UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mohd Akmaluddin Syarif Mohd Noor |
1 | 2023 final_year_project | Penilaian terhadap kecerdasan emosi dan kesihatan mental guru pelatih Pendidikan Khas sepanjang E-pembelajaran Mohd Akmaluddin Syarif Mohd Noor Kajian ini dijalankan adalah untuk membuat tinjauan serta gambaran menyeluruh
mengenai tahap kecerdasan emosi dan kesihatan mental dalam kalangan guru pelatih
pendidikan khas Universiti Pendidikan Sultan Idris sepanjang menjalani pembelajaran atas
talian (E-Pembelajaran) sewaktu Covid-19. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk
melihat perbezaan dalam tahap kecerdasan emosi dan kesihatan mental dengan tempoh
semester pembelajaran atas talian. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang melibatkan
responden dalam kalangan guru pelatih pendidikan khas UPSI. Seramai 48 orang
responden yang dipilih terdiri daripada semester 1 sehingga 8 (A212) untuk menjawab
borang soal selidik yang telah dihasilkan melalui medium Google Form sebagai instrumen
kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi guru pelatih
Pendidikan khas UPSI berada pada tahap yang tinggi (Min = 4.02, SP= 0.479) manakala
tahap kesihatan mental berada pada tahap sederhana dengan nilai (Min = 3.2..... 20 hits |