UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 5
Simplified search suggestions : Nur Ain Kamal
12021
final_year_project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan "Mystery M'Cycle Kit" dalam subtopik pembahagian sel bagi mata pelajaran sains tingkatan empat
Mohamad Kamaasraf Besar@Kamal
Kajian ini bertujuan membina dan membangunkan “Mystery M’cycle Kit” dalam subtopik pembahagian sel dalam sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Tingkatan Empat. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan persepsi dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih. Reka bentuk dan pembangunan “Mystery M’cycle Kit” menggunakan model ADDIE. Sampel untuk kesahan terdiri daripada tiga orang pensyarah biologi yang berpengalaman. Bagi kebolehpercayaan pula, sampel terdiri daripada 30 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) yang bukan dari sampel sebenar. Manakala, persepsi kebolehgunaan terdiri daripada 97 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) bagi ambilan A172 dan A181. Dua jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Borang Kesahan Kandungan Kit dan Soal Selidik Kebolehgunaan Kit. Data kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan ini dianalisis dengan menggunakan pe.....

3774 hits

22023
final_year_project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan Multatlc dalam kalangan pelajar Kimia di UPSI
Nur Ain Kamal
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan multimedia amali bagi topik Thin Layer Chromatography (MultaTLC) dan mengenal pasti persepsi kebolehgunaan MultaTLC dalam kalangan pelajar Kimia di UPSI terhadap penggunaan multimedia amali yang dibangunkan. MultaTLC ini dibangunkan menggunakan pelbagai perisian dan aplikasi seperti Animaker dan Powerpoint. Kesemua video yang dihasilkan menggabungkan elemen multimedia seperti teks, audio dan grafik.  Sampel kajian yang digunakan adalah melibatkan seramai 132 orang pelajar semester lima, enam dan tujuh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah mengambil kursus Kimia Organik. Kajian dijalankan adalah berbentuk kuantitatif menggunakan soal selidik skala Likert empat sebagai instrumen kajian melalui kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian kesahan dan soal selidik persepsi kebolehgunaan terhadap pelajar Kimia di UPSI yang terdiri daripada aspek reka bentuk, keberguna.....

784 hits

32023
final_year_project
Persediaan untuk Trance Dance: kajian kes Penari Kuda Kepang di Kluang Johor
Siti Aishah Mustapha Kamal
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persediaan yang dilakukan oleh seorang penari sebelum memulakan permainan Kuda Kepang. Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Kluang, Johor di mana fokus utama pengkaji. Teori Victor Turner digunakan dalam kajian ini di mana dapat dikaitkan dengan permainan Kuda Kepang mengikut empat fasa yang dinyatakan dalam Social Drama. Kaedah kualititatif digunakan dalam kajian ini bagi memperolehi maklumat dan mendapatkan penerangan serta penjelasan yang jelas berkenaan kajian. Pengkaji hanya menemu bual seorang informan yang bergiat aktif dalam kesenian Kuda Kepang di Kluang, Johor. Data dianalisis dengan menggunakan deskriptif dan etnografi. Analisis deskriptif menjelaskan dan menerangkan struktur gerak Kuda Kepang semasa permainan dijalankan, manakala etnografi pula mengembangkan pemikiran dan pemahaman pengkaji berkenaan kajian yang dijalankan. Hasil kajian membolehkan pengkaji menjelaskan mengenai persediaan bagi seorang penari, struktur perg.....

982 hits

42023
final_year_project
Analisis kesalahan ejaan dan tanda baca dalam penulisan karangan murid sekolah menengah
Nurul Najihah Samsul Kamal
Kajian ini merupakan satu kajian yang berkaitan dengan analisis kesalahan ejaan dan tanda baca dalam penulisan karangan murid Tingkatan Tiga di SMK (LKTP) Jengka 16, Maran, Pahang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan ejaan kata asli bahasa Melayu dan kesalahan ejaan kata pinjaman yang dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan. Selain itu, pengkaji turut mengenal pasti kesalahan tanda baca yang dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan. Seramai 30 orang murid Tingkatan 3 yang terdiri daripada sebuah kelas di SMK (LKTP) Jengka 16 telah dipilih sebagai responden. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif, iaitu dengan menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan dengan melibatkan instrumen hasil penulisan karangan responden bagi memperoleh data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 169 kesalahan ejaan, iaitu 136 kesalahan ejaan kata asli bahasa Melayu dan 33 kesalahan ejaan kata pinjaman. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat 7.....

1973 hits

52024
final_year_project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan modul HOBIT dalam pelaksanaan projek STEM
Nur Imanina Mohd Kamal
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul Hats of Biology Thinking (HOBIT) yang membimbing murid menjana idea semasa pelaksanaan projek STEM. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan persepsi kebolehgunaan modul HOBIT bagi kegunaan murid semasa pelaksanaan projek STEM. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian pembangunan dengan berpandukan model ADDIE. Kaedah kualitatif iaitu melalui temubual separa struktur dilaksanakan bagi mendapatkan persepsi kebolehgunaan modul HOBIT yang dibangunakan. Seramai tiga orang pakar pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Terdapat dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu borang kesahan pakar dan protokol temubual separa struktur berkaitan kebolehgunaan modul. Modul HOBIT yang dibangunkan memperoleh nilai kesahan yang baik iaitu 87.5 % bagi kesahan muka dan 90% bagi kesahan kandungan. Persepsi kebolehgunaan modul HOBIT ditentukan melal.....

70 hits

Filter
thesis ... (11)
article ... (75)
conference_item ... (1)
monograph ... (7)
bulletin ... (3)
research_report ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Nur +Ain +Kamal




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.