UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan matematik Komunikasi
Perpustakaan Tuanku Bainun Kurikulum addie ismail man Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
81912016
thesis
The effects of blended learning in the teaching of English through short story among secondary school students
Siti Khadijah Mohd Arrif
This study was conducted to determine the effectiveness of blended learning within academic achievements, motivation and learner autonomy constructs. The scope of this study is meant for the teaching of English through short story. A quasiexperimental study was conducted among 116 samples and two different teaching pedagogies were utilized; a blended learning classroom for the treatment groups and conventional learning classroom for the control groups. The data for students’ academic achievement were collected from a post-test conducted. Whereas, data for motivation and learner autonomy were collected through sets of questionnaires adapted from preceding literatures. The differences subsist between the two groups were then analysed using the t-test. The findings revealed that there was no significant difference in the academic achievements. However, there were positive effects both on learner autonomy and student’s motivation constructs in blended learning compared to conventional .....

888 hits

81922015
thesis
Kepatuhan proses gadaian dalam sistem Ar-Rahnu di Malaysia
Nurul Huda Md Yusuff
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses lengkap bagi gadaian sehingga lelongan bagi tiga pelopor utama sistem ar-rahnu di Malaysia iaitu Bank Rakyat, YaPEIM dan MAIDAM. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti kepatuhan terhadap manual gadaian dalam amalan operasi tiga institusi ar-Rahnu tersebut. Kaedah kualitatif menggunakan soalan temu bual separa struktur dan berstruktur dilaksanakan melibatkan pengusaha pajak gadai dan penggadai. Seramai tiga orang pegawai bertugas dan sepuluh orang penggadai terlibat dalam kajian ini. Terdapat sebelas aspek kepatuhan dianalisis iaitu penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, timbang dan uji barang gadaian, nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, tempoh gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, pengembalian barang, pelanjutan tempoh, surat akuan gadaian baharu, pengedaran notis, dan pemulangan lebihan hasil lelongan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepatuhan proses penggunaan kad pengenalan dan sur.....

1563 hits

81932015
thesis
Hubungan faktor pendidikan dan persekitaran dengan aspirasi kerjaya perakaunan dalam kalangan pelajar di negeri Pahang
Rosmaizah Kamaruddin
Kajian ini merupakan kajian tinjauan secara kuantitatif yang bertujuan untuk melihat hubungan faktor pendidikan dan persekitaran terhadap aspirasi kerjaya Perakaunan dalam kalangan pelajar di negeri Pahang. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 364 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan daripada sembilan buah sekolah di negeri Pahang. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min manakala bagi statistik inferensi ujian yang digunakan ialah ujian ANOVA, korelasi Pearson dan Regresi pelbagai. Hasil analisis mendapati tahap aspirasi kerjaya perakaunan dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana. Hasil analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor sosio ekonomi keluarga dengan aspirasi kerjaya Perakaunan, terdapat hubungan positif yang signifikan di antara sikap, kualiti pengajaran, persekitaran rumah, rakan sebaya dan media massa dengan as.....

560 hits

81942015
thesis
Hubungan keseimbangan antara pasaran Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia
Yusni Anis Yusuf
Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan keseimbangan antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti bentuk arah hubungan penyebab antara pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs) dan pemboleh ubah makroekonomi. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR). Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) pula, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka .....

588 hits

81952015
thesis
Hubungan amalan komuniti pembelajaran profesional dengan pencapalan murid sekolah-sekolah rendah daerah Batang Padang
Noor Hidayah Hanapi
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dan hubungannya dengan pencapaian murid sekolah-sekolah rendah daerah Batang Padang. Seramai 277 orang guru dari 13 buah sekolah berprestasi tinggi dan 9 buah sekolah berprestasi rendah telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan rrienggunakan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Hord (1997) dan Huffman dan Hipp (2003). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian statistik dengan menggunakan aplikasi statistik ujiant dan korelasi Pearson. Ujian-r digunakan untuk menguji sarna ada wujud atau tidak perbezaan amalan komuniti pembelajaran profesional antara sekolah berprestasi tinggi dan berprestasi rendah. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan antara amalan komuniti pembelajaran profesional dengan pencapaian murid sekolah rendah daerah Batang Padang. Hasil dapatan kajian menunjukkan amalan kelima-lima dimensi komuniti pembelaj.....

