UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 9
12008
monograph
Pembinaan perisian multimedia pintar teknologi maklumat KBSM
Hassan Haslina, Said Che Soh, Johan Rasyidi, Fabil Norasikin, Hanif Abd Samad, Mailok Ramlah, Hashim Mashitoh,
4372 hits

22003
monograph
Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran Multimedia Interaktif Sains
Ibrahim Mohamad, Md. Saad Mohd. Nazri, Mohamad Yatim Maizatul Hayati, Johan Rasyidi, Teh Hui Ping,
This study involved the application of CD-ROM dan web-based course management system, WebCT in the teaching and learning activities. The integration of CD-ROM and web application eased the use of multimedia materials in "on-line" or "off-line" learning. This method provided a more open learning opportunities to the students. They had the opportunity to learn according to their level of capability and also free to revisit any section of the learning contents to enhance their understanding. WebCT application enabled the students to communicate virtually with teachers and friends over the internet by using e-mail, bulletin board, forum and discussion group that were provided in the system. The students could initiate discussion by posting questions on the topics or subjects that they did not understand on the WebCT at any time and any place. The instructor could provide solutions, guidelines or more information to help the students better understand the topic or subject they have learnt. .....

5904 hits

32008
monograph
Multimedia interaktif dan p&p reka bentuk poster satu integrasi dalam meningkatkan prestasi pelajar, satu kajian eksperimen
Zalay@Zali Abdul Aziz,
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perubahan persepsi pre-pos pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek Reka Bentuk Poster secara konvensional dan setelah diintegrasikan dengan Pembelajaran bantuan Komputer di kalangan pelajar Komunikasi Visual di Fakulti Seni Dan Muzik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen rawak Pra-Pasca ujian satu kumpulan yang melibatkan 35 sampel. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan soalan kuiz. Data dianalisis dengan menggunakan 'Courseware' SPSS versi 11 dan EXCEL. Penyelidik menggunakan kaedah statistik inferens (ANOVA dan ujian t) dan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan dan min). Dapatan kajian menunjukkan pencapaian akademik pelajar adalah lebih tinggi dan signifikan dibandingkan dengan prestasi mereka sebelum menjalani sesi rawatan. Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara PBK dan pembelajaran konvensional da.....

1748 hits

42007
monograph
Hubungkait kemahiran penggunaan komputer dengan perisian multimedia ke atas pembelajaran Matematik kanak·kanak prasekolah
Masnan Abdul Halim,
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungkait kemahiran komputer dengan perisian multimedia ke atas "pembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah. Sarnpel terdiri daripada 29 orang kanak-kanak berumur lima dan enam tahun. Keputusan analisis Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat perkaitan signifikan antara latar belakang keluarga dengan kemahiran komputer dan pembelajaran matematik kanak-kanak. Hasil ujian Korelasi yang dijalankan menunjukkan terdapat perkaitan negatif antara kemahiran komputer terhadap pembelajaran matematik kanak-kanak, Hasil dari ujian T-test mendapati tidak terdapat perbezaan kemahiran komputer di antara kanakkanak berumur lima dan enam tahun dan kebolehan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Juga didapati tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang mempunyai komputer di rumah dengan yang tidak mempunyai komputer di rumah terhadap pembelajaran matematik mereka. Kajian ini memberi implikasi bahawa kanak-kanak boleh mendapat pengetahuan.....

1355 hits

52002
monograph
Keberkesan pengajaran dan pembelajaran apresiasi pendidikan seni dengan menggunakan multimedia interaktif bertajuk lawatan ke Balai Seni Lukis Negara
Iberahim Hassan
Tujuan kajian ini adalah untuk menmjau pencapaian pelajar setelah menerima pembelajaran melalui multimedia interaktif. Kajian ini juga melihat kesan pembelajaran dengan menggunakan multimedia ke atas motivasi dan minat belajar di kalangan pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran pendidikan seni. Kajian dibuat terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan, iaitu Sekolah Menengah Khir Johari Tanjong Malim, Perak, Sekolah Menengah Buyung Adil Tapah Perak, dan Sekolah Menengah Felda Besaout, Perak Darul Ridwan. Seramai 50 orang daripada 91 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan 4 di sekolah tersebut dipilih secara rawak untuk sampel kajian. Reka bentuk kajian bercorak eksperimen dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan multimedia dan menggunakan kaedah pengajaran tradisi sebagai perbandingan, menggunakan reka bentuk satu kumpulan pra ujian dan pasca ujian dan analisis ujian- t. Dalam hal ini satu koswer yang bertajuk 'Lawata.....

