AbstractPenyelidikan ini bertujuan untuk mengukur tahap literasi guru dalam bidang pentaksiran pembelajaran murid menggunakan Inventori Literasi Pentaksiran Bilik Kelas yang diadaptasi daripada Classroom Assessment Literacy Inventory. Kebolehpercayaan instrumen penyelidikan ditentukan dengan ujian ketekalan dalaman menunjukkan nilai . = 0.884. Analisis model Rasch menunjukkan nilai kebolehpercayaan person = 0.80 dan item =0.85 dengan nilai infinit MNSQ berada di antara 0.69 hinggan 1.44. Seramai 365 responden dipilih secara rawak daripada 3,347 orang guru dalam daerah Kuala Terengganu. Ujian hipotesis dilakukan berdasarkan jantina, tahap mengajar, kelulusan akademik, tempoh berkhidmat dan aktiviti pentaksiran. Data dianalisis menggunakan ujian MANOVA. Hasil ujian hipotesis menunjukkan tidak terdapat perbezaan literasi mentaksir yang signifikan berdasarkan jantina, tahap mengajar, kelulusan akademik, tempoh berkhidmat dan aktiviti pentaksiran. Hasil analisis deskriptif menunjukkan hanya 7.4% me.....