UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
812020
Thesis
Sumbangan Tamil Muslim kepada perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia: kajian terhadap puisi-puisi Tamil tradisional terpilih Mydee Sulthan dan S. Seeni Naina Mohamed
G Manivannan Govindan
Kajian ini bertujuan untuk meneliti bentuk sumbangan Tamil Muslim dalam perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia; menganalisis unsur-unsur Islam dan budaya Tamil dalam puisi­puisi Tamil tradisional yang dihasilkan oleh Mydee Sulthan dan S. Seeni Naina Mohamed. Kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan analisis dokumen serta teori sejarah yang dipelopori oleh Hyppolite Taine telah digunakan dalam kajian ini. Puisi-puisi terpilih daripada koleksi Te. Ku.u yang dihasilkan oleh S. Seeni Naina Mohamed dan Ara.kak Kavitaika. yang dihasilkan oleh Mydee Sulthan telah digunakan sebagai sumber utama kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Tamil Muslim telah memberi sumbangan dalam bidang percetakan akhbar dan majalah serta penulisan puisi, cerpen dan novel untuk perkembangan kesusasteraan Tamil Malaysia. Unsur-unsur Islam seperti sejarah Islam, kepimpinan Nabi Muhammad SAW dan rukun-rukun Islam telah dipaparkan dalam puisi-puisi Tamil tradisional karya Mydee Sulthan. Unsur-unsur bu.....

8 hits

822012
Thesis
Penggunaan lagu popular dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah kebangsaan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kee, Suenddy Pei Chin
Sejauh manakah guru muzik di sekolah kebangsaan menggunakan lagu popular dalam  pengajaran  dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekitar sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Dengan menggunakan kaedah interpretif dalam penyelidikan untuk mengenal pasti apakah lagu popular yang digunakan, cara guru muzik mengaplikasikan lagu popular dan sebab guru muzik menggunakan lagu popular dalam pengajaran dan pembelajaran? Kaedah pemerhatian dilakukan ke atas seorang  guru muzik bersamaan dengan empat belas orang murid. Tempoh pemerhatian dilakukan adalah selama satu jam. Kaedah pemerhatian diikuti dengan kaedah temu bual, jumlah bilangan soalan yang dikemukan untuk temu bual adalah sebanyak sepuluh soalan.  Enam orang murid tahun enam dan seorang guru muzik telah ditemu bual. Mereka diminta menjawab soalan berbentuk semistruktur. Semua respoden kajian yang ditemu bual dipilih dari sekolah kebangsaan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terdapat beberapa cara guru mengaplikasi lagu.....

12 hits

832017
Thesis
Penilaian Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu KSSRPK masalah pembelajaran dari perspektif guru pendidikan khas
Zulkifli Mohamad
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan penilaian guru pendidikan khas terhadap Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dalam membantu penguasaan kemahiran literasi murid. Penilaian tersebut dibuat berdasarkan dua konstruk iaitu aspek kesesuaian dan kebolehlaksanaan terhadap pakej buku teks tersebut. Penilaian dibuat berdasarkan model yang disarankan oleh Ornstein dan Hunkins. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan. Responden kajian ini terdiri daripada 93 orang guru yang sedang dan pernah mengajar Bahasa Malaysia menggunakan Pakej Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu KSSRPK Masalah Pembelajaran di Negeri Pulau Pinang. Instrumen kajian ialah soal selidik dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian mendapati aspek kesesuaian pakej buku teks mempunyai nilai skor min 4.32 ±0.46 dan aspek kebolehlaksanaan mempunyai nilai skor min 4.45 ±0.63 . Nilai skor mi.....

11 hits

842020
Thesis
The effectiveness of collaborative writing in improving ESL students’ essay writing
S. Vijayalachemy R. Subramaniam
The purpose of this research was to determine the effectiveness of collaborative writing in improving ESL students’ essay writing skills. The main aim of the study was to investigate if collaborative writing helped to improve students’ essays in aspects like organisation, development, structure, vocabulary, coherence and mechanics of writing. This study aims to determine if students who were engaged in collaborative writing showed a greater improvement in essay writing compared to students who wrote using the traditional writing method. Quasi experimental research method was conducted to collect data for the study. A sample of 40 form four students from a secondary school in Ipoh was selected randomly. The students were equally divided into two groups. The 20 students in the experimental group were trained in essay writing using the collaborative method and the 20 students in the control group were trained to write essays individually. Both groups had to complete a pre-test and a p.....

16 hits

852005
Thesis
Pengumpulan peribahasa Thai di selatan Thailand dan terjemahannya dalam bahasa Melayu
Kalong, Siripon
Disetasi ini adalah kajian tentang peribahasa yang digunakan oleh kaum Melayu di Selatan Thai. Peribahasa ini dikumpulkan dan diterjemahkan. Peribahasa yang dikumpulkan ini disesuaikan untuk mengajar bahasa Melayu kepada pelajar Melayu di Selatan Thai. Bab 1 adalah deskripsi mengenai negara Thai dan komposisi penduduknya bagi menjelaskan kedudukan kaum Melayu di Selatan Thai. Bab 2 menjelaskan metodologi kajian, iaitu; peribahasa Melayu ini dikumpulkan melalui temubual. Bahan bercetak seperti buku, jurnal, akhbar dan internet. Bab 3 peribahasa Melayu Thai yang dikumpulkan diklasifikasi kepada empat, iaitu; (1) peribahasa Thai yang sama erti dengan peribahasa Melayu, (2) peribahasa Thai yang seakan-akan ertinya dengan peribahasa Melayu, (3) peribahasa Thai yang sama perkataan tetapi berlainan erti dengan peribahasa Melayu dan (4) peribahasa Thai yang berbeza perkataan tetapi mempunyai sama erti dengan peribahasa Melayu. Bab 4 membincangkan bagaimana peribahasa ini dapat digunakan dalam .....

