|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 9 |
| Simplified search suggestions : Abdul Munir Ismail |
| 1 | 2014 Article | Dakwah ibu bapa kepada anak-anak kajian dalam kalangan suku Banjar daerah Krian, Perak, Malaysia Ismail Abdul Munir, Jemali Misnan, Daud Mohd Noor, Kajian ini menganalisis pengamalan dalam kalangan ibu bapa suku Banjar dalam mendidik anak-anak agar patuh kepada ajaran Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 160 responden dalam kalangan pelajar sekolah menengah dalam kalangan suku kaum Banjar Daerah Kerian, Perak. Hasil kajian mendapati ibu bapa suku Banjar bersikap tegas dan istiqamah dalam mengajar, mendidik dan menasihatkan anak-anak dari aspek akidah, syariat dan akhlak. Dapatan kajian menunjukkan 97% responden suku Banjar mengajar solat sejak kecil hingga baligh, 98% menanamkan akidah dengan betul, 99% dilatih menghormati dan menyayangi orang tua, 72% mengajar mengaji al-Quran sehingga tamat, 93% dilatih berpuasa sejak kecil dan 89% dilatih berpakaian menutup aurat. Implikasi kajian kepada ibu bapa, anak-anak dan masyarakat turut dibincangkan... 3404 hits |
| 2 | 2016 Article | Analisis bentuk didikan ibu bapa bagi membentuk sahsiah cemerlang : kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka Ismail Abdul Munir, Mohamad Salleh Saharizah, Jemali Misnan, Kajian ini mengkaji tentang metode didikan ibu bapa terhadap anak-anak bagi membentuk sahsiah cemerlang. Objektif kajian untuk mengetahui kaedah ibu bapa mendidik anak melalui metode autoritarian (terlalu tegas), metode permisif (memberi kebebasan) atau metode autoritatif (memberi kebebasan dan dipersetujui bersama). Lokasi kajian dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka. Borang kaji selidik diedarkan kepada 150 responden dipilih secara rawak mewakili pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima sebagai sampel. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 2.1 bagi mendapatkan frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar menerima metode didikan autoritatif. Dengan mengamalkan gaya ini, ibubapa memberikan kebebasan kepada anak-anak dengan batasan tertentu bagi membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik... 1990 hits |
| 3 | 2016 Article | Analisis kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir, Abd Ghani Abdul Rahman, Kasim Ahmad Yunus, Khuluk merupakan salah satu bentuk perpisahan yang berlaku antara suami isteri. Namun, para ulama berbeza pendapat sama ada khuluk dalam kategori talak ataupun fasakh. Mereka juga berbeza pendapat dalam menentukan sebab keharusan yang membawa kepada khuluk. Artikel ini membentangkan hasil kajian kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dari tahun 2011-2013. Kaedah analisis data telah dipilih sebagai metode kajian. Di antara objektif kajian ialah menganalisis konsep khuluk berdasarkan pandangan fuqaha, menganalisis alasan-alasan khuluk yang boleh diterima pakai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian secara khuluk berdasarkan kes-kes pada tahun 2011-2013 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor berlaku khuluk di Mahkamah iaitu wujudnya shiqaq (pergaduhan), tidak dikurniakan anak, isteri ingkar perintah, suami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai se..... 5804 hits |
| 4 | 2016 Article | Perlaksanaan kurikulum tajwid di sekolah-sekolah pondok negeri Perak Abd Ghani Abd Rahman, Jemali Misnan, Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir, Kajian ini membincangkan mengenai perlaksanaan kurikulum tajwid al-Quran di sekolah-sekolah pondok negeri Perak. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dan kesesuaian kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana sejumlah 250 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden yang merupakan pelajar di sekolah-sekolah yang terpilih. Ia melibatkan tujuh buah sekolah pondok sama ada yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atau belum. Data kuantitatif dianalisis secara deskritif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) version 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan kurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok negeri Perak berada pada tahap yang sangat baik di mana kebanyakkan responden bersetuju bahawa kandungan kurikulum tajwid al-Quran sangat sesuai dan hasil pembelajarannya juga sangat berkesan... 4366 hits |
| 5 | 2017 Article | Pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman non-muslim di Kampung Padang, Sepulut Pensiangan, Sabah Borham Abd Hadi, Abdullah Wahyu Hidayat, Ismail Abdul Munir, Abdul Kadir Fakhrul Adabi, 5803 hits |
| 6 | 2017 Article | Amalan hafazan al-Quran di Darul Quran JAKIM Abd Ghani Abd Rahman, Ismail Abdul Munir, Twahir Wahibah, 2136 hits |
| 7 | 2017 Article | Dakwah kepada golongan profesional di Pahang Mokhtar Ahmad Effat, Hashim Ibrahim, Jemali Misnan, Ismail Abdul Munir, 2456 hits |
| 8 | 2018 Article | Strategi pengajaran pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Besut, Terengganu Abdul Munir Ismail Guru Pendidikan Islam hendaklah menggunakan pelbagai strategi pengajaran ketika mengajar kerana guru menghadapi cabaran mendidik generasi muda terutamanya dalam arus global masa kini. Guru hendaklah kreatif dalam pengajaran bagi menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran guru Pendidikan Islam di empat buah sekolah di Daerah Besut, Terengganu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang sesuai dan menarik terhadap subjek Pendidikan Islam KBSM yang dilaksanakan di sekolah. Kajian berbentuk tinjauan (survey) ini dijalankan terhadap 240 orang pelajar. Data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Version 17.0) dan dihuraikan menggunakan statistik diskriptif seperti peratus dan frekuensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi pengajaran Pendidikan Islam berada pada tahap yang tinggi. Antara komponen strategi pengajaran seperti set induksi, isi kandungan, kaedah, penilaia..... 1006 hits |
| 9 | 2019 Article | Cabaran pembelajaran Pelajar Lepasan Ijazah Pengajian Islam di Malaysia [The Learning Challenges of Post Graduate Students of Islamic Studies in Malaysia] Abdul Munir Ismail Long-life learning among postgraduate students is a Government one of program to continuously improve the level of knowledge and skills to a higher level either Master's degree or Doctor of Philosophy at local universities. More the various problems faced by postgraduate students such as time management, family constraints, Arabic and English domination, financial difficulties and the fitness of the place of study. The objective of the study was to identify the various problems of postgraduate Islamic Studies students at the Masters and Doctorate levels. This study uses qualitative methods through semi structured interview methods. A total of respondents is four people each, 3 men and 1 women was elected to represent selected public universities offering Islamic Studies courses. The research instrument contains the respondents' demographic elements, problems involving financial, family, time, suitability of the field of study and the ability to master Arabic and English. The results of..... 619 hits |