UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 6
Simplified search suggestions : Abdul Razak Abd Rahman
12017
Article
The character of teaching practices in a teacher education institution: findings from observation checklist
Eng Tek Ong, Abdul Rahman Nurulhuda, Wahid Rosdy, Mohd Tajudin Nor’ain, Abd Samad Yahya Razak, Mazuwai Azwani, Kosni Ahmad Nazri,
3174 hits

22009
Thesis
Proses pengajaran Ghazal oleh jurulatih Ghazal dalam kegiatan kokurikulum di sekolah negeri Johor: satu kajian kes
Abdul Razak Abd Rahman
Tujuan kajian yang dicadangkan adalah khusus untuk meninjau proses pengajaran muzik ghazal yang merangkumi kaedah dan teknik serta pendekatan pengajaran yang digunakan oleh seseorang  jurulatih ghazal  semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Fokus kajian ini memberi tumpuan terhadap proses pengajaran ensembel ghazal. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang tertumpu kepada kaedah kajian kes sebagai teras utama kajian. Kajian ini menggunakan kaedah analisa dokumen, temubual dan pemerhatian. Dapatan kajian ini mendapati ensembel ghazal sesuai di jalankan dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sebagai ensembel alat muzik tradisional pilihan. Hasil kajian ini juga menjadi panduan asas kepada guru-guru muzik untuk pengkaedahan pengajaran asas ensembel ghazal...

85 hits

32014
Article
Tun Abdul Razak Hussein: survival politik Melayu 1963-1976
Saat Ishak,
Senario politik Malaysia selepas Tragedi 13 Mei 1969 memperlihatkan sarvival politik Melayu semakin meruncing dan kritikal. Bibit-bibit perbalahan kaum ini bermula sejak sebelum merdeka lagi kerana pembentukan parti-parti politik di Tanah Melayu dibentuk berasaskan kaum. Keterbukaan berpolitik orang Melayu jelas apabila kesediaan kepimpinan politik orang Melayu menerima orang bukan Melayu berpolitik dan menuntut hak mereka di Tanah Melayu. Namun keterbukaan ini semakin hari semakin membimbangkan apabila pelbagai tuntutan bukan Melayu yang mula mempertikaikan peruntukan hak istimewa orang Melayu dan kewajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia. Fenomena ini membuatkan bibit-bibit ketidakpuasan hati mula kedengaran. Sesudah pembentukan Malaysia situasi ini semakin menjadi-jadi kerana kelantangan parti-porti politik bukan Melayu cuba menjuarai dan memenangi hati kaum masing-masing. Kemunculan Tun Abdul Razak Hussein sebagai pengganti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berjay.....

1692 hits

42021
Thesis
Hubungan Malaysia-Indonesia dalam kerjasama ekonomi dari tahun 1957-2003
Mohamad Akmal Ibrahim
Hubungan   ekonomi   Malaysia   dan   Indonesia   pasca   kemerdekaan   mengalami hubungan saling  memerlukan antara satu dengan lain. Namun begitu, perkembangan hubungan  kerjasama  ekonomi   Malaysia  dan  Indonesia  turut  mengalami  hubungan naik  turun   disebabkan   beberapa  faktor    termasuk  faktor   kepimpinan.  Kajian   ini bertujuan  meneliti  perkembangan  dan  perubahan   hubungan  ekonomi  Malaysia  dan Indonesia  berdasarkan  faktor  kepimpinan  era  Perdana  Menteri   Malaysia  pertama sehingga  keempat  dari  tahun  1957  sehingga  2003.  Bagi  mencapai  tujuan   yang dinyatakan, kajian ini menggunakan pendekatan analisis sejarah untuk mengenal pasti sesuatu   dasar  berpandukan  analisis  dokumen,  data  statistik  dan  temubual.  Kajian dokumen  yang   diaplikasikan  dalam  analisis  bersifat  kronologi  dan  deskriptif  untuk meneliti dasar politik  dan ekonomi Malaysi.....

3885 hits

52004
Thesis
Dasar bahasa dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib
Roshan Bee Nagoor
Setelah negara mencapai kemerdekaan 1957, maka salah satu perubahan yang berlaku di dalam dasar  pelajaran di negara ini, yang paling menonjol sekali ialah perubahan dasar bahasa pengantar di  dalam sistem persekolahan. Semua sekolah rendah yang dahulunya menggunakan bahasa lnggeris sebagai  bahasa pengantar dengan beransur­ ansur telah beralih menggunakan bahasa Melayu pula sebagai bahasa  pengantar di sekolah-sekolah tersebut. Begitu juga halnya di sekolah-sekolah menengah secara  beransur-ansur juga telah menggunakan satu bahasa pengantar yang tunggal iaitu bahasa Melayu.  Tumpuan kertas projek ini bagi mengesan peranan dasar bahasa dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman  Talib. Jangkamasa yang terlibat dalam kertas projek ini ialah daripada tahun 1946 - 1970. Tahun  1956 adalah merupakan titik tolak pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 yang lebih terkenal  dengan nama Laporan Razak 1956. Sejak tahun itu, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dalam  pela.....

191 hits

62004
Thesis
Dasar bahasa dalam pendidikan dari Penyata Rahman Talib (1960) hingga zaman Abdul Rahman Yaakub (1970)
Laila Abdullah
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menganalisis laporan-laporan dasar bahasa yang ditulis pada zaman sebelum merdeka. Laporan-laporan yang dikaji ialah Laporan Cheeseman (1946), Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951), dan Penyata Razak (1956). Perbandingan dibuat berdasarkan syor-syor dalam Penyata Rahman Talib (1960) yang menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1952.Kajian ini seterusnya menjelaskan pelaksanaan kurikulum pendidikan di sekolah rendah pada zaman sebelum merdeka yang merangkumi abad ke-14, abad ke-19, zaman pemerintahan Jepun, dan zaman pemerintahan British. Kurikulum pendidikan di sekolah rendah diperjelaskan melalui sistem pendidikan vernakular Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan pendidikan vernakular Melayu selama enam tahun dan sistem Kelas Melayu Khas di sekolah Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah masih diteruskan sehingga merdeka.Jelasnya, sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh British kekal .....

32 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.