578 hits

62008
monograph
Art-tech persepsi pelajar semester 1 Pendidikan Seni Visual, FSM, UPSI terhadap pembelajaran bantuan komputer dalam p&p lakaran asas
Abd Aziz Adnan,
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau persepsi pelajax terhadap penggunaan courseware Pengenalan Kepada Lakaran Asas. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 11 dan EXCEL. Penyelidik menggunakan kaedah statistik inferens (ANOVA dan ujian t) dan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan dan min). Multimedia interaktif yang dibina sebagai bahan kajian dibangunkan oleh penyelidik dengan menggunakan perisian Macromedia Director versi 8.5. Penyampaian konsep dalam perisian ini menggunakan Teori Konstruktivisme manakala konsep pembelajaran kendiri yang digunakan dalam perisian ini adalah berasaskan Teori Motivasi Humanistik. Responden kajian terdiri daripada 48 orang pelajar yang mendaftar untuk mata pelajaran Lakaran Asas di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar dengan pembolehubah-pembolehubah terhadap penggunaan perisian multimedia i.....

1184 hits

72010
monograph
Kajian penyesuaian program pengajian UPSI dengan bidang pekerjaan (graduan 1999-2009)
Kasa Zakaria, Ibrahim Mohamad, Kahar Mohd Ramli Buyong, Dawi Amir Hasan, Hashim Ahmad, Che Omar Che Mohd Zulkifli, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Oth
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesesuaian program pengajian yang ditawarkan oleh UPSI dengan bidang pekerjaan. Lapan aspek yang dilihat ialah kesediaan graduan UPSI meneruskan pengajian diperingkat lebih tinggi, kesesuaian program UPSI dengan keperluan bidang keguruan, pandangan graduan terhadap pelaksanaan kokurikulum, kesesuaian kokurikulum dengan keperluan sekolah, kesediaan graduan bekerja sebagai guru atau bukan guru di luar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kesesuaian program pengajian UPSI dengan keperluan semasa bidang keguruan mengikut pandangan majikan guru, kesesuaian prasarana dan kemudahan untuk program pengajian mengikut pandangan pensyarah dan kesesuaian graduan bekerja diluar bidang keguruan mengikut pandangan majikan bukan guru. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data daripada graduan yang bergraduat dari tahun 1999 hingga 2009 (populasi 14,942, sampel 1500 dan 80% memberi maklumbalas), majikan .....

18491 hits

82003
monograph
Geometer Sketchpad: penggunaannya di dalam pembelajaran Matematik tambahan
Puteh Marzita, Masri Rohaidah,
Kursus Lepasan ljazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad (GSP) di dalam kurikulumnya sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan GSP di sekolah-sekolah menengah adalah salah satu objektif Kementerian Pendidikan dan diharapkan projek ini dapat merealisasikan kehendak itu. Memandangkan era teknologi dan penggunaan leT yang begitu pesat, maka penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam projek ini satu prototaip perisian menggunakan GSP untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan tajuk-tajuk kurikulum matematik di sekolah menengah telah dibangunkan, diuji dan dikaji agar satu pengkalan data perisian pengajaran pembelajaran berkaitan geometri diwujudkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru. Prototaip ini mengandungi lima bahagia.....

1385 hits

92014
monograph
Simulasi komputer: bagaimana mengatasi masalah pengajaran bahasa pengaturcaraan komputer topik struktur kawalan (CosSim)
Nadia Akma Ahmad Zaki
Subjek pengaturcaraan adalah subjek teras bagi pelajar teknologi maklumat. Sehubungan itu, kebolehpasaran seseorang pelajar teknologi maklumat turut melibatkan pertirnbangan kemahiran mereka dalam pengaturcaraan. Ramai pelajar yang mengambil subjek bahasa pengaturcaraan kurang menyerlah khususnya dari segi pencapaian. Di sini bermula tugas tenaga pengajar ICT untuk memainkan peranan mereka untuk membantu para pelajar dalam mendalami ilmu pengaturcaraan. Maka satu prototaip simulasi komputer (CosSim) telah dibangunkan untuk membantu para guru bagi mengatasi masalah pengajaran bahasa pengaturcaraan khususnya topik struktur kawalan. Prototaip tersebut dibangunkan menggunakan model ADDIE. Rekabentuk kajian yang dijalankan berbentuk kualitatif melalui temubual dan juga kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik dan ujian pra dan pasca. Dapatan tentang kaedah pengajaran yang sesuai digunakan bagi topik\ struktur kawalan ini telah diperolehi melalui temubual dengan empat (4) orang ten.....

874 hits

Filter
thesis ... (85)
article ... (248)
book_section ... (2)
monograph ... (19)
bulletin ... (3)
research_report ... (3)



Specific Period







Top 5 related keywords

+multimedia

+Penerapan +pengajaran +berasaskan +multimedia +dalam +teks +sulalatus +salatin

+pedagogy +in +multimedia

+Pembinaan +dan +keberkesanan +modul +multimedia +interaktif +dengan +agen +pedagogi +dalam +pembelajaran +elektrokimia

PEMBANGUNAN+DAN+PENILAIAN+MODUL+PENGAJARAN+DAN+PEMBELAJARAN+BERASASKAN+MULTIMEDIA+SUBJEK+REKA+BENTUK+DAN+TEKNOLOGI+SEKOLAH+RENDAH




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.