|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 8911 | 2017 Thesis | The development and evaluation of Mathematical models for the spread of political figure voters with application to presidential elections in Indonesia Benny Yong The aims of this study were to develop and evaluate the mathematical models for the spread of political figure fever in presidential elections in Indonesia. This thesis introduced several new models concerning the analysis of the spread of voters by showing modeling and simulation. The methodology is based on quantitative research using epidemiological approach. This study employed four different types of continuous time deterministic models; SIR, SIRS, SI1I2R, and SI1I2RS . These new models were applied to the presidential elections data in Indonesia to analyze the dynamical spread of voters of presidential candidates. The analysis of the result were displayed in the graph to show dynamical change on each individual. Simulations performed to obtain an overview of the dynamics of the spread of the influence of voters in the population. The results comparing the simulations for these models showed the best model for estimating the number of votes is SI1I2RS model. Furthermore, from simu..... 2066 hits |
| 8912 | 2017 Article | Impact of work environment on learning transfer of skills Faizal A. N. Y., Saiful H. M., Bekri R., Jamil A. B., Amiruddin M. H., Kamis Arasinah, 1705 hits |
| 8913 | 2018 Thesis | Pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya Siti Aisyah Mat Yusoff Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak mudah yang melibatkan 442 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah di daerah Asajaya, Sarawak. Responden kajian menjawab empat jenis soal selidik iaitu Career Related Parent Support Scale (CRPSS), Big Five Inventory (BFI), Participation Motivation Inventory (PMI) dan Career Decision- Making Self-Efficacy Scale- Short Form (CDMSE-SF). Data dianalisis menggunakan Ujian-t, Korelasi Pearson dan Regrasi Pelbagai. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan subskala sokongan ibu bapa iaitu galakan lisan dan sokongan emosi berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan motivasi intrinsik dan eks..... 2002 hits |
| 8914 | 2018 Thesis | Sejarah pembangunan pertanian negeri Melaka di bawah agensi pertanian persekutuan, 1970-1990 Nurdiyawati Abidin Objektif kajian ini bertujuan untuk mengalurkan perkembangan ekonomi pertanian masyarakat Melayu di Melaka selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga ia ditamatkan pada tahun 1990. Kajian ini juga bertujuan untuk membincangkan peranan agensi pertanian persekutuan FELDA, RISDA dan FELCRA dalam melaksanakan matlamat DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat serta kesannya terhadap perkembangan pertanian yang merubah sosioekonomi masyarakat di Melaka. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis perubahan perkembangan sosioekonomi kesan daripada pembangunan pertanian melalui peranan agensi pertanian di Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi luar bandar, khususnya dari aspek pembangunan kesejahteraan masyarakat pada keseluruhannya adalah sangat positif. Dapatan kajian juga mendapati taraf kehidupan masyarakat Melayu luar bandar di Melaka meningkat dimanif..... 980 hits |
| 8915 | 2017 Article | Financial growth and economic development: evidence from Malaysia Mohd Noor Syamsul Ikram, Rambeli@Ramli Norimah, 908 hits |
| 8916 | 2017 Article | Empirical analysis on exchange rate fluctuation and sectoral stock returns in Malaysia Rambeli @ Ramli Norimah, Hashim Emilda, Hashim Asmawi, Awang Marikan Dayang Affizzah, Podivinsky Jan M., 3141 hits |
| 8917 | 2017 Thesis | Perbandingan pencapaian komponen kecergasan dengan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak bawah 12 tahun daerah Gombak dan daerah Petaling Perdana Asrezamane Zakaria Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan program latihan sedia ada terhadap pencapaian komponen kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak daerah Gombak dan pemain bola sepak daerah Petaling Perdana. Sampel kajian terdiri daripada 16 orang pemain bola sepak daerah Gombak dan 16 orang pemain bola sepak daerah Petaling Perdana berumur 12 tahun yang mengikuti program latihan daerah masing-masing. Instrumen kajian yang digunakan ialah empat jenis ujian kecergasan iaitu ujian Lari Pecut 20 meter, ujian Lompat Jauh Berdiri, ujian Pacer (Multistage Fitness Test) dan ujian Lari Ulang Alik 10 meter. Manakala tiga jenis ujian yang digunakan untuk menguji kemahiran spesifik bola sepak adalah ujian kepantasan menggelecek bola, ujian ketepatan menjaring bola dan ujian ketepatan hantaran bola. Hasil analisis ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan dari segi skor ujian kecergasan dan kemahiran spesifik bola sepak di antara pemain bola sepak da..... 2055 hits |
| 8918 | 2017 Thesis | Amalan pengajaran bidang ibadah dalam kalangan guru pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina negeri Perak Zaki Ismail Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran bidang ibadah dalam kalangan guru dan penguasaan ibadah dalam kalangan murid-murid Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) negeri Perak. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru dan 85 orang murid dari 10 buah SJKC di negeri Perak. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik kepada guru dan murid serta satu set ujian yang dijalankan kepada murid-murid Islam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Analisis data dalam kajian ini menggunakan kekerapan, peratus, min, ujian-t, ANOVA dan ujian korelasi Spearman. Pengumpulan data maklumat yang dikaji diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru berdasarkan persepsi guru dan murid berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala penguasaan bidang ibadah murid berada pada tahap sederhana rendah. Ujian t dan ANOVA pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di ant..... 2620 hits |
| 8919 | 2018 Thesis | Kajian ciri personaliti kreatif dalam kalangan murid pintar akademik Ummu Aiman Ismail Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap ciri personaliti kreatif dalam kalangan murid pintar akademik (PA) dan menentukan perbezaan ciri personaliti kreatif berdasarkan jantina dan jenis sekolah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian dipilih secara pensampelan bertujuan dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) aliran Kelas Rancangan Khas (KRK). Seramai 120 orang murid Tingkatan Dua yang memperoleh 5A dalam peperiksaan peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terlibat sebagai sampel kajian, berdasarkan model pintar cerdas Gagne dan Piirto. Data diperoleh melalui soal selidik Inventori Personaliti Kreatif yang dibina berdasarkan empat konstruk sahaja daripada lima konstruk dalam Five Core Attitudes (Piirto). Dapatan kajian menunjukkan sampel murid PA ini mempunyai tahap ciri personaliti kreatif yang tinggi secara keseluruhan (M=3.83, SP=.3031), d..... 1333 hits |
| 8920 | 2018 Thesis | Pengaruh faktor dalaman dan luaran terhadap prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas di daerah Port Dickson Jeyaganesh Sellvaraju Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Seramai 74 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran tersebut di daerah Port Dickson telah dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang diguna pakai adalah borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai. Dapatan analisis korelasi menunjukkan faktor pencapaian lalu (r=0.446, p=0.000), persekitaran sekolah (r= 0.326, p=0.005), keluarga(r=0.361, p=0.002) dan rakan sebaya (r=0.277, p=0.017) mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan prestasi pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sementara itu, dapatan analisis regresi pula membuktikan bahawa faktor sikap (β=1.283, p=0.048) dan pencapaian lalu (β=2.285, p=0.002) mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Faktor-faktor lain iaitu minat, guru, persekitaran sekolah, ke..... 763 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 892 of 1097 | [ Next ] [ Last ] |