UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Marlina Mat Napes
1
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan permainan MY CHEMISALT bagi tajuk penyediaan garam dan mengenal pasti persepsi murid terhadap permainan ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan berasaskan model reka bentuk instruksional ADDIE. Teknik persampelan rawak kelompok dua peringkat digunakan untuk memilih 225 orang murid tingkatan empat yang mengambil kimia dari enam buah sekolah dalam daerah Gombak, Selangor sebagai sampel kajian. Persepsi murid terhadap kebolehgunaan dan pengalaman bermain diukur dengan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala Likert lima mata yang diadaptasi daripada soal selidik Model for the Evaluation of Educational Games (MEEGA+). Instrumen ini mengandungi dua faktor kualiti iaitu kebolehgunaan dan pengalaman bermain. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu dengan menghitung Indeks Kesahan Kandungan (CVI), nilai min serta sisihan piawai. MY CHEMISALT mempunyai nilai kesahan kandungan yang tinggi dengan n.....
Thesis Published 2022 2688 hits Available
2
Abstract
Kajian ini secara khususnya dijalankan bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh murid dan guru dalam menguasai standard kandungan (SK) penyediaan garam dan mengenal pasti keperluan untuk membangunkan alat pembelajaran berasaskan permainan (PBP) bagi SK tersebut. Kajian adalah melalui pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan. Platform Google Forms digunakan sebagai borang soal selidik kajian. Instrumen kajian telah disebar luas secara rawak melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Seramai 224 murid dan 207 guru di seluruh Malaysia terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Perak telah menjawab soal selidik yang diedarkan dan data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati 80.4% murid dan 86.5% guru menyatakan persetujuan mengenai kesukaran standard kandungan penyediaan garam. Kesukaran yang dinyatakan oleh murid adalah terlalu banyak fakta yang perlu diingat (86.1%), mengalami kesukaran menjawab soalan berkaitan eksperimen untuk SK penyediaan garam (77......
Article Published 2022 1573 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.