UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 4
Simplified search suggestions : Ng Kim Chew
12019
thesis
Keberkesanan pendekatan kempen pendidikan bagi menimbulkan kesedaran terhadap penipuan cinta siber di negeri Selangor
Chew Leong Wei
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan pendekatan kempen pendidikan bagi menimbulkan kesedaran terhadap penipuan cinta siber di negeri Selangor. Kajian ini juga menilai tahap penerimaan dan tahap kepuasan masyarakat terhadap pendekatan kempen dalam menangani masalah sosial yang semakin serius ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian sebelum dan selepas intervensi. Sebanyak 400 orang responden yang berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data yang diperlukan bagi kajian ini. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian-t sampel berpasangan. Min skor bagi ujian pra ialah 37.55 dengan sisihan piawai 13.83 manakala min skor bagi ujian pos ialah 55.47 dengan sisihan piawai 8.65. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan pada tahap kesedaran responden .....

1644 hits

22022
thesis
Kesan teknik SQ3R terhadap pencapaian murid tahun tiga dalam kefahaman membaca Bahasa Cina
Chew, Moi Fong
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan teknik SQ3R terhadap pencapaian kefahaman membaca Bahasa Cina tahun tiga. Kajian ini juga mengkaji tahap penguasaan kefahaman membaca mengikut kategori literal, inferens dan kritikal serta mengenal pasti tahap penerimaan murid terhadap teknik SQ3R. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan yang melibatkan jumlah seramai 68 orang murid tahun tiga dari dua buah kelas di sebuah sekolah rendah daerah Tangkak. Sampel kajian terdiri daripada 34 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 34 orang murid dalam kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pemahaman Bertulis (UPB) dan soal selidik tahap penerimaan terhadap teknik SQ3R. Data kuantitatif dikutip dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif seperti taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan p.....

715 hits

32020
thesis
Development of supervision framework for teaching practice in a public University
Chew, Wai Keng
The purpose of this study was to develop a supervision framework for teaching practice in a public university. This study also aimed: (a) to identify issues faced by student teachers, supervisors and mentor teachers during the teaching practice, (b) to explore valuable elements for developing a supervision framework, and (c) to validate the framework. The research design in this study was a framework development. The instruments used in this study consisted of a set of questionnaires, semi-structured interview, focus group discussion (FGD) and document analysis. This study involved 62 trainee teachers in the focus group discussion, eight supervisors and eight mentor teachers were involved in the interview and 353 trainee teachers were selected to respond to the questionnaires. Descriptive statistics such as frequency, percentage, mean and standard deviation were used in the study to analyse quantitative data. Thematic analysis was used to analyse the qualitative data. Key findings from.....

231 hits

42022
thesis
Kesan penggunaan peta minda dalam pemahaman teks bacaan Bahasa Cina Tahun Empat
Chew, Kai Liang
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda dalam pemahaman teks Bahasa Cina tahun empat jika dibandingkan dengan pengajaran konvensional. Kesan kedua-dua kaedah ini terhadap pencapaian markah ujian soalan pemahaman Bahasa Cina murid Tahun Empat telah dikaji. Kajian ini merupakan kajian reka bentuk campuran. Reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan pendekatan eksperimen-kuasi dan disokong oleh data kualitatif seperti analisis dokumen dan temu bual. 62 orang murid telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Dalam reka bentuk eksperimen-kuasi, sebuah kelas dijadikan kumpulan eksperimen yang menggunakan peta minda semasa pengajaran dan pembelajaran pemahaman teks Bahasa Cina selama 12 minggu. Manakala sebuah kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang menerima pengajaran konvensional. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, analisis dokumen dan temu bual. Data yang dikumpul dianalisis dengan me.....

231 hits

Filter
thesis ... (4)
article ... (38)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Ng +Kim +Chew




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.