UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 11
Simplified search suggestions : Abdul Munir Ismail
12014
Article
Dakwah ibu bapa kepada anak-anak kajian dalam kalangan suku Banjar daerah Krian, Perak, Malaysia
Ismail Abdul Munir, Jemali Misnan, Daud Mohd Noor,
Kajian ini menganalisis pengamalan dalam kalangan ibu bapa suku Banjar dalam mendidik anak-anak agar patuh kepada ajaran Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 160 responden dalam kalangan pelajar sekolah menengah dalam kalangan suku kaum Banjar Daerah Kerian, Perak. Hasil kajian mendapati ibu bapa suku Banjar bersikap tegas dan istiqamah dalam mengajar, mendidik dan menasihatkan anak-anak dari aspek akidah, syariat dan akhlak. Dapatan kajian menunjukkan 97% responden suku Banjar mengajar solat sejak kecil hingga baligh, 98% menanamkan akidah dengan betul, 99% dilatih menghormati dan menyayangi orang tua, 72% mengajar mengaji al-Quran sehingga tamat, 93% dilatih berpuasa sejak kecil dan 89% dilatih berpakaian menutup aurat. Implikasi kajian kepada ibu bapa, anak-anak dan masyarakat turut dibincangkan...

3090 hits

22016
Article
Analisis bentuk didikan ibu bapa bagi membentuk sahsiah cemerlang : kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka
Ismail Abdul Munir, Mohamad Salleh Saharizah, Jemali Misnan,
Kajian ini mengkaji tentang metode didikan ibu bapa terhadap anak-anak bagi membentuk sahsiah cemerlang. Objektif kajian untuk mengetahui kaedah ibu bapa mendidik anak melalui metode autoritarian (terlalu tegas), metode permisif (memberi kebebasan) atau metode autoritatif (memberi kebebasan dan dipersetujui bersama). Lokasi kajian dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka. Borang kaji selidik diedarkan kepada 150 responden dipilih secara rawak mewakili pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima sebagai sampel. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 2.1 bagi mendapatkan frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar menerima metode didikan autoritatif. Dengan mengamalkan gaya ini, ibubapa memberikan kebebasan kepada anak-anak dengan batasan tertentu bagi membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik...

1601 hits

32016
Article
Analisis kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir, Abd Ghani Abdul Rahman, Kasim Ahmad Yunus,
Khuluk merupakan salah satu bentuk perpisahan yang berlaku antara suami isteri. Namun, para ulama berbeza pendapat sama ada khuluk dalam kategori talak ataupun fasakh. Mereka juga berbeza pendapat dalam menentukan sebab keharusan yang membawa kepada khuluk. Artikel ini membentangkan hasil kajian kes-kes khuluk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dari tahun 2011-2013. Kaedah analisis data telah dipilih sebagai metode kajian. Di antara objektif kajian ialah menganalisis konsep khuluk berdasarkan pandangan fuqaha, menganalisis alasan-alasan khuluk yang boleh diterima pakai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian secara khuluk berdasarkan kes-kes pada tahun 2011-2013 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor berlaku khuluk di Mahkamah iaitu wujudnya shiqaq (pergaduhan), tidak dikurniakan anak, isteri ingkar perintah, suami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai se.....

5244 hits

42016
Article
Perlaksanaan kurikulum tajwid di sekolah-sekolah pondok negeri Perak
Abd Ghani Abd Rahman, Jemali Misnan, Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir,
Kajian ini membincangkan mengenai perlaksanaan kurikulum tajwid al-Quran di sekolah-sekolah pondok negeri Perak. Ia bertujuan untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dan kesesuaian kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut. Kajian ini berbentuk kuantitatif di mana sejumlah 250 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden yang merupakan pelajar di sekolah-sekolah yang terpilih. Ia melibatkan tujuh buah sekolah pondok sama ada yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atau belum. Data kuantitatif dianalisis secara deskritif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) version 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa perlaksanaan kurikulum yang dijalankan di sekolah-sekolah pondok negeri Perak berada pada tahap yang sangat baik di mana kebanyakkan responden bersetuju bahawa kandungan kurikulum tajwid al-Quran sangat sesuai dan hasil pembelajarannya juga sangat berkesan...

3900 hits

52013
Monograph
Penerapan mesej dakwah oleh ibu bapa dalam kalangan murid suku kaum Banjar di daerah Krian, Perak
Ismail Abdul Munir, Daud Mohd Noor,
1855 hits

62017
Article
Pendekatan dakwah Mohd Fadli Yusof dalam pengislaman non-muslim di Kampung Padang, Sepulut Pensiangan, Sabah
Borham Abd Hadi, Abdullah Wahyu Hidayat, Ismail Abdul Munir, Abdul Kadir Fakhrul Adabi,
5489 hits

72017
Article
Amalan hafazan al-Quran di Darul Quran JAKIM
Abd Ghani Abd Rahman, Ismail Abdul Munir, Twahir Wahibah,
1654 hits

82017
Article
Dakwah kepada golongan profesional di Pahang
Mokhtar Ahmad Effat, Hashim Ibrahim, Jemali Misnan, Ismail Abdul Munir,
2077 hits

92014
Monograph
Taharah dan solat golongan OKU menurut perspektif fiqh
Daud Mohd Noor, Ismail Abdul Munir,
1996 hits

102018
Article
Strategi pengajaran pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Besut, Terengganu
Abdul Munir Ismail
Guru Pendidikan Islam hendaklah menggunakan pelbagai strategi pengajaran ketika mengajar kerana guru menghadapi cabaran mendidik generasi muda terutamanya dalam arus global masa kini. Guru hendaklah kreatif dalam pengajaran bagi menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pengajaran guru Pendidikan Islam di empat buah sekolah di Daerah Besut, Terengganu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang sesuai dan menarik terhadap subjek Pendidikan Islam KBSM yang dilaksanakan di sekolah. Kajian berbentuk tinjauan (survey) ini dijalankan terhadap 240 orang pelajar. Data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Version 17.0) dan dihuraikan menggunakan statistik diskriptif seperti peratus dan frekuensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa strategi pengajaran Pendidikan Islam berada pada tahap yang tinggi. Antara komponen strategi pengajaran seperti set induksi, isi kandungan, kaedah, penilaia.....

781 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.