UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
12006
book_section
Kajian keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
Hassan Iberahim, Ibrahim Md. Nasir, Arshad Mohd Zaihidee, Omar Jamilah,
Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti tahap kemahiran guru dalam bidang Pendidikan Seni Visual dalam usaha untuk berfungsi secara berkesan. Kajian ini juga melihat perbezaan antara tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri latar belakang dan hubungan antara keperluan dan tahap kompetensi. Keutamaan kompetensi mengikut persepsi guru-guru pendidikan seni juga dilihat. Di samping itu, kajian juga melihat sikap murid-murid terhadap Pendidikan Seni Visual. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan murid-murid tahun enam di sekolah rendah di kawasan Batang Padang, Manjung, Kinta, Shah Alam dan Wilayah Persekutuan. Jumlah sekolah yang dilibatkan adalah 41 buah dengan sejumlah 67 orang guru dan 1088 murid tahun enam. Kompetensi yang dikaji meliputi empat kategori iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan hubungan interpersonal. Kaedah deskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (ujian-t, ANOVA Sehala, da.....

1859 hits

22006
book_section
Geometer Sketchpad : penggunaannya dalam pembelajaran Matematik Tambahan
Puteh Marzita, Masri Rohaidah,
Kursus Lepasan Ijazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad GSP) di dalam kurikulumnya sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan GSP di sekolah-sekolah menengah adalah salah satu objektif Kementerian Pendidikan dan diharapkan projek ini dapat merealisasikan kehendak itu. Memandangkan era teknologi dan penggunaan ICT yang begitu pesat, maka penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam projek ini satu prototaip perisian menggunakan GSP untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan tajuk-tajuk kurikulum matematik di sekolah menengah telah dibangunkan, diuji dan dikaji agar satu pengkalan data perisian pengajaran pembelajaran berkaitan geometri diwujudkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru. Prototaip ini mengandungi lima bahagian.....

1409 hits

32006
book_section
Persepsi ahli akademik dan majikan tentang kemahiran yang perlu dimiliki oleh siswazah Pengurusan Perniagaan dalam menepati kehendak pasaran
Mohd Rhouse Suraini, Abd. Razak Azila,
Liputan akhbar sering mengkritik siswazah dari Institusi Pendidikan Tinggi Awara dan mendakwa mereka mempunyai kekurangan dari aspek kemahiran komunikasi, kebolehan berbahasa Inggeris, pemikiran kreatif, dan kebolehan interaksi sosial yang diperlukan untuk memperolehi pekerjaan. Isu ini hangat diperkatakan, namun kajian saintifik tempatan berhubung isu ini masih terlalu kurang. Menyedari hakikat pentingnya aspek kemahiran ini ditekankan maka kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mendapat maklum balas ahli akademik dan majikan terhadap aspek penguasaan kemahiran hubungan manusia dan komunikasi, analitikal dan konseptual, pemikiran kreatif dan kritis, teknikal, kerja berpasukan, kepimpinan, mengurus perubahan, dan atribusi yang perlu dimiliki. Di samping itu kajian ini bertujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan persepsi di antara ahli akademik dengan majikan mengenai aspek kemahiran yang dinyatakan di atas. Sampel kajian terdiri daripada .....

683 hits

Filter
thesis ... (165)
article ... (202)
book_section ... (3)
conference_item ... (1)
monograph ... (58)
bulletin ... (9)
research_report ... (7)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Kurikulum

+kurikulum +jean +piaget

+Kurikulum +dalam +sukan +olahraga

+Kurikulum +dalam +sukan

pengajaran+dan+kurikulum




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.