UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nurul Hafizah Masni |
1 | 2017 thesis | Pembinaan modul pembelajaran teradun nutrisi di hujung jari dan kesannya terhadap pencapaian pelajar Nurul Hafizah Masni Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji keberkesanan modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari terhadap pencapaian pelajar biologi tingkatan empat. Modul ini dibina berdasarkan model Sidek & Jamaludin dan pembinaan blog pula berpandukan model ADDIE. Kaedah penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan ujian pra dan pasca telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian telah dipilih dari dua buah sekolah di negeri Perak. Seramai 44 orang pelajar biologi telah dipilih dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan rawatan secara sama rata. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari dan ujian pencapaian. Modul ditentu sahkan melalui skala persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan ujian-t bagi menunjukkan perbezaan antara pembolehubah kajian. Dapatan kajian menunjukan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan dengan peningkatan..... 4745 hits |