11 hits

862006
Thesis
Aspek formalistik dalam lukisan pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. (kajian kes ke atas lima orang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan, Selangor)
Mohd Yusof Marsidin
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tentang aspek-aspek formalistik dan faktor yang mempengaruhi lukisan lima pelajar tingkatan tiga. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kes secara kualitatif dengan menggunakan pemerhatian, temubual dan analisa karya sebagai alat kajian bagi mengukuhkan dapatan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik meninjau sikap pelajar terhadap aktiviti melukis tentang aspek kognitif (pemikiran), afektif (emosi), dan psikomotor (tingkah laku). Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa karya lukisan yang dihasilkan oleh pelajar tingkatan tiga, banyak dipengaruhi oleh faktor sikap yang didukungi pemikiran, emosi dan tingkah laku serta pengalaman peribadinya...

10 hits

872009
Thesis
Proses pengajaran Ghazal oleh jurulatih Ghazal dalam kegiatan kokurikulum di sekolah negeri Johor: satu kajian kes
Abdul Razak Abd Rahman
Tujuan kajian yang dicadangkan adalah khusus untuk meninjau proses pengajaran muzik ghazal yang merangkumi kaedah dan teknik serta pendekatan pengajaran yang digunakan oleh seseorang  jurulatih ghazal  semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Fokus kajian ini memberi tumpuan terhadap proses pengajaran ensembel ghazal. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang tertumpu kepada kaedah kajian kes sebagai teras utama kajian. Kajian ini menggunakan kaedah analisa dokumen, temubual dan pemerhatian. Dapatan kajian ini mendapati ensembel ghazal sesuai di jalankan dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sebagai ensembel alat muzik tradisional pilihan. Hasil kajian ini juga menjadi panduan asas kepada guru-guru muzik untuk pengkaedahan pengajaran asas ensembel ghazal...

12 hits

882011
Thesis
Modul Pengajaran Elemen Irama Tradisional Melayu Melalui Rebana
Shuzaidi Samsuddin
Laporan projek pembangunan “Modul Pengajaran Elemen Irama Tradisional Melayu Melalui Rebana” ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyediakan pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Produk ini disediakan khusus untuk guru-guru muzik yang ingin mempelbagaikan bahan pengajaran elemen irama tradisional  dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang dibekalkan sahaja. Dalam pada itu penghasilan produk ini akan dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Produk ini dibangunkan dengan berpandukan struktur buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian produk yang dihasilkan, temu bual telah dijalankan dengan empat orang guru muzik yang masing-masing mempunyai pengalaman mengajar melebihi sepuluh tahun. Dapatan daripa.....

18 hits

892012
Thesis
Kesedaran guru matematik terhadap penerapan nilai matematik dalam pengajaran: satu kajian kes
Siti Aisyah Zakaria
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti kesedaran guru matematik terhadap penerapan nilai matematik dalam pengajaran. Fokus diberikan juga untuk memahami pengajaran guru matematik yang membawa kepada penerapan nilai matematik. Enam penerapan nilai matematik yang diberi tumpuan ialah rasionalisme, objektisme, kawalan, kemajuan, keterbukaan dan misteri. Tiga orang guru matematik di Sekolah Menengah Daerah Kuala Muda/Yan, Kedah telah dipilih secara bertujuan manakala proses pengumpulan data ini melibatkan pemerhatian di dalam kelas, temu bual tiga peringkat iaitu temu bual pra-pengajaran, temu bual pasca-pengajaran dan temu bual lepas kajian dan akhirnya analisis dokumen. Rakaman audio telah digunakan semasa proses temu bual tiga peringkat ini. Manakala, catatan lapangan dan senarai semak digunakan bagi memudahkan proses pemerhatian di dalam kelas. Data dianalisis melalui lima fasa utama iaitu rakaman audio daripada temu bual ditranskripsikan ke dalam bentuk bertulis, transkr.....

10 hits

902020
Thesis
Nilai-nilai murni watak utama dalam novel kanak-kanak Xu You Bin
Seow, Hooi Lee
Tujuan kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur nilai murni yang tergarap dalam watak utama novel kanak-kanak karya Xu You Bin. Subjek kajian ini terdiri daripada 21 buah novel kanak-kanak Xu You Bin. Novel kanak-kanak Xu You Bin dipilih kerana beliau merupakan seorang penulis Malaysia yang cemerlang dalam bidang kesusasteraan kanak-kanak dan pernah menerima anugerah berperingkat kebangsaan disamping novel kanak-kanaknya telah diterjemahkan dalam bentuk filem. Kaedah analisis dokumen digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai murni dalam novel tersebut berpandukan 14 jenis nilai-nilai murni yang termaktub dalam DSKP KSSR Pendidikan Moral. Pendekatan Moral yang berkait rapat dengan aspek norma, nilai-nilai serta sistem kepercayaan dijadikan sebagai landasan kajian ini dan menilai sastera dari sudut didaktik. Semua nilai murni dalam KSSR Pendidikan Moral iaitu 14 jenis nilai murni yang dinyatakan dalam DSKP telah dijadikan sebagai rujukan analisisan nilai murni yang dipaparkan oleh.....

12 hits

[ First ] [ Prev ] Page 9 of 1040 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.