UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Rosnita Mat Ail
12019
thesis
Hubungan kepuasan kepuasan kerja ketua panitia dengan komitmen organisasi sekolah rendah di zon Keramat, Kuala Lumpur
Rosnita A.Rahim
Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi dalam kalangan Ketua Panitia sekolah rendah di Zon Keramat, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan Inventori Kepuasan Kerja Herzberg dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ). Seramai 251 orang Ketua Panitia daripada 25 buah sekolah yang terpilih terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan kerja mempengaruhi komitmen organisasi (β = 0.772, p < 0.05). Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja berdasarkan jantina t=(251; p=0.363) = 0.911, p > 0.05 dan umur, F(3,247; p=0.297)= 1.23, p > 0.05. Pengalaman mengajar didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi F(2,248; p=0.044) = 3.171, p < 0.05. Pengalaman sebagai Ketua Panitia didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja F(2,248; .....

1481 hits

22020
thesis
Kesediaan penggunaan pembelajaran maya dalam kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Kuala Selangor
Rosnita Mat Ail
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan terhadap penggunaan pembelajaran maya dalam kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Kuala Selangor. kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara kesediaan penggunaan pembelajaran maya dengan jantina dan jenis sekolah. Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) oleh Venkatesh (2003) telah digunakan dalam kajian ini. Pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti dalam mempengaruhi kesediaan guru terhadap penggunaan Pembelajaran Maya berdasarkan model UTAUT ialah Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial dan Keadaan Kemudahan. Seramai 322 Sampel telah dipilih secara rawak dari kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Kuala Selangor iaitu 235 guru SK, 41 guru SJKC dan 46 guru SJKT. Instrumen soal selidik telah digunakan dan dianalisis secara analisis deskriptif dan inferensi iaitu korelasi. Keputusan kajian mendapati guru-guru bersedia untuk menjalankan pembelajaran maya di sekolah (min=3.36).....

811 hits

Filter
thesis ... (2)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Rosnita +Mat +Ail




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.