UPSI Digital Repository (UDRep)
|
Today's popular searches: | ||||
PENDIDIKAN | pembangunan | Komunikasi | matematik | addie |
Kurikulum | ismail man | Goh swee Choo | Perpustakaan Tuanku Bainun | M K Ahmad |
|
Latest addition to the database : |
9461 | 2018 thesis | Perikanan lestari zon pinggir pantai berasaskan kearifan tempatan di Kabupaten Raja Ampat provinsi Papua Barat republik Indonesia Endang Gunaisah Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan bentuk kearifan tempatan bagi
kegunaan pemeliharaan perikanan lestari di kawasan konservasi zon pinggir pantai Teluk Mayalibit,
Kabupaten Raja Ampat, Provinsi Papua Barat, Republik Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan
kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen
kajian. Pemilihan sampel menggunakan pensampelan bertujuan dengan melibatkan 248 orang penduduk zon
pinggir pantai manakala 30 orang pemegang taruh bagi temu bual berstruktur dan tidak berstruktur.
Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, Rapid Appraisal Process (RAP), Multi
Dimensional Scaling (MDS) dan Analytic Hierarchy Process (AHP). Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat lima kearifan tempatan dikenal pasti termasuk ‘Sasi’ yang digunakan dalam pemeliharaan
perikanan lestari. Dapatan kajian juga menunjukkan kelestarian kearifan tempatan wujud melalui
nilai- nilai..... 3204 hits |
9462 | 2019 thesis | Pembangunan instrumen saringan kemahiran Vokasional murid berkeperluan khas masalah pembelajaran bagi persediaan sijil kemahiran Malaysia Kama Shaffeei Kajian ini bertujuan membina Instrumen Saringan Kemahiran Vokasional (ISKV)
Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
bagi persediaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pembinaan instrumen ISKV berpandukan Model
Pembinaan Instrumen McIntire dan Miller (2007) melalui tiga Fasa iaitu Fasa Satu (Analisa), Fasa
Dua (Pembinaan Instrumen) dan Fasa Tiga (Pelaksanaan Kajian). Kajian melibatkan seramai 216 orang
guru di 72 Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Selangor. Instrumen kajian terdiri daripada
182 konstruk iaitu tiga konstruk Demografi, 81 konstruk Kemahiran Bahasa dan 98 konstruk Kemahiran
Vokasional setelah melalui proses pengguguran 21 item bagi konstruk Kemahiran Bahasa dan sebanyak
16 item ditambah bagi konstruk Kemahiran Vokasional untuk pelaksanaan proses saringan ISKV terhadap
MBKMP. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti dua konstruk utama dalam ISKV iaitu Kemahiran Bahasa
dan Kemahiran Vok..... 3026 hits |
9463 | 2018 thesis | Faktor penyumbang terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar sekolah menengah Wan Muhammad Saidi Jaafar Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan sumbangan pelbagai faktor
terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan
kaedah tinjauan melibatkan 1000 pelajar dari 10 buah sekolah cemerlang (500 pelajar) dan 10 sekolah
tidak cemerlang (500 pelajar). Kajian ini bersandarkan Teori Produktiviti Pendidikan sebagai teori
asas kerangka kajian. Kaedah pensampelan rawak digunakan untuk memilih daerah, sekolah dan
responden sampel kajian. Instrumen kajian ialah soal selidik pencapaian akademik (SSPA) yang dibina
mengandungi 59 item dengan kesahan dan kebolehpercayaan tinggi serta dilakukan kajian rintis
terlebih dahulu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis regresi pelbagai dengan perisian SPSS
dan analisis laluan dengan perisian AMOS. Dapatan kajian menunjukkan faktor gaya belajar (β=0.27),
motivasi belajar (β=0.22), prestasi akademik pelajar (UPSR) (β=0.20), kualiti pengajaran (β=0.18)..... 11369 hits |
9464 | 2019 thesis | The mediating effect of innovation on the relationship between entrepreneurial competencies and business success in Malaysia Azmi Umar This study aims to analyse the impact of Entrepreneurial Competencies, Innovation,
and Business Success among owners and managers in Small and Medium Enterprise (SMEs) to address the
high rate of business failure. Quantitative approaches through the use of survey were used in this
study. Data were collected using questionnaires involving 407 owners and managers of SMEs in
manufacturing, services and other sectors. Respondents were chosen using using Stratified Random
Sampling technique. Multiple Regression Analysis indicated that 53 percent of the variation in
Business Success were explained by Entrepreneurial Competencies and Innovation. The findings also
showed that Entrepreneurial Competencies contributed significantly to Business Success (β=0.190,
S.E=0.051) and Innovation (β=0.198, S.E=0.013). Further, Innovation contributed significantly to
Business Success (β=1.035, S.E=0.226). This study also showed that Innovation served as partial
mediator betwe..... 3679 hits |
9465 | 2018 thesis | Kesan geoplay berasaskan prinsip kelewahan dan modality terhadap aras kemahiran berfikir murid Khairuddin Nisa Fokus kajian ini untuk membangunkan pembelajaran berasaskan permainan Geoplay
menggunakan modul Gamified System Development Process dan menilai keberkesanan tiga strategi
penyampaian yang digunakan Geoplay. Tanpa kelewahan dan modality, iaitu visual dan lisan (V&L),
kesan kelewahan, iaitu visual, lisan dan teks kata kunci (VL&Tk) dan kesan modality, iaitu visual
dan teks (V&T) terhadap tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran
berfikir aras rendah (KBAR) murid bagi tajuk Arah Mata Angin dan Bearing Sudutan Geografi Tingkatan
Satu. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis secara
inferens. Seramai 432 murid tingkatan satu daripada daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk yang
melibatkan lima buah sekolah di bandar dan lima buah sekolah di luar bandar telah dipilih sebagai
sampel kajian. Ujian statistik MANCOVA telah diaplikasikan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbe..... 2215 hits |
9466 | 2018 thesis | Kesan program spark ke atas peratus lemak badan, tahap kardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak berumur 11 tahun Nurul Diyana Sanuddin Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan program SPARK
(Sports Play Active and Recreation for Kids) ke atas perubahan peratus lemak badan, tahap
kardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 11
tahun. Program SPARK yang mengandungi empat aktiviti kecergasan fizikal dan empat aktiviti
kecergasan kemahiran yang telah dijalankan selama lapan (8) minggu di empat buah sekolah rendah di
Teluk Intan, Perak. Kajian ini berbentuk true experimental pre and post control group design.
