UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Abdul Hadi Salleh |
1 | 2022 thesis | Keberkesanan modul amali sains sukan (MASS) terhadap pelajar sains sukan tingkatan enam Abdul Hadi Salleh Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan Modul Amali Sains Sukan (MASS)
bagi pelajar Tingkatan Enam. Kaedah pra eksperimen kajian kes sekali melibatkan
seramai 196 orang pelajar Sains Sukan yang terdiri daripada 100 lelaki dan 96
perempuan. Pemilihan sampel secara “intact sampling” melibatkan lima buah sekolah
di Negeri Kedah. Kesahan kandungan bagi modul MASS diperoleh daripada enam
orang pakar dengan nilai r = 0.94 manakala nilai kebolehpercayaan ialah r = 0.92.
Analisis menunjukkan tahap pencapaian keseluruhan MASS ialah lelaki 91.8% dan
perempuan 91.6%. Ujian-t sampel tidak bersandar digunakan bagi membandingkan
skor min tahap pencapaian pelajar kumpulan kerja kursus dan MASS antara pelajar
lelaki dan perempuan. Bagi kajian ini, perbezaan peratus pencapaian kumpulan kerja
kursus menunjukkan nilai t (100) = -.367, p =.715 (p>0.05) dan perbezaan peratus
pencapaian bagi kumpulan MASS t-(194) = -7.06 p = 0.000 p(.. 344 hits |