UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 10
12007
book_section
Kecenderungan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memilih minor Geografi
Hashim Mohmadisa,
2614 hits

22006
book_section
Keberkesanan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu UPSI
Mahmood Abd. Hamid, Radzi Idris Mohd,
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu mula ditawarkan kepada pelajar mulai Jun 1997 melalui dua Perintah, iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997. Seramai 37 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lulusan Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) yang terdiri daripada guru yang telah tamat mengikuti kursus dua semester di maktab-maktab perguruan. Kelayakan mereka diiktiraf setara dengan lulusan tahun satu di universiti tempatan. Oleh itu, mereka diterima masuk ke universiti sebagai pelajar tahun dua dan bergraduat pada 1999. Pada Mei 1998, program ini mengambil 69 pelajar lulusan KDPK melalui cara yang sama seperti yang telah dilakukan semasa pengambilan pertama dibuat. Mereka telah bergraduat pada 2000. Mulai ambilan Mei 1999 prosedur pengambilan pelajar ke program ini berubah. Komposisi pelajar yang diterima masuk lebih pelbagai dengan membuka peluang kepada lulusan Sijil Tinggi Persek.....

1716 hits

32006
book_section
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apresiasi pendidikan seni dengan menggunakan multimedia interaktif bertajuk ‘lawatan ke Balai Seni Lukis Negara’
Hassan Iberahim, Mohd Ghazali Hassan, Omar Jamilah,
Bidang apresiasi seni merupakan salah satu daripada topik sukatan pelajaran pendidikan seni. Bidang ini menitikberatkan pengetahuan dalam bidang sejarah seni lukis Malaysia, Perkembangan Serii Visual serantau dan penghayatan karya pelukis Malaysia. Bidang ini juga merupakan bidang yang paling sukar diajar di peringkat persekolahan, kerana realitinya bidang pendidikan seni dibebani dengan pengajaran berdasarkan aspek psikomotor. Justeru itu pengajaran dalam bentuk teori agak sukar untuk diajar kerana terdapat pelajar membuat tanggapan bahawa pendidikan seni adalah mata pelajaran kerajinan yang tidak melibatkan aspek teori. Penggunaan bahan pengajaran dalam pendidikan seni telah pun lama digunakan, guru-guru kebiasaannya menggunakan carta, slaid dan overhead projector sebagai bahan pengajaran dalam bilik seni. Namun demikian penggunaan bahan multimedia masih belum diuji keberkesanannya terutama dalam pembelajaran kendiri dalam pendidikan seni. Oleh yang demikian dapatan kajian ini merupa.....

2126 hits

42006
book_section
Kajian keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
Hassan Iberahim, Ibrahim Md. Nasir, Arshad Mohd Zaihidee, Omar Jamilah,
Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti tahap kemahiran guru dalam bidang Pendidikan Seni Visual dalam usaha untuk berfungsi secara berkesan. Kajian ini juga melihat perbezaan antara tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri latar belakang dan hubungan antara keperluan dan tahap kompetensi. Keutamaan kompetensi mengikut persepsi guru-guru pendidikan seni juga dilihat. Di samping itu, kajian juga melihat sikap murid-murid terhadap Pendidikan Seni Visual. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan murid-murid tahun enam di sekolah rendah di kawasan Batang Padang, Manjung, Kinta, Shah Alam dan Wilayah Persekutuan. Jumlah sekolah yang dilibatkan adalah 41 buah dengan sejumlah 67 orang guru dan 1088 murid tahun enam. Kompetensi yang dikaji meliputi empat kategori iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan hubungan interpersonal. Kaedah deskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (ujian-t, ANOVA Sehala, da.....

1860 hits

52006
book_section
Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik kursus tamadun Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jemali Misnan, Hashim Ibrahim, Kasim Ahmad Yunus, Bistamam Mohamad Nasir,
Gaya pembelajaran merupakan antara faktor penting yang menentukan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan gaya pembelajaran di kalangan pelajar kursus Tamadun Islam TITAS 1, perbezaan gaya dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Tiga gaya pembelajaran yang dikaji ialah motivasi, mendalam dan mendatar. Kajian menggunakan kaedah tinjauan semasa dan sampelnya terdiri daripada 400 pelajar semester dua di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Data dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS untuk menentukan korelasi intra dan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik serta ujian-t untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa walaupun wujud hubungan positif antara ketiga-tiga gaya pembelajaran, hubungan antara gaya motivasi dan mendalam adalah lebih kuat dengan pencapaian TITAS 1. Aras motivasi mempunyai pengaruh ke atas p.....