Sampel kajian terdiri daripada 240 murid yang telah dipilih berdasarkan kaedah ‘intact sampling’
iaitu dalam keadaan di mana semua murid yang terdapat dalam lapan buah kelas dalam darjah lima (5)
di empat buah sekolah dikekalkan sebagai subjek kajian. Subjek kajian seterusnya dibahagikan kepada
kumpulan rawatan (n=120) dan kumpulan kawalan (n=120) secara rawak. Data dianalisis dengan
menggunakan ANCOVA Dua Hala. Dapatan k..... 7807 hits |
9467 | 2019 thesis | Kesan modul adventure based counseling terhadap kepuasan kerja, iltizam kerja, dan kecenderungan berhenti kerja dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris Nuzsep Almigo Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan modul adventure based
counseling (ABC) terhadap tiga atribut kepuasan kerja, iltizam kerja dan kecenderungan berhenti
kerja dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini mengikut reka bentuk
2x3 mixed design experiment. Sampel kajian yang terdiri dari dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen
(n=20) dan kumpulan kawalan (n=20) yang ditentukan melalui pra ujian yang mendapat ciri dua
kumpulan yang homogenus. Kumpulan eksperimen dibekalkan dengan modul adventure based counseling
serta intervensi dengan bantuan oleh fasilitator yang bertumpukan aktiviti/simulasi berdasarkan
pengalaman secara langsung melalui proses refleksi. Kumpulan kawalan dibekalkan juga modul
adventure based yang sama, tetapi tidak diberikan intervensi oleh fasilitator. Tiga instrumen yang
digunakan dalam kajian ini, iaitu: pertama, instrumen kepuasan kerja (pekerjaan itu sendiri,
peluang promosi, gaji, pen..... 3596 hits |
9468 | 2019 thesis | Penilaian KIPP dalam pembelajaran dan pemudahcara murid ketidakupayaan penglihatan menggunakan buku teks Braille pendidikan kesenian Norzuraina Mohd Nor
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis Buku Teks Braille
Pendidikan Kesenian Tahun 1 (BTBPKT1) dan proses Pembelajaran dan Pemudahcara
(PdPc) Pendidikan Kesenian (Suaian) (PKS) Tahun 1 dan juga menilai kebolehbelajaran berdasarkan
model penilaian Kontek-Input-Proses-Produk (KIPP) oleh Stuflebeam. Kajian penilaian ini menggunakan
reka bentuk kajian kes. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang
murid ketidakupayaan penglihatan dan empat orang guru. Data diperolehi melalui pemerhatian,
temubual, tugasan, dan analisis dokumen. Data tugasan dianalisis menggunakan perisian SPSS,
manakala data temubual dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Kerangka teoritikal kajian adalah
berdasarkan Teori Pembelajaran Humanistik, Teori Sosio-Budaya (Scaffolding), dan Teori Pembelajaran
Tingkah Laku. Hasil dapatan analisis dokumen pada peringkat penilaian konteks (K) menunjukkan
BTBPKT1 adalah dokumen yang menyokong prose..... 22223 hits |
9469 | 2018 thesis | Penerimaan program dakwah dalam kalangan golongan profesional Melayu di negeri Pahang Ahmad Effat Mokhtar Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan para profesional Melayu di
negeri Pahang terhadap program dakwah yang dianjurkan oleh badan-badan dakwah. Reka bentuk kajian
tinjauan berpandukan Theory of Reasoned Action (TRA) digunakan untuk mengetahui hubungan dan
sumbangan enam faktor tingkah laku iaitu amalan agama, kefahaman agama, sikap, pengaruh rakan,
kepuasan dan keberkesanan dakwah dengan penerimaan program dakwah. Data kajian dianalisis secara
deskriptif dan inferens menggunakan ujian-t, ANOVA sehala, korelasi dan regresi berganda. Kajian
ini juga menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang dibina adalah tinggi, iaitu antara 0.68
hingga 0.93. Responden kajian ini dipilih berdasarkan pensampelan mudah. Seramai 318 orang golongan
profesional Melayu terlibat untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 37 orang
responden yang terdiri daripada g..... 10359 hits |
9470 | 2018 thesis | Penerimaan dan penggunaan S-dagang dalam kalangan usahawan PKS di Malaysia Azilahwati Adam Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor individu (sikap dan efikasi kendiri),
teknologi (jangkaan prestasi dan jangkaan usaha), persekitaran (pengaruh sosial dan keadaan
fasiliti), perubahan persekitaran (pencetus peristiwa) dan hubungannya dengan niat dan penggunaan
sosial dagang (s-dagang). Kajian ini juga menguji model penerimaan dan penggunaan s-dagang bagi
usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) di Malaysia. Kajian tinjauan ini telah dijalankan di
sembilan buah negeri di Malaysia melibatkan 250 usahawan PKS. Data telah dianalisis menggunakan
teknik Partial Least Squared Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor individu (β = 0.341, p.. 2378 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 947 of 948 | [ Next ] [ Last ] |