UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | matematik | Komunikasi | |
Perpustakaan Tuanku Bainun | Kurikulum | addie | Abdul Halim Ali | Omar Ani |
|
Latest addition to the database : |
8201 | 2015 thesis | Kajian perbandingan antara realiti dengan persepsi tentang pengurusan bekalan air di Kelantan Koh, Liew See Kajian ini bertujuan untuk menilai pengurusan sistem bekalan air di Kelantan dengan membandingkan situasi realiti pengurusan sistem bekalan air dalam aspek kualiti, kuantiti dan mutu perkhidmatan bekalan air dengan persepsi yang dilontarkan oleh pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna Air Kelantan Sendiri Berhad. Kajian ini menggunakan kajian gabungan yang melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analisis kuantitatif yang telah digunakan adalah peratusan, pola perubahan, min, sisihan piawai, persentil, analisis Z statistik dan analisis X2, manakala kaedah analisis kualitatif yang telah digunakan adalah analisis kandungan dan analisis perbandingan. Hasil analisis menunjukkan kualiti bekalan air di Kelantan adalah setaraf dengan negeri-negeri lain bagi semua parameter kecuali kekeruhan; kuantiti bekalan air adalah mencukupi dan mutu perkhidmatan bekalan air adalah baik. Elemen persepsi pihak media, rakyat Kelantan dan pengguna mengandungi empat kategori iaitu bekalan air ad..... 1068 hits |
8202 | 2015 thesis | Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran algebra tingkatan empat Low, Chai Peng Kajian ini bertujuan membina instrumen penilaian murid tingkatan 4 bagi pembelajaran algebra dalam Matematik dan Matematik Tambahan. Topik-topik yang dikaji bagi subjek Matematik adalah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dan Garis Lurus. Manakala bagi subjek Matematik Tambahan, topik-topik yang dikaji adalah Fungsi, Persamaan Kuadratik, Fungsi Kuadratik, Persamaan Serentak dan Indeks dan Logaritma. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur telah mengenal pasti lima konstruk, iaitu minat, gaya pembelajaran, pengetahuan asas menengah rendah, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan isi kandungan algebra. Dapatan daripada kajian rintis pula adalah kesahan kandungan instrumen oleh lima orang pakar iaitu guru yang berpengalaman dalam mengajar Matematik dan Matematik Tambahan serta pensyarah universiti. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan item dalam instrumen ialah 0..... 1857 hits |
8203 | 2015 thesis | Pengendalian kata ganda dalam kamus dewan dan kamus besar bahasa Indonesia suatu kajian perbandingan Ibrahim Ahmad Kajian yang menggunakan pendekatan deskriptif perbandingan ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan pengendalian kata ganda antara KD dengan KBBL Kajian secara interteks ini memilih KD dan KBBI atas dasar peranannya sebagai sebuah kamus ekabahasa berwibawa yang menjadi pegangan dan rujukan utama dari aspek kebahasaan dan kosa kata. Kajian ini memberi fokus kepada dua aspek penting iaitu status masukan dan pemerian makna. Status masukan meliputi taraf kata ganda dalam karnus sarna ada bersifat lema, prakategori, sublema, rangkai kata, variasi,polisemi, dan rujuk silang. Ini termasuklah pola setara dan tidak setara yang wujud dalam kata dan terbitan kata yang mengalami penggandaan serta pengertian longgar tentang status kata ganda yang dikacaukan sebagai gabungan kata atau kata majmuk dalam kamus. Pemerian makna pula mencakup butir-butir semantik yang melatari kata ganda tersebut sama ada membawa makna leksikal atau makna nahuan. Aspek pemerian makna ini menampilkan bebe..... 664 hits |
8204 | 2015 thesis | Kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah Ruzaini Rani Kajian bertujuan mengkaji kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 171 guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik di dalam program LINUS. Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang meliputi aspek demografi guru, pengetahuan guru, kemahiran guru, sikap guru, penggunaan modul LINUS dan masalah-masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan program LINUS. Analisis data dibuat secara deskriptif menggunakan min, analisis korelasi Pearson dan ANOVA Satu Hala. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan, tahap sikap dan penggunaan modul LINUS berada pada tahap yang tinggi. Manakala tahap kemahiran guru berada pada tahap sederhana. Cabaran utarna yang dihadapi guru dalam program LINUS adalah jumlah murid yang ramai menyebabkan proses pembelajaran sukar dilaksanakan. ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan dan sikap guru berdasarkan pengalaman mengajar; tidak terdapat perbezaan..... 1012 hits |
8205 | 2015 thesis | Analisis penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan Siti Fazidah Mat Yaacob Kajian ini bertujuan mengenal pasti penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 359 orang pelajar dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains pelajar adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan serta norma dan nilai kerohanian berdasarkan aliran. Di samping itu, terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains berdasarkan lokasi sekolah. Manakala dari segi aliran terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains, sikap terhadap inkuiri saintifik, amalan sikap saintifik, keseronokan pembelajaran sains, minat terhadap sains dan kerjaya dalam sains. Selain itu, terdapat kesan interaksi..... 904 hits |
