UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Sharliza Mohd Salleh |
1 | 2017 thesis | Kesan modul kemahiran berfikir aras tinggi terhadap pencapaian Sains murid tahun satu Sharliza Mohd Salleh Tujuan kajian ini adalah untuk membina modul kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Sains Tahun Satu dan melihat keberkesanan penggunaan modul KBAT terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran sains. Keberkesanan modul diukur dengan melihat perbezaan skor pencapaian melalui ujian-pra dan ujianpos. Modul dibina bagi lima tajuk mata pelajaran sains yang dipilih dan berasaskan kepada model ADDIE. Soalan kemahiran berfikir aras tinggi yang diterapkan dalam modul adalah berdasarkan Taksonomi Bloom. Reka bentuk kajian ini ialah jenis kuasi-eksperimental. Instrumen yang digunakan ialah dua set soalan subjektif ujian-pra dan ujian-pos yang setara. Sampel kajian adalah 32 orang murid tahun satu yang dibahagikan kepada dua kumpulan sama banyak dan dipilih secara persampelan bertujuan. Seorang guru mengajar kumpulan kawalan menggunakan modul Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KSSR) manakala seorang guru lagi mengajar kumpulan eksperimen menggunakan modul KBAT. Pengajaran dan pem..... 577 hits |