UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
99812016
Thesis
Kesediaan guru dalam pengajaran model tilawah Al-Quran program j-Qaf
Mohd Izzuddin Mohd Pisol
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru dalam pengajaran Tilawah al-Quran Program j-QAF (Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik) yang meliputi aspek ilmu pengetahuan, kemahiran mengajar, personaliti dan motivasi sebagai seorang guru j-QAF. Reka bentuk kajian ini adalah secara deskriptif diperoleh menggunakan kaedah tinjauan (survey) yang menggunakan instrumen soal selidik sebagai data utama dan temubual guru sebagai data sokongan. Sampel kajian ini terdiri daripada 422 orang guru j-QAF daripada 174 buah Sekolah Kebangsaan yang terpilih daripada seluruh Malaysia. Dapatan keseluruhan tahap kesediaan guru dalam pengajaran Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik bagi keempat-empat aspek berada pada tahap tinggi. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dalam pengajaran tilawah al-Quran program j-QAF berdasarkan jantina, umur, opsyen, pengalaman mengajar dan lokasi sekolah. Analisis Kolerasi Pearson r.....

1523 hits

99822016
Thesis
Pembinaan dan validasi instrumen pengukuran efikasi kendiri terhadap pentaksiran alternatif dalam kalangan guru
Normarina Abd Rahman
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan instrumen pengukuran efikasi kendiri terhadap pentaksiran alternatif (EKPA) dan mengukur tahap efikasi kendiri guru terhadap pentaksiran alternatif. Item-item dalam instrumen EKPA mewakili tiga dimensi konstruk efikasi kendiri iaitu pemerolehan sumber untuk menjalankan pentaksiran alternatif, pelaksanaan pentaksiran alternatif serta cabaran melaksanakan pentaksiran alternatif. Item-item dibina melalui beberapa prosedur melibatkan tinjauan literatur, pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian dan draf item, pengesahan pakar serta analisis item. Sejumlah 375 orang guru terlibat sebagai responden dipilih melalui teknik pensampelan rawak berstrata. Data yang dikumpul dianalisis berdasarkan model pengukuran Rasch bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, dan seterusnya menentukan tahap efikasi kendiri guru terhadap pentaksiran alternatif. Keputusan menunjukkan indeks kebolehpercayaan bagi item adalah 0.99. Indeks pisahan item adalah.....

1319 hits

99832016
Thesis
Penilaian kesediaan pelajar PISMP Institut Pendidikan Guru untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah
Juliana Osong
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesediaan pentaksiran pelajar guru tahun akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah menggunakan instrumen Skala Pengukuran Kesediaan Pentaksiran (SPKP) yang diadaptasi dan disesuaikan dari instrumen Classroom Assessment Literacy (CALI). Sejumlah (N=500) pelajar guru yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata berkadaran telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Piawaian item dalam SPKP telah dipadankan dengan konteks struktur pentaksiran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Standards for Teacher Competence in the Educational Assessment of Students (STCEAS), Theory of Planned Behavior (TPB), Standard Guru Malaysia (SGM) dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan ditentusahkan menggunakan Model Rasch. Statistik deskriptif dan inferens juga telah dilakukan untuk menghuraikan data dan menguji hipotesis kajian. Keputusan menunjukkan bahawa SPKP mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang bole.....

1274 hits

99842016
Thesis
Pembinaan konstruk dan model pengukuran kepimpinan instruksional berinovatif dalam sistem politeknik
Irdayanti Mat Nashir
Kajian ini adalah untuk menentukan konstruk dan membina model pengukuran kepimpinan instruksional berinovatif di lima buah politeknik di Malaysia. Kajian ini menggunakan model Hallinger dan Murphy sebagai model utama. Reka bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan pembangunan model pengukuran. Teknik awal yang digunakan dalam pembangunan instrumen kajian ini adalah teknik Delphi yang telah diubahsuai. Seramai 11 orang pakar telah dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang yang dikaji. Pakar-pakar tersebut juga telah mengesahkan 13 konstruk kepimpinan instruksional berinovatif bagi sistem politeknik. Persampelan rawak berstrata telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen baharu telah dibangunkan dengan 13 konstruk dan 188 item serta diedarkan kepada responden di lima buah politeknik tersebut untuk melihat kepimpinan instruksional berinovatif pentadbir politeknik. Data empirikal yang dipungut dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi juga s.....

