AbstractKajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan teknik inkuiri penemuan
berbanding tutorial ke atas pencapaian pelajar tingkatan dua, dalam mata pelajaran sains. Reka
bentuk kajian yang digunakan adalah kajian eksperimen kuasi. Sampel kajian terdiri daripada 60
orang pelajar yang dipilih secara rawak dari tiga kelas di salah sebuah sekolah di daerah Jerantut.
Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan secara rawak seramai 30
orang setiap kumpulan. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos dan soalselidik.
Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah statistik inferens. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian pra dan ujian pos bagi
kumpulan rawatan (M=73.83, SD=9.029) dan kumpulan kawalan (M=56.10, SD=8.672) berdasarkan nilai
t(29) = 31.959, p..