1330 hits

81962015
thesis
Penerokaan potensi penceritaan digital terhadap motivasi pelajar sekolah rendah luar bandar dalam pembelajaran bahasa Inggeris
Amjad Anas Abd Malek
Kajian ini meneroka potensi penggunaan penceritaan digital atau digital storytelling (DST) di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dari perspektif murid luar bandar sekolah rendah di SK Sungai Galah, Perak. Sebuah video telah dihasilkan oleh penyelidik yang diadaptasikan dari buku cerita yang bertajuk "Tidy Your Room, Tanya!". Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui pemerhatian di dalam bilik darjah dan makmal computer terhadap 19 orang murid, analisis bahan untuk memilih peserta kumpulan fokus dan menemubual 10 orang pelajar dalam kumpulan fokus bagi mengumpul data. Pendekatan naratif dan intepretatif telah digunakan bagi menganalisa data tersebut. Kajian ini telah berjaya mengenal pasti tiga tema utama iaitu; motivasi, pembelajaran dan potensi. DST telah dilihat sebagai bahan yang berpotensi untuk membantu menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris di sekolah rendah..

3353 hits

81972015
thesis
Hubungan antara perkembangan metakognitif dengan pencapaian motivasi, sikap belajar dan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Wan Sharifah Laili Mohamad Nawawi
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara tahap-tahap metakognitif terhadap motivasi pencapaian, sikap belajar terhadap Matematik dan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, data dikumpulkan melalui soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada dua ratus tujuh puluh lima (275) pelajar yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Analisis inferensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metakognitif secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik, motivasi pencapaian dan sikap terhadap Matematik. Metakognitif tahap tinggi dan tahap rendah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik dan sikap belajar Matematik tetapi menunjukkan hubungan yang tidak signifikan dengan pencapaian motivasi.Oleh itu pelajar yang mempunyai tahap metakognitif yang tinggi akan menunjukkan hubungan positif dengan pencapai.....

2184 hits

81982015
thesis
Kajian kes tahap perapatan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah
Syarifah Ratna Sari Syed Mohd Zain
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap perapatan yang wujud antara guru dengan kanak-kanak di prasekolah dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti bukan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada analisis rekod naratif, Borang Skema Pemerhatian Perapatan Guru-kanak-kanak (BSPP), dan Rubrik Tahap Perapatan dan Tahap Rasa Selamat (RTP-TRS) yang digubal oleh pengkaji. Kajian ini telah dijalankan di sebuah tadika di Daerah Bidor, melibatkan 41 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan tiga orang guru. Kesemuanya, sembilan pemerhatian telah dilakukan dan dirakamkan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keakraban guru dengan majority kanak-kanak adalah pada tahap 0 dan 1, yang bermaksud tiada perapatan atau perapatan adalah tidak akrab. Hanya segelintir kanak-kanak yang mempunyai perapatan tahap 2 dan 3, iaitu hubungan ikatan perapatan yang lebih akrab. Menggunakan rubrik RTP-TRS, didapati tahap rasa selamat yang dialami oleh kanak-kanak di pras.....

1469 hits

81992015
thesis
Kesan pembelajaran secara mobil terhadap minat dan motivasi pelajar jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi
Norhafiza Jamaluddin
Kajian ini mengkaji kesan pembelajaran secara mobil (PsM) terhadap minat dan motivasi pelajar pendidikan jarak jauh bagi kursus Pengantar Ekonomi di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Reka bentuk eksperimen kuasi dipilih berdasarkan teknik praujian dan pascaujian. Seramai 102 responden telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen (52 orang) dan kumpulan kawalan (50 orang). Pelajar dalam kumpulan eksperimen didedahkan dengan kaedah Pembelajaran secara Mobil (PsM) manakala pelajar dalam kumpulan kawalan didedahkan dengan Pembelajaran menerusi Portal (PmP). Dua set soalan iaitu pra dan pascaujian telah diedarkan kepada kedua-dua kumpulan. Kesan PsM dan PmP ke atas minat pelajar dianalisis menggunakan MANCOVA, ANCOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah PsM adalah berkesan dalam meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran berbanding kaedah PmP dalam kursus tersebut. Sebaliknya, PsM dan PmP tidak mempunyai hubungan signif.....

993 hits

82002015
thesis
Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru kelas khas kemahlran membaca dan menghafaz al-Quran (KKQ) di Lembah Klang
Jahidih Saili
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogikal kandungan bagi pengajaran tajwid al-Quran dalam kalangan guru KKQ di Lembah Klang. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data kajian diperoleh dengan menggunakan sebuah instrumen soal selidik. Seramai 43 orang guru KKQ terlibat dalam 'cajian ini. Kesahan data ditentukan dengan menubuhkan panel rujukan pakar. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi tintuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA. Melalui kajian rintis yang dijalankan, kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan alfa Cronbach didapati berada pada tahap tinggi iaitu >0.80. Secara keseluruhannya, guru KKQ mempunyai tahap pengetahuan pedagogikal kandungan yang tinggi dalam kelima-lima elemen pengetahuan pedagogikal kandungan pengajaran tajwid al-Quran iaitu elemen pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan terhadap pelajar, pengetahuan kurikulum dan kemahiran al-Qura.....

1285 hits

[ First ] [ Prev ] Page 820 of 977 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.