UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN Komunikasi addie ismail man
Kurikulum PENDIDIKAN ISLAM Goh swee Choo Ahmad Hashim M K Ahmad

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
88312001
conference_item
Manuskrip negeri Pahang : membicarakan tokoh pengarang & penyalin
Harun Jelani,
Budaya penulisan manuskrip yang muncul dan berkembang di Alam Melayu sekitar abad ke-14 hingga abad ke-19 meninggalkan sejumlah khazanah persuratan Melayu yang kaya dengan pelbagai maklumat tentang sejarah perkembangan tamadun bangsa Melayu. Daripada manuskrip-manuskrip tersebut tergambar corak sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun hingga ke hari ini. Sebahagian daripada manuskrip berkenaan telah pun menjadi bahan kajian para sarjana pengajian Melayu, ditransliterasi dan diterbitkan sebagai bahan bacaan umum. Manakala sebahagian besamya pula masih berada dalam bentuk manuskrip jawi yang masih belum dibuat kajian dan analisis yang sewajarnya. Tulisan ini bermatlamat untuk membuat suatu sorotan umum tentang khazanah manuskrip negeri Pahang dan seterusnya membicarakan beberapa orang tokoh pengarang dan penyalin manuskrip yang berasal dari Pahang. Hal ini penting dilakukan sebagai usaha awal dalam penulisan sejarah dan budaya manuskrip negeri Pahan.....

884 hits

88322001
conference_item
Masyarakat Melayu Pahang dalam kisah pelayaran Abdullah
Selat Norazit, Suhaili Samsudin,
Penelitian secara ethnografi terhadap sesebuah masyarakat secara langsung boleh memberi gambaran mengenai identiti masyarakat tersebut. Melalui kaedah penelitian dan turut serta, gambaran yang diberikan ternyata boleh dipertanggungjawabkan dan rnewakili keadaan yang sebenar sarna ada dalam bentuk tulisan, bergambar atau lisan. Begitulah juga dengan pernaparan yang dilakukan oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau Abdullah Munsyi melalui karyanya Kisah Pelayaran Abdulah (KPA). Pelayaran Abdullah ke Pahang, Terengganu dan Kelantan pada tahun 1838 rnerupakan catatan peribadi beliau dalam bentuk karya sastera naratif. Melalui karya ini dapat dikesan kekuatan dan kesungguhan pengarang dalam rnenghasilkan persoalan yang dihadapinya. Sesebuah karya sastera yang dihasilkan rnerupakan jalinan pengalaman, sikap dan pemikiran pengarangnya yang telah direnung, difikir dan ditapis untuk menjadi sebuah karya kreatif atau deskriptif. Begitu juga dengan karya Abdullah Munsyi terrnasuklah KPA (1838) .....

1149 hits

88332011
article
Sajak Pulang Si Tenggang dalam perspektif historisisme baru
Ali Abdul Halim,
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis sajak "Pulang Si Tenggang" karya Muhammad Haji Salleh daripada perspektif teori Historisisme Baru yang dikemukakan Stephen Greenblatt. Teori Hisitorisime Baru menggagaskan rekonstruksi sejarah dan menawarkan idea tentang konsep sejarah terkini (present history). Walaupun idea teori lebih mementingkan aspek dan teks sejarah, naumn analisis terhadap sajak ini cuba memahami cara penyajak melakukan rekonstruksi cerita rakyat "Si Tenggang Derhaka" dengan menampilkan kisah diri penyajak sebagai anak Melayu yang merantau sekian lama di luar negara, kemudian pulang dengan semangat kemelayuan yang tidak berubah. Dalam konteks pemahaman makna sejarah terkini, sajak ini menampilkan konsep baru berkenaan "Si Tenggang" yang ada kemiripan kisah "Si Tenggang Derhaka". Penampilan konsep ini bertujuan mengenengahkan visi memartabatkan bangsa Melayu dengan ilmu dan pengalaman yang dibawa pulang daripada seluruh dunia...

