UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 4 |
Simplified search suggestions : Othman Soh |
1 | 2019 final_year_project | Pengaruh persekitaran fizikal ke atas pencapaian akademik murid di SMK Dato Abdul Rahman Yaakub Muhammad Khair Mohd Othman Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh antara beberapa faktor
persekitaran fizikal terhadap pencapaian akademik murid di SMK Dato Abdul Rahman
Yaakub. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif di mana data telah dikutip dengan
menggunakan kaedah soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 111 orang murid
tingkatan empat. Data yang dikutip dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan
statistik inferensi dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for the
Social Science (SPSS) versi 25.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min, dan
regresi. Hasil ujian regresi menunjukkan terdapat pengaruh pencahayaan bilik darjah ke
atas pencapaian akademik murid manakala faktor bunyi dan suhu tidak mempunyai
pengaruh yang signifikan ke atas pencapaian akademik murid. Lanjutan daripada hasil
dapatan kajian, pihak sekolah perlu memberi penumpuan kepada pembangunan
persekitaran pembelajaran dengan menyediakan bilik darjah yang kondusif untuk
mendapatkan sesi pe..... 1116 hits |
2 | 2023 final_year_project | The knowledge and application of protective equipment among Hockey players in University Pendidikan Sultan Idris Syahmina Othman Introduction: Injury are noticeably high among field hockey players in Malaysia in which
more than half of the players had lower limb injuries and up to 75% of field hockey players
survived at least one acute injury during a game or practice and the trend is keep going
up till now even though sport protective equipment as injury prevention in Hockey has
been practiced. Objective: This study aims to identify the injury history and determine the
level of knowledge and application of protective equipment among hockey players in
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Methodology: 46 respondents currently play Hockey
sport in UPSI and have participated in this study. The respondents were given a set of
questionnaires that have been blasted through an online platform, the questionnaire
consist of four sections; A) demography, B) injury history, C) knowledge in protective
equipment, and D) application of protective equipment. Result: Six questions of each
section (Sections C and D) an..... 578 hits |
3 | 2023 final_year_project | Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan kit eksperimen ResRob Kit bagi subtopik respirasi aerob, Biologi Tingkatan Empat Nurfatihah Umairah Othman Kajian ini bertujuan untuk membangunkan ‘ResRob Kit’ dan melihat kebolehgunaan
penggunaan produk ini sebagai Bahan Bantu Belajar (BBB) kepada pelajar Biologi di
sekolah serta menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan kit ini. Reka bentuk kajian
ini merupakan kajian pembangunan berdasarkan model ADDIE serta menggunakan
pendekatan kualitatif. Kesahaninstrumen yang dilakukan oleh tiga pakar iaitu dua orang
pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan seorang guru Biologi dari Pulau
Pinang. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar Biologi Tingkatan Empat
di daerah Sebernag Perai Tengah. Nilai purata kebolehpercayaan (Alfa Cronbach)
instrumen kajian terhadap pelajar adalah 0.96. Kaedah persampelan rawak secara
berkelompok digunakan dalam kajian ini iaitu ke atas 92 orang pelajar Biologi tngkatan
empat di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Persepsi kebolehgunaan
‘ResRob Kit’ terhadap pelajar Biologi Tingkatan Empat diuji dengan menggunak..... 570 hits |
4 | 2024 final_year_project | Pembangunan dan kebolehgunaan kad imbas Salt Prep bagi standard kendungan penyediaan garam Liyana Syasya Othman Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah bahan bantu pembelajaran, iaitu
kad imbas bagi standard kandungan penyediaan garam. Kajian ini juga bagi menguji
kebolehgunaan kad imbas Salt Prep dari aspek kebergunaan, kepuasan, mudah diguna
dan mudah dipelajari dalam kalangan pelajar kimia tingkatan 4. Kajian ini adalah
kajian pembangunan yang menggunakan model ADDIE sebagai model reka bentuk
instruksional. Kajian ini melibatkan 153 orang responden pelajar tingkatan 4 di tujuh
buah sekolah menengah di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian kesahan kandungan dan soal
selidik kebolehgunaan kad imbas Salt Prep. Data dianalisis menggunakan analisis
deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan nilai kesahan kandungan kad imbas Salt Prep
ialah 100%. Nilai pekali alfa Cronbach bagi kebolehpercayaan soal selidik
kebolehgunaan kad imbas Salt Prep adalah 0.965. Dapatan kajian kebolehgunaan kad
imbas Salt Prep menunjukkan nila..... 41 hits |