2186 hits

99852016
Thesis
Analisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain
Rosli Ibrahim
Kajian ini bertujuan menganalisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain. Kaedah analisis teks secara kualitatif digunakan bagi menganalisis unsur perpaduan kaum yang terdapat dalam penulisan tokoh Sasterawan Negara ini. Dua novel yang digunakan sebagai subjek analisis dalam kajian ini ialah Interlok dan Buih di Atas Air.Teori Cerminan Masyarakat Lukacs telah digunakan sebagai landasan untuk melihat hubungan antara penulisan Abdullah Hussain di dalam kedua-dua novel tersebut dan perkaitannya dengan kehidupan masyarakat yang pelbagai latar belakang keturunan kaum dan budaya di Malaysia. Kajian ini mendapati pemilihan tema, plot dan watak dalam kedua-dua novel dapat mencerminkan latar belakang kehidupan sebenar masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kedua-dua novel juga telah berjaya menonjolkan unsur perpaduan kaum dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti dalam suasana sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat Malaysia. Kajian ini juga mencerminkan citra buda.....

2778 hits

99862016
Thesis
Penilaian latihan kemahiran Vokasional bagi Orang Asli
Zamani Ibrahim
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan program latihan kemahiran vokasional untuk masyarakat Orang Asli di dua buah pusat latihan yang melibatkan dua kursus iaitu jahitan dan automotif. Kajian ini menggunakan rekabentuk penilaian program untuk menilai kesesuaian kurikulum, kesediaan tenaga pengajar, kerjasama pentadbir pusat latihan, kemudahan, proses pengajaran dan pembelajaran, kerja amali, penilaian kerja kursus dan akhirnya hasil program terhadap pelajar dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap. Model CIPP digunakan sebagai model penilaian untuk menilai pelaksanaan latihan kemahiran vokasional. Seramai 56 orang responden dipilih yang terdiri daripada pengajar, pentadbir dan pelajar. Kajian berbentuk penilaian program ini menggunakan instrumen yang terdiri daripada soal selidik, protokol temubual dan senarai semak pemerhatian. Dapatan utama kajian menunjukkan responden bersetuju bahawa pelaksanaan latihan kemahiran adalah berasaskan kurikulum yang telah di.....

793 hits

99872016
Thesis
Analisis pola kemarau Hidrologi di Lembangan Sungai Langat, Selangor, Malaysia
Nordin Sakke
Kajian ini menganalisis kemarau dan sifat-sifatnya di lembangan Sungai Langat, Selangor. Luahan aliran rendah sungai dianalisis menggunakan nilai purata luahan harian (Qmean) manakala bagi peristiwa kemarau, persentil 70 (Q70) digunakan sebagai paras ambang. Luahan sungai yang mempunyai tempoh berbeza dari empat stesen iaitu Lui, Rinching, Kajang dan Dengkil telah digunakan untuk mengkaji kemarau. Statistik deskriptif, ujian trend Mann-Kendall Z, kecerunan Sen, ujian kekerapan, statistik Z, ANOVA sehala, regresi/korelasi dan Kendall digunakan dalam analisis. Hasil kajian menunjukkan purata tempoh aliran rendah adalah 9,780 hari (64.8%). Tempoh ini menyumbangkan 38.6% daripada keseluruhan luahan dalam tempoh kajian. Sebanyak 32 tahun mengalami kemarau. Tahun-tahun di mana kesemua stesen dilanda kemarau ialah 1978, 1980, 1982, 1983 dan 1999. Sebanyak 92 peristiwa kemarau telah direkodkan bagi semua stesen semasa tempoh kajian di mana kebanyakan landaan lebih tertumpu antara tahun 1976 â€.....

1543 hits

99881889
Book
Inilah kitab yang bernama Taj al-Muluk al-marda bil-durar wa-al-jawahir
- -,
919 hits

99891940
Book
Final report of the commission - appointed to enquire into certain matters connected with the Sultan Idris Training College, Tanjong Malim
- -,
1243 hits

99902005
Thesis
Perisian multimedia interaktif kompang sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik
Zaharah Abd Manap
Kajian ini bertujuan menmjau persepsi guru-guru muzik terhadap kemampuan penggunaan Perisian Multimedia Interakif Kompang dalam membantu pengajaran pembelajaran Pendidikan Muzik. Kumpulan sasaran yang menggunakan perisian ini terdiri dari guru-guru yang mengajar muzik, tetapi tidak mempunyai pengkhususan muzik sewaktu menjalani latihan perguruan. Kajian ini juga meninjau apakah kesan penggunaan perisisan multimedia kompang terhadap suasana pengajaran pembeIajaran.Perisian ini dibina dengan menggunakan Macromedia Authoware 6.5 dan beberapa perisian sokongan iaitu Ulead Media Studio, Adobe Photoshop 6.0, Microsoft Word 2000, dan Ulead Cool 3D. Perisian juga dibina dengan mengadaptasikan kurikulum sukatan sekolah menengah dan sukatan kursus sijil perguruan khas ( satu tahun ) Pendidikan Muzik dan disesuaikan dengan sukatan Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Walaupun tiada tajuk khusus mengenai kompang dalam Sukatan Pendidikan Muzik Sekolah Rendah, tetapi ianya masih boleh disesuaikan dengan.....

1477 hits

[ First ] [ Prev ] Page 999 of 1150 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.