1461 hits

88342001
conference_item
140 bait pantun Pak Zek : satu penelitian tentang pantun nama tempat di negeri Pahang
Isa Yaakub,
Beliau pernah menyatakan keinginannya untuk mencipta pantun yang pembayang maksudnya menggunakan nama-nama kampung di Pahang- dart 'kemuncak air meleleh hingga ke ombak menghempas'. Namun hasratnya ini tidak dapat disempurnakan. Sehingga saat kematiannya, hanya sekitar 140 bait pantun sahaja yang sempat disiapkan, yang tercantum di dalamnya kira-kira 180 nama tempat di negeri Pahang. Mengapakah begitu istimewa sekali kampung-kampung di Pahang ini bagi Pak Zakaria Hitam, Budayawan Pahang yang terkenal itu? Barang siapa yang pernah sempat bertemu dengan beliau, dengan mudah dapat memberikan jawapan bagi pertanyaan ini. la bermula daripada rasa kecintaan beliau yang amat besar terhadap negeri tumpah darahnya ini yang seterusnya menyebabkan beliau telah menghabiskan sebahagian besar umurnya mendokumentasikan pusaka warisan sastra dan budaya tradisional negeri ini untuk tatapan generasi yang akan datang. Beliau tidak jemu-jemu mengumpul dan memperkatakan cerita-cerita rakyat, lagenda, pantu.....

714 hits

88352001
conference_item
Kebudayaan Pahang dalam alaf baru
Hanafi Dollah,
Suatu hal yang agak 'ganjil' terjadi kepada Pahang ialah ia dipisahkan dengan negerinegeri jirannya yang terdekat iaitu Terengganu dan Kelantan, sebaliknya digabungkan dengan negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Akibatnya sehingga sekarang, Pahang seolah-olah menjadi 'marginal' baik dalam konteks negeri-negeri pantai timur mahupun negeri-negeri pantai barat. Apabila menyebut tentang pantai timur, ingatan terns kepada Terengganu atau Kelantan dan begitu juga kepada pantai barat, terns mernjuk kepada Selangor dan Perak. Dalam pada itu, Pahang adalah salah sebuah negeri tua yang tidak kurang penting kedudukannya baik dari sejarah mahupun kebudayaan. Dari segi kebudayaan, Pahang sudah tentu lebih dekat kepada wilayah pantai timurnya, yang bukan sahaja meliputi Terengganu dan Kelantan dan negeri-negeri pantai timur Semenanjung yang lain seperti Johor dan Riau tetapi juga tanah seberang lautan China seperti Borneo, Sulawesi, Jawa dan lain-lain. Dengan itu tidak hairanlah kalau di negeri i.....

794 hits

88362001
conference_item
Seni silat jatuh di Pahang: konsep & perbandingan dengan pencah silat
Nik Abd Kadir Nik Hassan,
'Silat jatuh' atau 'seni silat jatuh' ialah sejenis pertandingan seni pencak silat yang tidak menggunakan tumbukan, tendangan, sepakan, gigitan, ludahan, terjaman, tamparan, ketikan, tetakan, tikarnan, sondolan, patahan, lututan dan sikuan yang diasaskan daripada seni-seni silat Melayu Kelantan seperti seni silat tari, seni silat pulut dan seni silat spelek serta disesuaikan pula untuk dipertandingkan di atas gelanggang yang berbentuk empat segi tepat yang berukuran antara 20' x 20' hingga . 22' x 22' seperti pentas pertandingan tinju...

878 hits

88372001
conference_item
Hala Tuju Program Kebudayaan & Kesenian Negeri Pahang
Muhamad Abdul Hamid,
Kertas ini merupakan suatu imbasan atau "Reflection" yang akan cuba mengaitkan aspek pentadbiran atau pengurusan kebudayaan dalam konteks professionalisme serta kaitan dengan halatuju merangka sesuatu program pembangunan kebudayaan yang "Comprehensive" di awal abad ke 21 ini. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, makmur, berdaulat, diketahui umum tentang latarbelakang sejarah, politik, ekonomi, sosiol dan kebudayaan, akan memberi jawapan tersendiri kenapa struktur dan sistemnya yang ada berlatarkan kepelbagaian kaum, peringkat hiraki kuasa dalam sesebuah persekutuan (federalism) suatu gerakan yang perlu sekarang selepas kemerdekaan sejak 1957, adalah kesediaan masyarakat yang berbilang kaum, berbilang kepercayaan, adat resam, bahasa pertuturan, mengembelingkan tenaga menunaikan ikrar dan janjisetia sewaktu negara mencapai kemerdekaan...

