UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 10
12018
research_report
Membina dan menilai modul bacaan LIKES bagi meningkatkan kemahiran membaca murid Orang Asli
Norwaliza Abdul Wahab
Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul khusus bagi meningkatkan kemahiran membaca murid Orang Asli dan menilai keberkesanan modul. Pembinaan modul adalah berdasarkan kepada model ADDIE melalui lima peringkat.iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Kajian ini menggunakan dua jenis pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah dilaksanakan dalam kajian ini manakala pendekatan kualitatif berlaku melalui temu bual dan senarai semak pemerhatian murid dalam bilik darjah. Kajian ini melibatkan 10 orang murid Orang Asli dari 3 buah sekolah Orang Asli. Setiap sekolah ditetapkan masing-masing lima orang murid dalam kumpulan kawalan dan lima orang murid dalam kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan ialah ujian diagnostik, ujian pra, ujian pasca, senarai semak pemerhatian murid dan borang maklum balas guru. Analisis kajian juga mendapati bahawa terdapat peningkatan pada keputusan ujian pas.....

440 hits

22018
research_report
Pembangunan dan keberkesanan Modul Eksperimen dan Demonstrasi Fizik Berbantukan Telefon Pintar (MFBTP) bagi tajuk data dan gerakan di UPSI
Tho, Siew Wei
Objektif kajian ini adalah untuk membangun dan menguji keberkesanan Modul Eksperimen dan Demonstrasi Fizik Berbantukan Telefon Pintar (MFBTP) dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar melalui penggunaan telefon pintar secara inovatif. Kajian ini menggunakan dua reka bentuk kajian iaitu kajian reka bentuk dan pembangunan dan kajian eksperimen. Reka bentuk dan pembangunan modul ini menggunakan model ADDIE (Analisis, Reka bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian). Manakala, kajian eksperimen menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen di mana kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dipilih secara rawak mudah kelompok satu peringkat daripada kursus diploma Fizik Asas I. Dua jenis instrumen kajian telah diadpatsi, dibina dan digunakan iaitu, pra- dan pascaujian dan juga soal selidik persepsi pelajar terhadap penggunaan MFBTP modul. Data dianalisis dengan menggunakan analisis inferensi dan deskriptif. Analisis statistik inferensi melibatkan ujian-t dan saiz kesan manakala a.....

605 hits

32018
research_report
Pembangunan dan penilaian perisian kursus pembelajaran pengaturcaraan bagi meningkatkan keupayaan Computational Thinking dalam kalangan pelajar Novis
Nor Hasbiah Ubaidullah
Kajian ini bertujuan membangunkan perisian kursus pendidikan berasaskan web portal (My- ProgCT) yang bertindak sebagai alat bantu mengajar pengaturcaraan serta computational thinking, dan menilai keberkesanan perisian kursus tersebut. Kajian ini melibatkan gabungan kajian pembangunan perisian dan penilaian terhadap perisian yang dibangunkan. Kaedah kualitatif yang mana temu bual dijalankan terhadap sepuluh (10) responden bagi mengumpul data tentang keperluan terhadap perisian dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Manakala dalam pembangunan perisian kursus, model reka bentuk berarah ADDIE digunakan dan penilaian keberkesanan perisian, kajian eksperimental dengan kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan digunakan. Responden penilaian terdiri daripada 60 pelajar yang mengambil kursus pengaturcaraan di salah sebuah pusat persediaan universiti di Perak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min markah ujian pengaturcaraan bagi kumpulan rawatan b.....

314 hits

42018
research_report
Development and evaluation of solar energy project module for pre-university programme level and its impact on students.
Faridah Lisa Supian
The main objectives of this research is to design and develop the Solar Energy project module entitled SESTEM. In this 34 pages module, technologies were embedded which there are QRCodes and links of videos that were mainly made for this module by the research assistant. This research is design based on ADDIE model (analyse, design, development, implementation and evaluation. Firstly, we analyse the requirements and criteria for developing the hands-on activity related to solar project. Next, designing the hands-on STEM-based and in the same time develop the module consist of several projects. Furthermore, we developed a set of questionaire survey using the Technology Acceptance Model (TAM) method in order to evaluate the students’ perception of the complete Solar Energy STEM module...

681 hits

52018
research_report
Development of repertoire book for viola intermediate level using Malaysian folk songs
Ayderova, Violetta
To preserve the heritage and identity of folk songs of Malaysian ethnic groups, it is necessary to include them in educational material using western notation transcriptions. This research continues from the previous study that was completed with the creation of the method book for viola at the beginner level. The current research result is a repertoire book containing transcriptions of folk songs (six Malay, two Chinese and one Indian) for intermediate viola players. Malaysian folk songs are rich in embellishment types and need to be studied by utilising the western ornamentation signs in music scores. The resulting book introduces the common types of ornamentation signs utilised in Malaysian folk song transcriptions and exercises with notated explanations and practice methods. The book is organised following international requirements for the intermediate viola level. Research was carried out using a quantitative approach, and the ADDIE (Analysis; Design; Development; Implementation;.....

