AbstractABSTRAK Kesejahteraan mobiliti merujuk kepada kemampuan individu untuk melakukan perjalanan dengan bebas dan selamat dalam ruang persekitaran tanpa halangan. Mobiliti yang efektif dan inklusif memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk untuk mengakses kemudahan asas sosial dengan mudah dan berkesan. Oleh itu, pengangkutan awam yang cekap dan efisien mempunyai kepentingan dalam meningkatkan kesejahteraan mobiliti manusia. Kajian ini adalah untuk membincangkan bagaimana keberkesanan pengangkutan awam dapat mempengaruhi kesejahteraan mobiliti pengguna. Kajian ini menggunakan pangkalan data dari internet iaitu sebanyak 6 artikel daripada Scopus, 15 artikel daripada sciencedirect, dan 17 artikel daripada google scholar dilakukan untuk pemilihan artikel dengan memasukkan kata kunci seperti ‘kesejahteraan mobiliti’ dan ‘keberkesanan pengangkutan awam’. Analisis tematik digunakan dalam kajian ini untuk mengklasifikasikan faktor-faktor keberkesanan pengangkutan .....