan data. Kaedah soal selidik pula digunakan pada awal kerja penyelidikan...... 863 hits |
8153 | 2016 thesis | Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri Siti Norafizan Jalaluddin Kajian ini bertujuan membina model struktural pembelajaran biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri. Kajian ini turut mengenalpasti hubungan serta menguji kewujudan faktor perantara antara pemboleh ubah yang menjadi fokus kajian. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 442 responden, dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar biologi tingkatan empat di negeri Selangor. Data dipungut menggunakan soal selidik pelaporan-kendiri bagi mengukur konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan tanggapan prestasi. Manakala pencapaian pelajar diukur berdasarkan markah peperiksaan pertengahan tahun biologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan pencapaian biologi pelajar berada pada aras sederhana. Semua konstruk yang terlibat, kecuali tanggapan prestasi, didapati mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Model yang dibina dapat disuaikan secara signifi..... 975 hits |
8154 | 2016 thesis | Pembinaan dan penilaian instrumen kesedaran kimia hijau pelajar sekolah menengah Badrulhisham Ahmat Kajian ini bertujuan membangun dan mengesahkan Instrumen Kesedaran Kimia Hijau (IKKH) bagi mengumpul maklumat kesedaran kimia hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Pendekatan kuantitatif digunakan dan melibatkan pelajar yang mengambil mata pelajaran kimia tingkatan empat. Seramai 700 responden terlibat dalam fasa I dan 500 responden dalam fasa II. Kajian juga menilai kesedaran kimia hijau pelajar menggunakan IKKH yang telah dibina. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan analisis faktor penerokaan (AFP) dan analisis faktor pengesahan (AFS). Dapatan kajian menunjukkan IKKH yang dibangunkan mempunyai nilai indeks kesahan kandungan (IKK) yang tinggi iaitu 0.92. Hasil daripada analisis AFP fasa I dan fasa II menunjukkan terdapat empat konstruk yang diekstrak iaitu pengetahuan, sikap, nilai dan kesedaran terhadap kimia hijau mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai Cronbach alpha melebihi 0.7. Hasil analisis AFS fasa II pula menunjukkan kesepadanan yang baik..... 663 hits |
8155 | 2016 thesis | Pembinaan dan penentusahan instrumen ujian kemahiran proses sains bersepadu sekolah rendah Salasiah Zainuddin Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah. Instrumen ini sesuai untuk menilai tahap penguasaan murid-murid tahap dua sekolah rendah, iaitu murid tahun 4 hingga 6 berumur 10 hingga 12 tahun di Malaysia dalam kemahiran proses sains bersepadu. Pelaksanaan kajian meliputi dua fasa, iaitu fasa pembinaan alat pengukuran yang dinamakan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah dan fasa analisis psikometrik. Fasa pembinaan instrumen melibatkan lima langkah, iaitu mengenal pasti objektif instrumen, menentukan spesifikasi ujian, membina jadual spesifikasi instrumen, menulis item, dan menyemak item bersama pakar. Fasa analisis psikometrik melibatkan analisis dapatan ujian. Seramai 1097 murid daripada 8 buah sekolah kategori sekolah bandar dan luar bandar yang berbeza pencapaian akademik telah mengambil bahagian dalam ujian ini. Ujian pertama melibatkan 581 orang murid. Jumlah skor ujian yang diperolehi ialah di antara 7 ..... 1133 hits |
8156 | 2016 thesis | Microrheological measurement of cellulose solutions using a single particle tracking Riyanto,Sugeng The aim of the research was to develop microrheological measurement system to determine the alpha apparent (aapp ) and the complex shear modulus (G*(@) of microcrystalline cellulose (MCC) solutions based on a single particle tracking technique using video microscopy (VM). A micron sized particle acting as a probe in cellulose solution was tracked by a freeware called Tracker. The temporal displacement of the particle was recorded and analyzed in spectrum domain using custom-made program using MATLAB. Videos were recorded at about 30 fps depending on the recording setting resulted in output of radial frequency range from 0.4 rad/s to 10 rad/s. The results from the local measurement in cellulose solutions were compared with the bulk measurement using rheometer. Since the solution is a kind of nonhomogeneous complex material, which contained long chain fiber, the measurements were dependent on the local position of the probe in the solution. To conclude, the microrheological measurement s..... 562 hits |