8206 | 2015 thesis | Perkembangan pembelajaran kanak-kanak perkembangan lewat global Rusmarini Awang Kajian ini bertujuan untuk meninjau perkembangan seorang kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan lewat global daripada aspek sejarah perkembangan sebelum dan selepas kelahiran. Faktor yang diberi fokus meliputi perkembangan kognitif, sosio-emosi, fizikal serta bahasa dan komunikasi. Kajian juga cuba mengenal pasti faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak serta usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dan guru untuk mempertingkatkan keupayaan kanak-kanak tersebut. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Proses pengumpulan data mengambil masa selama lima bulan bermula daripada Jun sehingga November 2012. Subjek kajian merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak ini mempunyai tahap perkembangan kognitif, sosial dan emosi, fizikal dan bahasa dan komunikasi yang terbatas berb..... 712 hits |
8207 | 2015 thesis | Analisis kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat Zainudin Abdul Razak Kajian ini bertujuan menganalisis tahap penguasaan kemahiran proses sains, tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar kirnia tingkatan empat di daerah Bachok, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 296 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menengah. Dua set soal selidik dan satu set ujian digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal adalah tinggi, manakala penguasaan kemahiran proses sains adalah di tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman kemahiran manipulatif antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran proses sains berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat korelasi positif yang sederhana antara ta..... 913 hits |
8208 | 2015 thesis | Kesan guna tanah terhadap kualiti air tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak Nurhamizah Shaharudin Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status kualiti air tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak ekoran daripada kesan aktiviti guna tanah di kawasan sublembangan sungai. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif di lapangan menerusi pencerapan sampel air tasik, soal selidik dan analisis pemetaan corak guna tanah. Penilaian status kualiti air melibatkan pengukuran DO, pH, BOD, COD, SS, dan NH3N di 22 buah stesen yang telah ditetapkan. Parameter bakteria E.coli dan logam berat seperti Zn, Mg, Cd, Pb, Hg, Cu dan juga Fe turut dicerap.Kesemua parameter ini dibandingkan dengan Standard Kualiti Air Kebangsaan untuk Malaysia dan juga dibandingkan dengan garis panduan kualiti air minuman untuk menilai tahap kualiti air tasik. Pencerapan kualiti air dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mei 2013 dan juga pada bulan Mac 2014. Seramai 389 orang pengunjung telah dipilih sebagai sampel bagi mendapatkan pandangan mereka tentang tahap kualiti air tasik. Aplikasi Sistem Maklu..... 942 hits |
8209 | 2012 thesis | Pembinaan dan pengesahan instrumen kemahiran proses sains untuk sekolah menengah atas Mohd Al-Junaidi Mohamad Tujuan kajian ini ialah membina dan mengesahkan ujian aneka pilihan yang dinamakan Basic and Integrated Process Skills (BIPS) Test bagi mengukur penguasaan kemahiran proses sains (KPS) untuk pelajar sekolah menengah atas. Berpandukan indikator-indikator KPS yang terkandung dalam kurikulum sains Malaysia, instrumen BIPS Test dibina dan disahkan untuk mengukur 7 KPS asas dan 5 KPS bersepadu. Kajian ini merupakan kajian tinjauan kuantitatif yang terdiri daripada dua fasa. Fasa pertama ialah pembinaan item aneka pilihan yang mana itemitem ditulis berdasarkan objektif item. Kesahan kandungan, kesahan muka dan keobjektifan jawapan ditentukan secara kualitatif oleh panel pakar. Seterusnya, item item diuji dalam ujian rintis dengan jumlah sampel 104 pelajar tingkatan 4 yang mewakili kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah dari sekolah luar bandar dan sekolah bandar. Item-item kemudiannya dianalisis secara kuantitatif bagi menghasilkan instrumen BIPS Test yang mengandungi 60 item. Secara spesif..... 827 hits |
8210 | 2015 thesis | Nilai kemanusiaan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan dari perspektif teori moral Latha Murugusu Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai kemanusiaan, menganalisis unsur pengajaran, dan meneliti aspek kesan terhadap watak dan perwatakan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan yang akan dikaji ialah Thavathin Valimai, Thi:pangkal:, dan Mu.Anpucelvan Citukathaikal: yang berjumlah empat belas buah cerpen. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta teori Moral digunakan untuk mengkaji kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat lapan nilai kemanusiaan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Antara lapan nilai kemanusiaan, sebanyak empat buah cerpen mempunyai nilai keinsafan, tiga buah cerpen ada mengandungi nilai pengorbanan dan dua buah cerpen mempunyai nilai kasih sayang. Nilai tanggungjawab, nilai pemurah, nilai ketaatan, nilai membantu dan nilai bermaruah hanya ada pada sebuah cerpen. Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kumpulan cerpen ini membawa mesej yang mendalam bagi membina sahsiah diri..... 753 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 821 of 977 | [ Next ] [ Last ] |