1206 hits

88382005
conference_item
Persepsi pelajar Kelantan: suatu kajian vitaliti Etnolinguistik
Mohd Don Zuraidah,
Kajian ini mengkaji perlakuan bahasa pelajar-pelajar Kelantan Universiti Malaya yang berpindah ke persekitaran bam di mana bahasa yang dominan adalah bahasa Melayu dan bukan dialek Kelantan. Persoalan yang ingin dikupaskan ialah samada persepsi vitaliti pelajar-pelajar ini mempengaruhi perlakuan bahasa mereka. Data persepsi vitaliti ini dikurnpul melalui soal selidik yang mengandungi tiga bahagian: Bahagian I - maklumat peribadi subjek, Bahagian II - penggunaan dialek Kelantan, Bahagian III - soal selidik vitaliti subjektif (Subjective Vitality Questionaire). Dapatan daripada bahagian kedua soal-selidik ini menunjukkan bahawa ke semua subjek kajian ini menganggap diri mereka sebagai ahli kumpulan Kelantan dan bangga dengan dialek mereka. Mereka melihat dialek mereka sebagai satu aspek fundamental budaya setempat dan simbol keanggotaan mereka sebagai ahli kurnpulan tersebut serta kesetiaan mereka terhadap dialek mereka. Secara keseluruhannya, subjek-subjek kajian ini mempunyai persepsi .....

632 hits

88392005
conference_item
Masalah dan Cabaran Rumpun Melayu Champa di Fullerton, California Amerika Syarikat
Samat Talib,
Kertas kerja ini membincangkan isu-isu budaya masyarakat dan rumpun Melayu Champa di Fullerton,California, Amerika Syarikat yang berhijrah ke Amerika Syarikat sewaktu memuncaknya Perang Vietnam pada tahun 1970-an. Penghijrahan mereka ke Fullerton, Amerika Syarikat membentuk sebuah kawasan perkampungan mereka sendiri sesama orang Melayu Champa dan masyarakat Vietnam Selatan khususnya yang beragama Islam di tengah-tengah masyarakat Amerika Syarikat yang beragama Kristian atau bukan Islam sesungguhnya meninggalkan kesan yang besar ke atas budaya dan persepsi hidup mereka. Kertas kerj a ini membincangkan hasil pengamatan penulis ke atas masyarakat ini pada tahun 1996 yang melihat sendiri kesungguhan mereka mempertahankan agama Islam, j ati diri, bahasa Melayu Champa dan budaya ketimuran yang sedang dihimpit oleh budaya barat dan cara hidup bebas di Fullerton, California, Amerika Syarikat yang sesungguhnya amat mencabar iman, persepsi budaya dan pemikiran mereka...

886 hits

88402016
article
Relationship between student teachers achievement in Professional Education Courses and their achievement in Teaching Practices
Othman Ikhsan, Md Salleh Norila,
Professional Education Course (PEC) and Teaching Practice (TP) are two main components in teacher education program. This paper discusses findings of a study to identify the relationship between students' achievement in PEC and their achievement in TP. Grades achieved by the students in PEC and their grades achieved in TP were used and analyzed with permission from the Academic Department of a selected university. The data of 1,888 students were from 28 programs conducted at the university. Spearman's rho correlation via SPSS version 23 was used for data analysis. There were five sub courses under PEC that were analyzed in this study. The analysis found that, only students’ achievement in three courses of PEC showed significant correlation with their achievement in TP with correlation indexes in a range of .046 < r < .088 at p ≤ .05. It showed that there was a weak significant correlation between students’ achievement in PEC and the students’ achievement in TP. Students’ achi.....

1173 hits

[ First ] [ Prev ] Page 884 of 961 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.