2687 hits

62006
book_section
Geometer Sketchpad : penggunaannya dalam pembelajaran Matematik Tambahan
Puteh Marzita, Masri Rohaidah,
Kursus Lepasan Ijazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad GSP) di dalam kurikulumnya sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan GSP di sekolah-sekolah menengah adalah salah satu objektif Kementerian Pendidikan dan diharapkan projek ini dapat merealisasikan kehendak itu. Memandangkan era teknologi dan penggunaan ICT yang begitu pesat, maka penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam projek ini satu prototaip perisian menggunakan GSP untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan tajuk-tajuk kurikulum matematik di sekolah menengah telah dibangunkan, diuji dan dikaji agar satu pengkalan data perisian pengajaran pembelajaran berkaitan geometri diwujudkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru. Prototaip ini mengandungi lima bahagian.....

1410 hits

72006
book_section
Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah : kajian kes di Majlis Daerah Tanjong Malim
Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti .....

848 hits

82006
book_section
Persepsi ahli akademik dan majikan tentang kemahiran yang perlu dimiliki oleh siswazah Pengurusan Perniagaan dalam menepati kehendak pasaran
Mohd Rhouse Suraini, Abd. Razak Azila,
Liputan akhbar sering mengkritik siswazah dari Institusi Pendidikan Tinggi Awara dan mendakwa mereka mempunyai kekurangan dari aspek kemahiran komunikasi, kebolehan berbahasa Inggeris, pemikiran kreatif, dan kebolehan interaksi sosial yang diperlukan untuk memperolehi pekerjaan. Isu ini hangat diperkatakan, namun kajian saintifik tempatan berhubung isu ini masih terlalu kurang. Menyedari hakikat pentingnya aspek kemahiran ini ditekankan maka kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mendapat maklum balas ahli akademik dan majikan terhadap aspek penguasaan kemahiran hubungan manusia dan komunikasi, analitikal dan konseptual, pemikiran kreatif dan kritis, teknikal, kerja berpasukan, kepimpinan, mengurus perubahan, dan atribusi yang perlu dimiliki. Di samping itu kajian ini bertujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan persepsi di antara ahli akademik dengan majikan mengenai aspek kemahiran yang dinyatakan di atas. Sampel kajian terdiri daripada .....

684 hits

92006
book_section
Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dan pencapaian akademik pelajar-pelajar UPSI
Jantan Ramlah,
Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 yang menekankan Sistem Pendidikan Kebangsaan bertaraf dunia telah menegaskan pentingnya ‘mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif dan kritis’ di kalangan pelajar-pelajar (Kementerian Pendidikan 1995). Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan. Perkembangan daya intelek individu diberikan penekanan utama dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi. Selaras dengan Saranan ini, maka kemahiran berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar. Kemahiran berfikir dijadikan agenda pendidikan utama dalam Wawasan 2020 sebab dalam menghadapi cabaran era globalisasi hanya pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif sahaja yang boleh mengharunginya dengan jaya. Oleh itu, pelajar-pelajar dari sekolah rendah hingga.....

788 hits

102007
book_section
Keberkesanan penggunaan model pengajaran dan pembelajaran dengan ICT dalam pembelajaran teknologi maklumat pelajar tingkatan empat SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak
Ibrahim Mohamad,
Perkembangan awal penggunaan teknologi dalam pendidikan kebanyakannya berasaskan kepada anjuran daripada Teori Pembelajaran Behaviorisme dan Kognitivisme, di mana teknologi digunakan untuk mengajar, seolah-olah ia menggantikan tempat guru. Ini bermakna pengetahuan terletak di dalam teknologi dan teknologi mempersembahkan pengetahuan kepada murid. Peranan murid adalah untuk belajar pengetahuan yang dipersembahkan oleh teknologi, sebagaimana mereka mempelajari pengetahuan yang diberikan oleh guru. Aliran Konstruktivisme pula berpendapat penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harus berubah dari peranan tradisional teknologi sebagai guru kepada teknologi sebagai rakan di dalam proses pembelajaran. Pelajar harus belajar dengan teknologi, bukannya belajar dari teknologi. Teknologi harus menjadi rakan intelektual pelajar. Dalam kajian ini satu model pengajaran dan pembelajaran berasaskan pandangan Konstruktivisme dibangunkan, iaitu dinamakan Model Pengajaran dan Pembelajaran d.....

1038 hits

Filter
thesis ... (719)
article ... (1394)
book ... (3)
book_section ... (10)
conference_item ... (18)
monograph ... (129)
final_year_project ... (119)
annual_report ... (4)
bulletin ... (54)
research_report ... (21)



Specific Period







Top 5 related keywords

+PENDIDIKAN +ISLAM

+PENDIDIKAN

+pendidikan +moral

+pendidikan +awal +kanak +kanak

+Universiti +Pendidikan +Sultan +Idris




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.