UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 10
Simplified search suggestions : Noraini Abdullah
12016
article
Pembinaan dan penilaian makmal maya (Nora VLab) untuk menerapkan kemahiran proses Sains dalam kalangan murid
Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Wong Kung Teck, Hamzah Mahizer,
Kajian ini bertujuan membina dan menilai makmal maya (Nora VLab) yang berasaskan aplikasi multimedia bagi menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu membangunkan perisian makmal maya (Nora VLab) dalam satu sub tajuk iaitu “Ketumpatan”, mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab untuk membantu murid dalam penerapan kemahiran proses sains. Model rekabentuk pengajaran ADDIE diguna sebagai panduan rekabentuk Nora VLab. Kajian ini terdiri daripada tiga fasa. Fasa pertama kajian bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang kesukaran dan kekerapan tajuk Ketumpatan terdapat dalam sukatan mata pelajaran sains, model pembelajaran serta reka bentuk yang sesuai. Fasa kedua kajian adalah untuk membangunkan perisian Nora VLab. Susunan konsep dan kemahiran dalam perisian Nora VLab adalah berdasarkan Teori Kognitivisme, Teori Konstruktivisme dan Teori Kontekstu.....

5419 hits

22013
article
Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru Sains
Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Nik Yusuff Nik Azmah, Mansor Rosnidar,
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan empat orang guru sains yang mengajar di Kuala Lumpur dan Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sains telah mengaplikasikan Frog VLE dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran serta memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya ialah capaian internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus serta bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan pengaplikasian Frog VLE dalam kalangan guru, mereka mencadangkan agar pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekita.....

2583 hits

32014
article
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Abdullah Norazilawati, Mohd Noh Noraini, Hamzah Mahizer, Nik Yusuf Nik Azmah, Omar Rumaizah,
Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengkaji tahap kesediaan guru sains dan matematik Tahun 3 dari aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kesediaan guru dengan pengalaman mengajar. Seramai 256 orang guru sains dan matematik di daerah Seremban telah dipilih secara rawak berstrata bagi menjayakan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Data dianalisis menggunakan Statistik diskriptif iaitu frekuensi, min dan sisihan piawai serta statistic inferensi iaitu korelasi Pearson. Dapatan hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru Sains dan Matematik Tahun 3 di Seremban dari segi pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap sederhana manakala aspek minat dan sikap berada pada tahap tinggi. Melalui korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan minat terhadap pengalaman mengajar ma.....

3067 hits

42014
article
Pembinaan instrumen amalan pentaksiran guru matematik sekolah menengah
Abdullah Mohd Faizal Nizam Lee, Hamzah Mohd Sahandri Gani, Che Ahmad Che Nidzam, Adnan Mazlini, Mohamed Noh Noraini, Suhaimi Shafini,
Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen penilaian bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Instrumen ini adalah berbentuk rubrik dua lapis. Berdasarkan tinjauan literatur, instrumen kajian dibina merangkumi dua komponen utama: (1) ciri-ciri sedia ada yang dimiliki guru; serta (2) amalan yang dilakukan. Komponen pertama terdiri daripada empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan, kemahiran dan sikap. Komponen kedua, amalan yang dilakukan guru terdiri daripada lima konstruk iaitu blueprint mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Adalah diharapkan artikel ini dapat memberi gambaran mengenai instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah yang dibina...

4719 hits

52015
article
Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains
Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Mansor Rosnidar, Mohamed Hashim Abdul Talib, Wong Kung Teck,
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains yang dijalankan di sekolah menengah. Penilaian dilihat dari aspek konteks, input, proses dan produk serta hubungannya dengan pengalaman mengajar guru. Kebaikan, kelemahan, cabaran dan cadangan guru sains dalam merealisasikan PBS juga telah dikenal pasti. Kajian ini melibatkan 112 orang guru yang mengajar sains dari 21 buah sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dan soalan temu bual sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta analisis korelasi Pearson telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tahap dimensi konteks, input dan produk berada pada tahap sederhana manakala tahap dimensi proses berada pada tahap tinggi. Hipotesis kaji.....

2721 hits

62017
article
Pembinaan perisian interaktif untuk menerapkan kemahiran proses sains dalam mata pelajaran sains sekolah rendah
Abdullah Norazilawati, Nik Yusuf Nik Azmah, Mohamed Noh Noraini, Md Zabit Mohd Nazir,
1854 hits

72017
article
Scientific identity and inquiry-based teaching amongst secondary school adolescents
Nik Yusuff Nik Azmah, Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini,
2687 hits

82017
article
Keberkesanan pendekatan Flipped Classroom dalam pembelajaran sains di sekolah rendah
Mohamed Noh Noraini, Abdullah Norazilawati, Wong Kung Teck, Hamzah Mahizer,
1833 hits

92017
article
Development of interactive software for implementing the science process skills in science primary school
Abdullah Norazilawati, Dawi Amir Hasan, Mohamed Noh Noraini, Md Zabit Mohd Nazir,
1830 hits

102021
article
Parents involvement in implementation of career transition for students with learning disabilities from a teacher’s perspective in Malaysia
Noraini Abdullah
Parents' involvement is one factor that contributes to implementing career transition for students with learning disabilities (SLD) in the Special Education Integration Program (SEIP). The involvement in educating children at school could also nurture their psychological growth, sharing learning experiences, supporting and respecting the teachers' effort. This research explored parents' involvement and the obstacles they face in implementing career transition for students with learning disabilities (SLD) in Special Education Integration Program (SEIP) from a teacher's perspective in Malaysia. This research uses a qualitative and case study design. Data collection is through interviews with vocational subject teachers at SEIP. Four teachers at three secondary schools in Johore and Malacca were chosen based on a purposeful sampling technique. The data were analyzed using the ATLAS.ti 8 software. Findings show that parents' involvement at suburban schools is better than in urban schools. .....

497 hits

Filter
article ... (33)
monograph ... (2)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Noraini +Abdullah

+Mohamed +Noh +Noraini +Abdullah +Norazilawati +Wong +Kung +Teck +Hamzah +Mahizer




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.