8157 | 2016 thesis | Konstruk instrumen penilaian efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani Abdul Rahim Dumpok Kajian ini bertujuan menghasilkan instrumen dan menilai tahap efikasi kendiri guru Pendidikan Jasmani (PJ) sekolah menengah dan mengetahui faktor-faktor persekitaran yang mempunyai perkaitan dengan tahap efikasi kendiri mereka. Kajian adalah berbentuk tinjauan. Tiga lokasi dipilih secara rawak iaitu daerah Petaling Utama bagi kategori bandar manakala daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam bagi kategori luar bandar. Sampel kajian ialah 307 orang guru PJ. Data dipungut menggunakan instrumen soal selidik Teachers Sense of Efficacy Scale (TSES) yang diubahsuai. Kesahan bahasa instrumen soal selidik diperoleh dengan merujuk kepada pakar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala pakar bidang dirujuk untuk mendapatkan kesahan kandungan item soal selidik. Kajian rintis dijalankan terhadap 108 orang guru PJ di daerah Kinta Utara, Perak sebelum kajian sebenar bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Analisis Cronbach Alpha digunakan untuk mendapatkan kebolehpercayaan..... 1281 hits |
8158 | 2016 thesis | Konsep kendiri lelaki lembut melalui penerokaan teknik lukisan projektif Mohd Radhi Abu Shahim Kajian ini adalah bertujuan untuk memahami konsep kendiri lelaki lembut melalui penerokaan teknik lukisan projektif elemen Rumah, Pokok, Orang (RPO). Seramai empat puluh orang peserta kajian dari salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang terdiri daripada dua puluh orang sampel kajian lelaki lembut dan dua puluh orang sampel kawalan yang dipilih secara rawak telah dikenalpasti. Kaedah pemerhatian digunakan berdasarkan lapan kriteria yang telah diguna pakai dalam kajian lepas untuk memilih peserta kajian lelaki lembut, manakala pentafsiran lukisan projektif elemen Rumah, Pokok, Orang (RPO) berdasarkan buku manual panduan Kinetic-House-Tree-Person Drawing dan Personality Projection in The Drawing of Human Figure. Analisis berdasarkan pentafsiran simbol-simbol lukisan yang terdapat pada struktur dan bentuk elemen gambar Rumah, Pokok, Orang (RPO). Dapatan kajian mendapati bahawa lukisan projektif elemen Rumah, Pokok, Orang (RPO) dapat merungkai konsep kendiri lelaki lembut dan konse..... 560 hits |
8159 | 2013 thesis | Kebudayaan Jawa : Perubahan sosiobudaya keluarga tenaga kerja Indonesia asal Jawa Tengah di Malaysia Mujiyono, Bambang Indiatmoko Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meneroka peranan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang sudah berkahwin mahupun belum terhadap keluarga, mengetahui fungsi ekonomi, sosial-budaya, pendidikan, dan agama pada keluarga, dan seterusnya ingin mengetahui impak perhubungan kekeluargaan dalam keluarga besar TKI. Kekurangan peluang pekerjaan, keengganan hidup bertani, dan keinginan hidup gaya moden telah memberikan impak kepada generasi muda Jawa. Generasi ini melakukan penghijrahan ke luar daerah, bahkan keluar negeri untuk menjadi pekerja. Salah satu tempat pilihan para pencari kerja ke luar negeri ialah Malaysia. Para pencari kerja tersebut dinamakan Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Keputusan menjadi TKI di Malaysia menimbulkan berbagai-bagai kes. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan metod pengumpulan data temu bual, amatan, dan dokumentasi. Sementara analisis data menggunakan analisis deskriptif dan analisis eksplanatori dengan pendekatan teori struktural fungsional. Hasil ..... 773 hits |
8160 | 2008 thesis | Keberkesanan pembelajaran dalam talian dan kesannya terhadap kepuasan belajar pencapaian pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh Zain Hazmi Zain Baharin Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian ke atas pencapaian pelajar serta tahap kepuasan belajar mereka. Di samping itu, penyelidik juga menilai tahap kualiti pembelajaran dalam talian “MyClass Online” yang digunakan sama ada ianya setanding dengan piawaian antarabangsa DOVILES. Reka bentuk kajian adalah Percubaan Ujian-Pra dan Pasca dengan Kumpulan Kawalan ke atas 81 subjek yang dipilih secara rawak daripada 123 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPGM Kampus Ipoh. Seramai 41 orang daripada subjek tersebut telah dipilih secara rawak untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kursus Kemahiran Generik: Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara dalam talian. Pencapaian pelajar diukur melalui skor ujian pra dan ujian pasca, manakala tahap kepuasan belajar diukur melalui respons subjek terhadap soal selidik tahap kepuasan belajar. Tahap kualiti pembelajaran dalam talian pula diukur melalui respons pelajar terhadap ..... 1674 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 816 of 977 | [ Next ] [ Last ] |