357 hits

62018
research_report
Pembangunan Modul pengajaran berasaskan pemikiran bidang perkaitan dan Algebra Tingkatan Satu bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Nor\'ain Mohd Tajudin
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pengajaran Berasaskan Pemikiran (Thinking-Based Learning, TBL) bidang Perkaitan dan Algebra Tingkatan Satu iaitu topik Ungkapan Algebra. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan menggunakan model yang dibangunkan oleh Mohd Afifi (2017) berasaskan Model ADDIE (Piskurich, 2006) dan Model Kemp, Morrison, & Ross (1998). Kajian telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka bentuk Modul TBL,(3) Pembangunan Modul TBL (4) Pelaksanaan pengajaran, dan (5) Penilaian Modul TBL. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Analisis Keperluan, Borang Kesahan Kandungan, dan Soal Selidik Kebolehpercayaan Modul. Kesahan modul dilaksanakan oleh tiga pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan kebolehpercayaan modul dipilih secara rawak terdiri daripada 34 guru pra-perkhidmatan matematik daripada sebuah Univeristi Awam. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indek kesahan kandungan modul TBL ialah 1.00, dan (2) Indek kebolehpercayaaan .....

271 hits

72018
research_report
Pembangunan model pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional UPSI (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning
Ridzwan Che Rus
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning. Proses untuk membangunkan modul TVETaGogi adalah berpandukan model ADDIE yang mengandungi tiga fasa. Data fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas 2 orang tenaga pengajar dan 62 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan kepujian yang mengambil mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Pertanian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dapatan daripada item soal selidik dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti keperluan bagi pembinaan modul TVETaGogi. Data fasa kedua peringkat reka bentuk modul diperoleh melalui teknik Delphi Ubahsuai berdasarkan pandangan dan keputusan sembilan ahli panel pakar yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang pertanian, teknologi pendi.....

246 hits

82018
research_report
Pembinaan modul aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) kursus Pengajian Kenegaraan berkonsepkan pembelajaran abad ke-21
Siti Noranizahhafizah Boyman
Penyelidikan ini bertujuan membangunkan modul kursus Pengajian Kenegaraan mengikut topik berkonsepkan Pembelajaran Abad ke-21. Hasil kajian literatur mendapati pembelajaran abad ke-21 memberi kesan yang positif kepada sikap, motivasi, penguasaan ilmu pelajar dan tidak hanya tertumpu kepada fakta dan teori semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran abad ke-21 perlu banyak diaplikasikan dalam pengajaran supaya pelajar lebih berdaya saing. Yang paling penting, ibu bapa memahami dan menyokong penuh transformasi pendidikan yang melibatkan proses pembelajaran abad ke-21. Dapat dikatakan pembelajaran abad ke-21 menjadikan pendidikan sedia ada lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam penyelidikan ini, kursus Pengajian Kenegaraan (HNP2012) dipilih untuk dibangunkan sebuah modul aktiviti PdP berkonsepkan pembelajaran abad ke-21. Kursus ini dipilih kerana, kursus wajib universiti yang melibatkan semua program dan sesuai bagi memenuhi salah satu tujuan pembelajaran abad .....

423 hits

92018
research_report
Pengajaran nahu Arab berdasarkan modul formula pola ayat dalam kalangan pelajar ISM Bahasa Arab dengan Pendidikan di UPSI
Saipolbarin Ramli
Modul formula ayat ini dibangunkan sebagai modul alternatif yang dapat digunakan dalam pengajaran nahu bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pembangunan modul formula pola ayat ini sebagai satu kaedah alternatif untuk membantu pelajar menguasai topik-topik asas yang terdapat dalam nahu bahasa Arab. Terdapat empat topik asas yang terlibat dalam kajian ini iaitu Tarkib Idafiy, Tarkib Na’tiy, ayat kerjaan dan ayat namaan. Model intruksional ADDIE dan model Pengintegrasian Teknologi (TIP) digunakan dalam kajian ini. Selain itu, dalam perlaksanaan modul, model domain kognitif Taksonomi Bloom diguna pakai dalam kajian ini. Seramai 52 sampel yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan sesi kemasukan 2015/2016 terlibat dalam kajian ini. Instrument yang digunakan dalam kajian ini merangkumi soal selidik, ujian diagnostik dan ujian pra dan; ujian post. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan skor ujian pra dan ujian pos.....

363 hits

102018
research_report
Perisian pendidikan Pembelajaran Berasaskan Permainan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri bagi memotivasikan pelajar mempelajari kursus pengaturcaraan
Nor Hasbiah Ubaidullah
Kajian ini bertujuan membangunkan perisian Pembelajaran Berasaskan Permainan (GBL) yang dinamakan Prog-GBL dengan menerapkan pendekatan pembelajaran masteri dan elemen motivasi model ARCS bagi membantu pelajar dalam mempelajari pengaturcaraan; dan menilai perisian tersebut dari aspek motivasi pelajar terhadap pembelajaran pengaturcaraan. Pembangunan perisian adalah berasaskan model ADDIE dan penilaian pula berasaskan teknik tinjauan. Responden penilaian terdiri daripada 30 orang pelajar yang mengambil kursus pengaturcaraan di salah sebuah universiti awam di negeri Perak. Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah berasaskan Instructional Materials Motivation Survey (IMMS) yang mengandungi sub skala perhatian, relevan, keyakinan dan kepuasan Dapatan kajian menunjukkan perisian Prog-GBL dengan pengintegrasian pendekatan pembelajaran masteri dan elemen motivasi model ARCS dapat membantu memotivasikan pelajar dalam belajar pengaturcaraan. Penilaian terhadap keempat-empat elemen.....

252 hits

Filter
thesis ... (128)
article ... (110)
monograph ... (4)
research_report ... (10)



Specific Period







Top 5 related keywords

+addie

+model +addie

model+addie+

+model +addie +video

+model +addie +aplikasi




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.