UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Abdullah Mohd Akbal
12005
conference_item
Pemelayuan: pengalaman etnik Bugis di Johor berdasarkan nashkah-nashkah sejarah tradisional Melayu Johor
Abdullah Mohd Akbal, Sulaiman Abdullah,
Kajian ini mencuba melihat pengalaman sebuah etnik yang banyakjasanya kepada politik Melayu tradisional di Semenanjung Tanah Melayu satu waktu dulu. Etnik Bugis ini dianggap sebuah etnik yang amat dominan dan sinonim dengan laut dan aktiviti pelayaran. Justeru itu tidak hairanlah jika etnik ini dalam banyak keadaan sama ada terpaksa ataupun rela memasuki masyarakat tempatan yang jelas mempunyai budaya yang asing. Pengalaman etnik ini yang besar ialah bersemenda dengan keturunan Sultan Johor berdarah Bendahara Tun Abdul Jalil. Dalam proses awal persemendaan itu, unsur jati diri Bugisnya bercanggah dengan unsur tempatan, iaitu Melayu. Banyak keadaan menunjukkan berlaku konflik yang mendalam bahkan ada yang membawa pertumpahan darah dalam keluarga. Namun, tanpa disedari, persemendaan dan konflik itu telah berjaya mengukuhkan lagi sebuah bangsa yang ketika itu jati diri merudum akibat sengketa istana. Malahan dari ini Melayu di Johor dianggap berjaya meraih martabat dari proses tersebut. K.....

1567 hits

22001
conference_item
Kenali Kami: kajian terhadap gaya hidup masyarakat Orang Asli di laluan rentasan antara Tanah Rata, Cameron Highlands Ke Kampung Lanai, Kuala Lipis, di Banjaran Titiwangsa, Pahang
Sulaiaman Abdullah, Abdullah Mohd. Akbal,
Kajian ini cuba mendedahkan secara realiti cara hidup, prestasi dan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli (bumiputera) yang berada di sepanjang laluan Tanah Rata, Cameron Highlands hingga ke Kampung Lanai, Kuala Lipis, Pahang. Objektif kajian ini hendak melihat dan mengupas gaya hidup masyarakat ini yang setakat ini terlalu sukar ditemui kerana mereka tinggal di kawasan pedalaman. Maklumat kajian dikumpul secara temubual dan pemerhatian oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ann. Tumpuan aspek pemerhatian dilakukan terhadap kegiatan seharian, ekonomi, nilai kekeluargaannya, pegangan dan pandangan hidup terhadap kemajuan yang ada. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menemukan maklumat yang ada percanggahan dengan kefahaman dan pendapat umum atau masyarakat lain terhadap masyarakat Orang Asli (bumiputera)...

824 hits

32003
conference_item
Kelab-kelab Melayu di Johor: amalan dan kecenderungan masyarakat Melayu pra-merdeka berpersatuan
Abdullah Mohd. Akbal,
Kertas kerja ini mencuba melihat perkembangan dan bentuk amalan berpersatuan oleh masyarakat Melayu di Johor sekitar tempoh 1945-1957. Dalam tempoh ini sebenamya di Johor terdapat satu arus dan gelombang yang dibina oleh gerakan sosial masyarakat Melayu. Di mana sahaja, sama ada bandar atau kampung satu fenomena bersosial mulai semarak kembali. Mereka terbentuk dalam pertubuhan-pertubuhan sosial yang sah. Kewujudan persatuan-persatuan begini telah memberikan sumbangan besar dan penting dalam situasi dan waktu masyarakat Melayu memerlukannya. Meskipun amalan berpersatuan di Johor dapat dikesani mulai 1915, namun kajian ini hanya membataskan tempoh 1945-57. Tempoh ini dipilih kerana ia mengandungi dua peristiwa besar, iaitu tamatnya penjajahan Jepun dan 1957, Malaya merdeka. Kedua-dua peristiwa itu menjadi pembuka dan penutup kepada amalan dan kecenderungan berpersatuan yang ingin diselidiki. Dari seg: peristiwa sejarah, ia bermula dengan gerakan penjajahan dan pendudukan tentera Jepun d.....

527 hits

Filter
conference_item ... (3)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Abdullah +Mohd +Akbal

+Abdullah +Mohd +Akbal +Sulaiman +Abdullah

+Sulaiaman +Abdullah +Abdullah +Mohd +Akbal




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.