|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 10 |
| Simplified search suggestions : Abd Rahman Abd Ghani |
| 1 | 2014 Article | Keberkesanan program Pusat Islam dalam membentuk sahsiah pelajar kajian perbandingan antara UPSI dan UKM Abd Ghani Abd Rahman, Sahsiah yang baik ialah aset yang sangat penting pada diri seseorang pelajar. Kejayaan seseorang pelajar itu tidak hanya diukur berdasarkan ketinggian ilmu pengetahuannya, namun is juga diukur dari sudut ketinggian sahsiahnya. Selain peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu sendiri, Pusat Islam di sesebuah IPT itu juga sebenarnya sangat berperanan dalam membentuk sahsiah pelajar, kerana banyak program yang dijalankannya menjurus ke arah itu. Kajian ini melihat sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh Pusat Islam di dua buah IPTA iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi merialisasikannya. Kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif iaitu menggunakan metode exploratory melibatkan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini menggunakan soal selidik dan juga analisis komparatif untuk membuat perbandingan. Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan perjalanan bentuk program keagamaan dan kemasyarakatan yang..... 951 hits |
| 2 | 2016 Article | Analisis kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir, Abd Ghani Abdul Rahman, Kasim Ahmad Yunus, Khuluk merupakan salah satu bentuk perpisahan yang berlaku antara suami isteri. Namun, para ulama berbeza pendapat sama ada khuluk dalam kategori talak ataupun fasakh. Mereka juga berbeza pendapat dalam menentukan sebab keharusan yang membawa kepada khuluk. Artikel ini membentangkan hasil kajian kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dari tahun 2011-2013. Kaedah analisis data telah dipilih sebagai metode kajian. Di antara objektif kajian ialah menganalisis konsep khuluk berdasarkan pandangan fuqaha, menganalisis alasan-alasan khuluk yang boleh diterima pakai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian secara khuluk berdasarkan kes-kes pada tahun 2011-2013 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor berlaku khuluk di Mahkamah iaitu wujudnya shiqaq (pergaduhan), tidak dikurniakan anak, isteri ingkar perintah, suami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai se..... 5809 hits |
| 3 | 2016 Article | Kurikulum qirāāt zaman Nabi Muhammad serta hubungannya dengan kurikulum qirāāt masa kini Daud Zainora, Abd Ghani Abd Rahman, Kurikulum ilmu qira’at al-Quran merupakan kurikulum pertama dalam perkembangan pendidikan Islam. Ia adalah ilmu pertama yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Ia berkait dengan aspek talaqqī, mushāfahah dan hafazan al-Quran. Artikel ini membincangkan mengenai kurikulum yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam proses pengajaran al-Quran kepada para sahabat. Di samping kepelbagaian kaedah yang digunakan oleh baginda SAW dari aspek metod pengajaran, bahan pengajaran, kaedah pengajaran dan tujuan kurikulum, qira’at itu sendiri yang menjadi asas dan contoh dalam pendidikan kurikulum qira’at di masa kini. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti hubungan kurikulum yang digunakan oleh Rasulullah SAW dengan kurikulum qiraat masa kini. Hasil kajian mendapati bahawa kurikulum qiraat yang diterapkan oleh Rasulullah SAW digunapakai sehingga ke hari ini dan ia telah menjadi teras kurikulum dalam pengajian ilmu qiraat... 2013 hits |
| 4 | 2016 Article | Perlaksanaan kurikulum tajwid di sekolah-sekolah pondok negeri Perak Abd Ghani Abd Rahman, Jemali Misnan, Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir, Kajian ini membincangkan mengenai perlaksanaan kurikulum tajwid al-Quran di sekolah-sekolah pondok negeri Perak. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dan kesesuaian kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana sejumlah 250 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden yang merupakan pelajar di sekolah-sekolah yang terpilih. Ia melibatkan tujuh buah sekolah pondok sama ada yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atau belum. Data kuantitatif dianalisis secara deskritif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) version 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan kurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok negeri Perak berada pada tahap yang sangat baik di mana kebanyakkan responden bersetuju bahawa kandungan kurikulum tajwid al-Quran sangat sesuai dan hasil pembelajarannya juga sangat berkesan... 4372 hits |
| 5 | 2017 Article | Faktor motivasi dalam amalan pembelajaran hafazan al-Quran Ali Hasan Ahmad Rozaini, Mohd Patel Iza Faradiba, Abd Ghani Abd Rahman, 1333 hits |
| 6 | 2017 Article | Metodologi pentafsiran HAMKA terhadap ayat-ayat hukum dalam tafsir al-Azhar Abdul Manas Mohd Fazali, Abd Ghani Abd Rahman, Daud Mohd Noor, 2490 hits |
| 7 | 2017 Article | Amalan hafazan al-Quran di Darul Quran JAKIM Abd Ghani Abd Rahman, Ismail Abdul Munir, Twahir Wahibah, 2138 hits |
| 8 | 2016 Article | Pengurusan wang tabung amanah zakat Pusat Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris: tinjauan terhadap asnaf penerima zakat Abd Ghani Abd Rahman, Daud Mohd Noor, Abd Latif Mohd Abdul Nasir, 21932 hits |
| 9 | 2019 Article | Perbezaan Rasm dan Dhabt pada penulisan huruf hamzah dalam Rasm Urthmani Abd Rahman Abd Ghani Kaedah penulisan huruf Hamzah merupakan salah satu dari enam kaedah penulisan Rasm Uthmani mengikut pandangan jumhur ulama. Ia sangat perlu difahami dengan sebaiknya oleh semua agar tidak disalah anggap dan disamakan dengan kaedah perletakan dhobt. Selain untuk membezakan antara keduanya, kajian ini juga bertujuan untuk merungkaikan permasalahan masyarakat yang kurang memahami mengenai perbezaan antara rasm dan dhobt dalam penulisan huruf Hamzah. Kajian ini menggunakan sepenuhnya metode kualitatif iaitu dengan mendapatkan dan menganalisis buku-buku daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang berkaitan dengan rasm dan dhobt al-Quran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang begitu ketara antara rasm dan dhobt pada huruf Hamzah ini dan ia sememangnya boleh menimbulkan keraguan dalam memahaminya. Artikal ini akan dapat menjelaskan kepada masyarat mengenai kaedah sebenar penulisan huruf Hamzah dalam Rasm Uthmani dan seterusnya mereka akan dapat membezakan antara rasm d..... 731 hits |
| 10 | 2019 Article | Analysis of the Qurans Fasilah in al-Fatihah and al-Mulk Abd Rahman Abd Ghani Al-Fawasil is a science related to the positioning of Quranic verses. Adad scholars have discussed this topic in detail, which has led to various views on the overall number of verses and how they determine the positioning (fasilah) of a Quranic verse. The purpose of this study is to provide an analysis of the verses or position of the verses, and how adad scholars determine the position of a Quranic verse in two surahs, which are al-fatihah and al-mulk. Qualitative methods are used to obtain the necessary data, which is referring to the primary books related to the ulum al-Quran. Comparative methods are also used especially when comparing the views of adad scholars regarding the position of a verse. This study is intended to provide the necessary information to the scholars of the al-Quran, especially in the field of tilawah and interpretation and can serve as a reference in scientific writing related to the knowledge of fawasil. In conclusion, the study of this chapter is a treasure ..... 690 hits |